Isnin, September 08, 2008

Konsep sebenar MLM Multi Level Marketing

Bila sebut sahaja pasal MLM, Multi Level Marketing, ramai orang akan phobia. Perkara pertama yang terlintas di benak atau kepala kebanyakan orang ialah jual barang. Kena jual barang itu dan ini, jaja dari satu tempat ke satu tempat. Jadi awal awal lagi mereka akan kata "No", saya tak mahu join. Ini bukan cara cari duit. Banyak lagi cara nak cari duit selain dari jual barang macam ini. Inilah salah anggapan kebanyakan orang. Salah anggap yang menyebabkan mereka terlepas peluang untuk mendapat peluang mengejar impian menjadi jutawan melalui perniagaan MLM.

Apa sebenarnya MLM? MLM ialah Multi Level Marketing, iaitu perniagaan berbilang tingkat. Konsep sebenar MLM ialah kita mencari orang yang mahu buat apa yang kita buat. Konsep "duplicate" atau klon. Bukan klon diri atau rupa paras, tapi klon sikap dan tabiat. Kalau berjaya membuat perkara ini dengan semaksimum mungkin, barulah kita boleh berjaya sebagai pejuang MLM.

Satu lagi konsep MLM ialah kita membeli barang setiap bulan untuk diri sendiri dari kedai kita sendiri. Kita gunakan barangan yang kita beli dari syarikat MLM yang kita sertai. Jadi secara tidak langsung kita akan menjadi pakar kepada barangan yang syarikat pasarkan. Untuk menjual itu adalah suatu bonus sahaja kepada sesiapa yang berjiwa besar. Tapi belian mestilah dikekalkan setiap bulan. Ini mustahak untuk membuat pusingan duit supaya upline upline yang berjaya akan dapat "gaji" setiap bulan.Mungkin ada yang rasa sistem ini tidak adil kerana orang atas senang lenang.Well, itulah dia MLM dan itulah cara MLM berfungsi. Kalau anda rasa tidak suka, well, jangan paksa diri anda. Teruskan sahaja kerja makan gaji.

Suatu yang hebat tentang MLM ialah kesusahan yang terpaksa di alami semasa mula mula mahu berusaha untuk berjaya. Tapi bila sudah berada di atas, ganjaran kewangannya amat tinggi dan hebat. Jadi kenalah berpegang pada pepatah, "kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya." Tak ada orang yang join MLM terus kaya sekelip mata.

MLM adalah satu peluang untuk menjadi kaya raya. Ia ada positif dan negatif. Tapi kalau kita mahu fikirkan yang negatif sahaja, maka hidup kita pun akan negatif dan tidak akan ke mana mana. Ramai yang telah berjaya menjadi kaya dan hidup senang denagn MLM. Tak kurang juga yang telah kecundang dan hanya sekerat jalan sahaja. Itulah dunia MLM untuk mereka yang cekal dan bersemangat waja. Sikap yang positif adalah amat penting kerana ia akan menentukan menang atau tewas perjuangan seseorang itu dalam dunia MLM yang penuh pancaroba.

At the end of the day, walau apa sekalipun, hidup perlu diteruskan. Selamat berjuang. Kita jumpa nanti di mana? Di puncak kejayaan!

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.