Bio asli

Saturday, June 21, 2008

Fokus masalah @ Fokus penyelesaian

Ada satu kisah yang berlaku di sebuah firma kosmetik terkemuka Jepun yang menghadapi masalah costumer claim kerana satu daripada kotak sabunnya entah macam mana telah tertinggal kosong tanpa sabun dan hanya kotak kosong yang dijual untuk pasaran. Ini menyebabkan imej syarikat terjejas. Pihak top management telah berbincang untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Engineer engineer mereka yang paling kanan dan hebat telah dipanggil untuk membuat sesuatu bagi mengatasi masalah ini. Maka mereka bersetuju untuk mengeluarkan sejumlah modal yang banyak untuk membina alat pengimbas yang canggih agar tidak ada lagi kes kotak sabun yang kosong akan berulang. Kakitangan yang ada juga ditambah untuk menjaga mesin pengimbas itu. Selesailah masalah mereka akhirnya walaupun banyak modal dan wang habis dan mahal harganya. Tiba2 ada seorang pekerja bawahan biasa yang memberi cadangan yang jauh lebih praktikal dan murah serta mudah. Guna kipas angin yang besar dan kuat, tiup saja mana2 kotak, yang kosong akan terbang sahaja tanpa masuk ke dalam packing seterusnya untuk custumer! Jimat tenaga manusia dan jimat duit.
Satu lagi kisah ialah tentang angkasawan Amerika(NASA) yang menghadapi masalah bila pen yang di bawa ke angkasa tidak dapat berfungsi kerana dakwat biasa tidak dapat mengalir seperti biasa kerana tiada tarikan graviti. Jadi mereka mengkaji dengan kos berjuta2 demi mencipta dakwat pen yang boleh mengalir di angkasa lepas dan juga pen canggih yang boleh disesuaikan dengan dakwat istimewa itu. Pun selesai juga masalah meraka setelah banyak duit dihabiskan dan masa untuk mengkaji teknologi itu. Pada masa yang sama, pihak Russia telah pun menggunakan kaedah mereka sendiri untuk menyelesaikan masalah yang sama. Mereka gunakan Pensil!
Jadi kita tentukanlah cara kita sendiri untuk selesaikan masalah. Gunakan cara orang2 bijak pandai atau cara kita sendiri yang tak kurang pandainya.

0 komen: