Kita suka sangat menilai orang lain (first impression) secara zahir. Maksudnya kita suka menilai secara melihat pada penampilan, melihat harta yang dimiliki, atau juga menilai umur, semuanya yang zahir. Bukanlah penilaian kita itu salah, cuma kita mesti ingat yang zahir tidak semestinya mencerminkan batin seseorang itu.
Cubalah dalami dahulu isi hati seseorang sebelum membuat penilaian.
Pernah jumpa orang yang berperangai kelam kabut? Biasanya mereka ini banyak bercakap. Tapi tengoklah dahulu adakah cakap mereka ini boleh dipakai.
Kalau kita tidak memandang jauh ke hadapan, banyak hal hal yang kecil
(yang akan ditempuhi setiap hari) akan kita ambil serius. Bila ini berlaku, hal2 yang kecil boleh menjadi besar. jadi fikiran sentiasa berserabut setiap hari.Tak pernah dapat bertenang. Ini boleh menggangu kesihatan dalam tempoh yang panjang.
Ada seorang panglima bila ditanya apa perasaan beliau ketika peperangan akan bakal meletus bila bila masa. Jawapan beliau, "saya akan ketawa, walaupun saya tahu saya buat buat tak tahu sahaja."


0 komen:
Post a Comment