Bio asli

Friday, July 18, 2008

Mengapa keseronokan itu menghancurkan.

Keseronokan adalah sesuatu yang akan menghancurkan diri sendiri. Kita tengok saja contoh keseronokan simple yang sering dikejar oleh manusia seperti menghisap rokok, clubbing, melayari bahan lucah dan lain lain lagi.

Kenapa ia akan menghancurkan? Jawapannya mudah saja. Keseronokan ini akan menghancurkan diri kerana keseronokan adalah sesuatu yang tidak ada kesudahan. Hendak seronok kena cari sesuatu yan lebih seronok lagi, jadi dah seronok nak lagi yang lebih seronok, lebih khayal dan lebih "kick". Kesudahannya? Tak lain selain daripada kehancuran diri sendiri. Sampai tahap diri binasa baru mahu patah balik dah terlewat la.

Itu baru bagi contoh yang mudah saja, belum pun sebut perihal dadah. Kalau dah kena benda tu, sendiri mahu ingat lah!
Kesemua benda benda di atas hanya perlu ada starting point saja, kalau dah start, maka ianya akan menular jadi wabak yang sukar untuk d sembuhkan. Jadi janganlah fikir mahu seronok saja, hidup ini lebih bermakna dengan kepayahan dan perjuangan.Kita hidup pun hanya sementara sahaja. Kalau kita bazirkannya dengan sia sia, kitalah yang rugi.

Fikirkanlah.

0 komen: