Ramai orang yang mempunyai impian untuk menjadi usahawan internet dengan mencari kekayaan melalui jalan internet. Mereka yang agak berpendidikan dan biasa melayari internet sudah pasti selalu terjumpa macam2 peluang untuk cari duit. Ada pelbagai jenis perniagaan juga. Ada yang bercorak MLM. Ada yang jual prepaid. Jual macam2 barang. Ada juga yang berkonsepkan pelaburan. Orang akan cepat tertarik kepada sesuatu yang boleh mencapai kejayaan atau pulangan dengan cepat dan lumayan. Namun hakikat yang sebenar ialah untuk berjaya dalam apa jua pun, tidak akan ada jalan singkat. Kejayaan dalam internet biasanya hanya untuk mereka2 yang betul2 gigih berusaha. Ada juga yang tertipu dengan pelaburan cepat kaya. Kita harus sedar satu perkara. Wang itu ada nilainya. Untuk mendapat wang kita kena ada beri sesuatu nilai. Sama macam dunia luar. Nak beli barang kena ada duit yang sepadan nilai. Kalau nilai itu sekadar janji manis sahaja, itu bukan nilai yang mutlak. Perniagaan mesti ada produk yang ada nilai jelas. Jadi carilah nilai itu.
Wednesday, June 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 komen:
lepak kat kelantan blogger tonite 10.30pm k?
Post a Comment