Bio asli

Monday, July 28, 2008

Mahu jadi seperti Irfan Khairy?

Anda tentu pernah mendengar nama Irfan Khairy, seorang ikon jutawan anak melayu yang terkenal di Malaysia dan juga mungkin di luar negara. Malahan ada yang pernah membaca buku tulisan beliau yang memberi panduan untuk menjadi seorang jutawan melalui perniagaan internet. Beliau juga banyak mengadakan bengkel bengkel untuk memberi ceramah kepada khalayak umum tentang cara cara beliau berusaha untuk menjadi seorang jutawan perniagaan internet.
Daripada pengalaman membaca buku beliau, Irfan mengajar khalayak umum bagaimana untuk berjaya seperti beliau dengan berkongsi tip tip berguna yang beliau sendiri amalkan. Namun begitu, apa yang beliau dedahkan adalah perkara perkara asas dalam perniagaan internet. Untuk menjadi betul betul seperti beliau, banyak lagi yang perlu diketahui dan dipelajari. Bukanlah saya hendak merendahkan pencapaian beliau, beliau adalah seorang insan yang amat amat berjaya dan amat hebat.

Untuk permulaan, beliau adalah pemegang ijazah sarjana doktor falsafah lulusan luar negeri, beliau juga memang seorang jutawan! Irfan Khairy memiliki sebuah banglo 3 tingkat dalam kediaman taman mewah yang lengkap dengan pengawal keselamatan dan kolam renang di Carcosa Seri Negara , Seremban. Beliau baru baru ini bercadang untuk menjual banglo itu dengan harga minimum satu juta ringgit. Beliau terpaksa tinggal di Kuala Lumpur disebabkan kesibukan tugas beliau yang lebih memaksa beliau sentiasa berada di ibu Negara , Kuala Lumpur.

Memiliki seorang isteri yang setia dan dua orang puteri (yang terbaru baru lahir pada 8.8.08) dan 2 orang putera, bekerja sendiri dari rumah dan memiliki kebebasan hidup tanpa perlu risau dengan hal hal kewangan,semua ini dicapai dalam usia yang belum pun mencecah 30. Semua ini dicapainya melalui perniagaan internet. Beliau bukan makan gaji, beliau berusaha sendiri untuk mencapai impian beliau.

Latar Belakang Pendidikan Irfan Khairi
Sekolah Rendah di SRK Raja Perempuan Mazwin (Kuala Kangsar) kemudian ke SRK Subang Jaya sampai darjah 6… Sekolah menengah di SMK Lelaki Bukit Bintang di PJ. Lepas tu ke PPP ITM di Shah Alam mengikuti A Level (batch 13). Lepas tu ke British Consortium Higher Education (BCHEM) Cheras untuk melanjutkan first year degree. Lepas tu ke Staffordshire University, United Kingdom

Daripada pembacaan dari blog beliau, kita boleh memahami yang beliau adalah seorang yang amat bijak dan mempunyai disiplin diri yang tinggi. Dan untuk mencapai apa yang beliau capai, bukan calang calang orang yang dapat melakukannya.
Jadi, tidak ada salahnya pergi belajar sesuatu dengan menghadiri bengkel yang beliau adakan. Itupun kalau anda mampu sebab harga seminar ini pun bukanlah murah.Harganya RM 800 + untuk seminar selama sehari suntuk di Hotel mewah JW Marriot di Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Namun saya cuma ingin berkongsi pendapat dengan anda, untuk menjadi seorang jutawan bukanlah sesuatu yang mudah. Dan bukan calang2 orang boleh menjadi jutawan. Banyak pengorbanan yang perlu di buat dan masa yang perlu dilaburkan dengan pulangan yang belum pasti.
Beliau memiliki beberapa buah laman web sendiri, antara yang popular ialah

1.www.rahsiajutawan.com
2.www.irfankhairy.com

Selain itu ada beberapa lagi laman web beliau yang lebih kepada perniagaan.
Beliau juga memiliki lingkungan kawan kawan dan teman yang hebat yang juga berjaya antaranya ialah Azizi Ali, seorang pengajar tentang menjadi jutawan yang juga banyak mengeluarkan buku buku hebat tentang impian ingin menjadi jutawan. Seorang lagi teman hebat beliau ialah bekas pengacara rancangan TV3 Malaysia Hari Ini, Nizal Mohammad.Nizal telah melatih Irfan cara cara dan teknik komunikasi yang berkesan.Irfan bersama sama dengan Nizal telah menubuhkan sebuah yayasan badan amal yang membantu masyarakat melalui sumbangan kewangan. Nama yayasan itu ialah Yayasan Ilham budi.
Walaupun beliau boleh memilih untuk hidup secara tenang dan bersuka suka, beliau tidak melakukannya.Sebaliknya beliau terus berusaha untuk memajukan diri dan bangsa dengan mengadakan bengkel dan menulis buku untuk berkongsi ilmu dengan orang ramai.Beliau juga menjadi seorang deejay radio di Radio 24 yang mengendalikan rancangan berbentuk motivasi jutawan.
Jadi kalau anda pernah terfikir untuk menjadi seperti Irfan Khairy, tirulah beliau secara lengkap dan menyeluruh. Jangan hanya memasang impian tanpa berbuat apa apa!

Ingin mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker majlis/acara anda?

(bukan majlis perkahwinan! :) )

Irfan Khairi adalah penulis buku terlaris, personaliti TV dan juga radio dalam bidang kejayaan & kekayaan (Success & Wealth). Kepakaran Irfan Khairi adalah dalam bidang mencungkil keupayaan dan potensi diri para audiens serta memberi inspirasi dan strategi dalam mencapai kejayaan yang cemerlang.

Sering digelar “Jutawan Muda” & “Jutawan Internet” oleh media massa, Irfan memberi pendekatan yang bersahaja dan ilmiah kepada audiens bahawa kejayaan yang cemerlang boleh dicapai oleh sesiapa sahaja dengan teknik dan strategi yang betul.

Sesi Irfan Khairi sering dikatakan sebagai sesi yang menghiburkan dan penuh dengan maklumat yang berguna yang boleh diaplikasikan dengan serta merta untuk mendapatkan keputusan hebat!

Topik ceramah/talk:

  • Mencungkil kekuatan dan potensi diri (motivasi & inspirasi)
    Irfan akan membawa audiens menyelami potensi diri masing-masing dengan menerapkan prinsip kejayaan yang digunakan oleh insan-insan yang berjaya di seluruh dunia. Irfan juga telah menggunakan prinsip kejayaan tersebut sehingga mencapai pendapatan melebihi RM1,000,000 ketika berumur 25 tahun. Sebagai host TV & radio yang telah menemubual berpuluh jutawan Malaysia (program Radio24 bicarawara “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi”), beliau mempunyai maklumat tangan pertama tentang rahsia kejayaan jutawan-jutawan Malaysia!
  • Perniagaan Internet (informasi)
    Irfan akan menunjukkan cara bagaimana dirinya memperolehi pendapatan melalui Internet melebihi RM1,000,000 ketika berumur 25 tahun. Langkah-langkah yang mudah untuk difahami bagaimana anda juga boleh memulakan perniagaan Internet yang menguntungkan dari rumah atau untuk mengembangkan perniagaan sedia ada anda ke Internet untuk mencapai lebih ramai pelanggan!
  • Bicara Santai (Sesi sharing)
    Ingin majlis yang lebih santai? Irfan Khairi juga boleh kongsikan kedua-duanya sekali, cara beliau menjana pendapatan RM1,000,000 serta prinsip-prinsip kejayaan yang dipegang dalam mencapai kejayaan. Sesi ini juga dibuka untuk para audiens berinteraksi dan bertanyakan apa sahaja soalan mengenai Perniagaan Internet atau strategi dan teknik kejayaan. Sesuai untuk kolej & universiti!

*Ceramah/talk boleh dikendalikan dalam Bahasa Malaysia atau English (atau kedua-duanya sekali; bahasa rojak!)

**Topik/modul juga boleh diolah khas supaya bersesuaian dengan majlis anda

Ramai yang telah bermanfaat dari sesi ceramah Irfan Khairi termasuk badan kerajaan, IPT dan juga koprat dalam dan juga luar negara. Antara pelanggan Irfan Khairi:

  • Maybank
  • Berita Harian
  • Jabatan Pelajaran Johor
  • Universiti Islam Antarabangsa
  • UITM (Irfan Khairi adalah alumni UITM!)
  • Oxford Center for Leadership
  • Media Prima
  • Limkokwing University College
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • MECD
  • J & C Pacific Sdn Bhd
  • True Wealth Sdn Bhd
  • fmBrunei
  • NowAsia Singapore
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Politeknik Merlimau
  • SSA Consulting, Singapore
  • Edorey Technologies
  • Syarikat-syarikat MLM
  • …dan banyak lagi!

Sekiranya anda ingin mendapatkan perkhidmatan Irfan Khairi sebagai speaker untuk menjayakan majlis anda, hubungi 016-6966644 atau 014-6633311 atau email sales@rahsiainternet.com

0 komen: