Bio asli

Wednesday, April 30, 2008

Esok 1 May Hari Pekerja

Lagi satu malam aku akan kerja, lepas tu cuti Hari Pekerja.Hem, apa nak buat ya?
Aduhai mata pun dah pedih nie. Hari ni pukul satu nak hantar Ti pegi ambik ujian Komputer JPJ kat Puchong. Alahai kenapa lah jauh sangat. Takpe lah harap2 Ti akan lulus ya. Markah lulus tinggi lak tu .84 markah. Masa practise dia selalu dapat atas2 pagar je. Hu hu maklumlah soalannya payah2 jugak. Hu hu macam nak ambik SPM lah pulak. Nak bawak kereta pun susah. JPJ, can you make it easier?
And as it turn out, my wife has made it!! Shes got 88. OK ar ...
Cayalah lah Tie :)
Anyway, kepada pekerja2, selamat bercuti sempena Hari Pekerja.
BIO ASLI tak pernah cuti ya ..he he.

Thursday, April 24, 2008

Antara BIO ASLI dengan CNI, suatu perbandingan.

Kedua2 syarikat ni aku dah pernah join. Fakta2 tentang syarikat CNI dan Bio Asli adalah sekadar perbandingan, bukan untuk merendahkan sesiapa. Cerita pasal CNI dulu lah ya..

CNI ni dah agak lama bertapak di Malaysia. CNI telah banyak melahirkan jutawan2 tersohor seperti Azman Ching, Murad Basir, Roslan Basir dan lain2 lagi.
Dan aku rasa antara MLM yang paling best pernah aku join ialah CNI. Di CNI banyak benda boleh belajar. Bukan berniaga saja. Juga boleh belajar bercakap , belajar yakin dengan diri sendiri, belajar bergaul. Bahkan bila join CNI korang secara automatik akan jadi cam leader2 korang iaitu akan sentiasa smart dan kemas. Penampilan akan berubah. Yalah kan, cara dan gaya orang kaya mana nak sama ngan orang2 biasa kat luar sana. Bila ke meeting pakai kot, pakai kemeja..mula2 kekok la, tapi bila semangat CNI dah meresap huh, peduli apa orang nak kata kan? Biarlah, hanya aku yang tahu susah payah diri aku, korang komplen pun tak mengubah apa2 .

Bila dah selalu meeting banyak benda yang kita boleh tahu. Boleh dengar macam2 cerita.Macam mana susah payah orang nak cari duit. Motivasi2 yang diberi pun power2. Kalau hayati dengan insaf boleh menangis oo..So kalau rasa RM 70 mahal nak join CNI, banyak lagi benda2 lain yang kena keluar duit banyak, kalau nak join. Contohnya Up Trend 2u, Omega Trend dan sebagainya.

So apa sebab aku dah slow buat CNI? Sebabnya ialah duit BEB.. tak tahan aku tiap2 bulan keluar modal. Nak maintain 100 point kena keluar dalam RM 100 lebih sebulan.
Downline pulak tak banyak mana. So hasilnya tak seberapa la.Tak padan la aku ingat.

So untuk BIO ASLI pulak, aku baru je join syarikat ni bulan 11 tahun 2007, iaitu tak lama lepas aku kawin (bulan 10). Nak join free jer. Kalau beli barang lak order je kat website, senang dan jimat masa. Maintain tiap2 bulan RM 25 dah cukup. So beza jauh kan?

Lagi satu ialah CNI ni boss2 atas diaorang ialah Cina. BIO ASLI pulak melayu yang usahakan.GM dia ialah Ishak Basiran, kilangnya ada kat Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam.Bukan la aku ni perkauman sangat, tapi rasanya bila berjuang untuk kayakan melayu tu rasa cam tak la macam kekok sangat kot..
CNI kena meeting, diaorang kata tak wajib, tapi sebenarnya cam wajib la, kalau leader dok asyik gesa je suruh pegi, ya kena pegi..Kalau tak pergi segan la,nak kena cari alasan.Baik tak payah buat kan..kalau asyik mengelak2 je sampai bila?

Macam BIO ASLI kita bebas, apa yang penting ialah diri kita sendiri nak buat atau tidak. Nak , kita buat .Kita yang dapat. Tak nak sudah, takde sapa nak paksa2 kamu. Semua datang dari kesedaran sendiri.Tapi ada satu lagi aku nak tambah, dalam hidup ni semua benda ada harga, kita sendirilah yang pilih mahu bayar atau tidak harga itu. Harga kejayaan itu bukan murah!

Kenapa semua orang perlu buat BIO ASLI?
1. Peluang berkembang guna internet.
2. Maintain bulanan RM 25 saja, kalau nak bonus la (sampai 5 generasi).
Beli RM 50 untuk claim bonus hanya bila dah ada 10 generasi.
Beli RM 75 untuk claim bonus hanya bila dah ada 15 generasi.
Beli RM 100 untuk claim bonus sampai ke 20 generasi.
Beli RM 25 pun takpe, tapi claim sampai 5 generasi saja. Itu saja. Sekali beli dah layak jadi VIP, iaitu layak dapat bonus kalau anda beli produk dan ada downline macam sistem kat atas tadi.

Kalau CNI? Beli tak kurang RM 100 sebulan beb, tak kira lah awak ada generasi ke, ada downline ke, baru nak naik ke, janji mesti tiap2 bulan RM 100 lebih kena beli.
Parah tak? Kalau orang yang tak de modal jangan nak main le beb. Senang memang senang beb, tapi ingat tu, bukan senang nak senang.
Selamat berjayalah pada semua, tak kira CNI atau BIO ASLI.
Nak join Bio Asli, klik SINI.

Saturday, April 5, 2008

Bulan ni aku dah beli tanpa duit.

Bulan ni dah start boleh beli barang2 BIO ASLI tanpa guna duit sebab e-wallet aku dah ada RM 30 lebih. Bulan lepas pun sebenarnya dah boleh tapi aku claim je duit e-wallet aku.So aku harap dapat maintain macam ni. Untuk bulan2 berikutnya tak payah la nak keluar duit lagi.Seronok apa beli barang tanpa guna duit. Kalau dapat jual pulak lagi untung. Bayangkan betapa banyaknya faedah yang dapat diperolehi.
Aku harap masalah2 dari segi teknikal yang aku hadapi dulu tak akan berulang lagi. Benda2 tu dulu memang betul2 menguji tahap kesabaran aku. Sampai aku hampir2 nak menangis bila fikirkan balik.
Sekarang baru aku sedar. Ya lah, kat kilang aku pun Kak Ita sampai nangis2 kat line sebab follow up pakej 2 in 1 tu. Hem, pakej out in tu memang penting sangat sebab ianya akan dinilai oleh jepun sendiri. Baik atau buruk, semua orang akan rasa.Semua orang akan tanggung akibat.
Aku pun tak selesa bila banyak masalah yang melibatkan dari input berlaku. Aku faham semua orang pun bekerja keras. Technician input boleh dikatakan semua OK, cuma sesekali je bermasalah.Itu pun bukannya semua.
Aku harap kitaorang akan berjaya memberi imej yang baik pada jepun. Sebab selama ini pun IC1 dah banyak mencapai kemajuan. Harap2 semuanya akan berjalan lancar.
Kalau IC1 success, semua orang pun akan dapat faedah. Maaf, aku dah agak tersasar bercerita pasal kerja kat kilang aku pulak.
So bulan ni aku order Minyak Kelapa campur madu. So cubalah dulu macam mana. Mungkin kalau campur dalam masakan ia akan jadi lebih sedap lagi.
Ti (isteri aku) walaupun agak kekok memasak, tapi dia seorang yang rajin berusaha. Selalu dia call mak dia untuk tanya resepi2 masakan dan petua2 yang perlu dibuat.
Aku pun akan cuba luangkan masa untuk belajar sikit2..
Susah jugak kalau tak tau masak ni, kalau makan kat luar tu, sekejap la duit melayang.Pasal minyak suami power tu, aku ingat tak mau cakap banyak sangat, semua orang kena cuba baru tau hebat tak hebat.
Syukurlah hari ni banyak gak yang dah settle walaupun grid belum update lagi. Takpelah, benda tu sekejap je aku ingat. Jap lagi aku nak makan sup ayam yang Ti buat..Hem harap2 sedap lah ya. Ok lah semua selamat berjuang..Wassalam.

Tuesday, April 1, 2008

5 Kunci kearah menjadi JUTAWAN

Ramai orang bercita cita untuk menjadi jutawan. Namun ia bukanlah sesuatu yang mudah. Ada suatu pepatah lama yang mengatakan, "kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Ternyata ianya adalah amat tepat sekali. Tuan tuan, RM 1 Juta adalah nilai yang banyak. Amat2 banyak sekali. Dan untuk orang biasa, untuk mengumpulnya adalah misi yang biasanya hampir mustahil seumur hidup mereka. Tapi ada yang berjaya setelah berusaha sepenuh daya.

Berikut saya ingin berkongsi 5 kunci menjadi jutawan berdasarkan apa yang ditulis oleh Azizi Ali dalam bukunya yang mahal itu, yang telah habis saya baca.

1. MINDA dan FIKIRAN -
Fikir dan fokus matlamat anda. Kenapa mahu kaya? Anda kena bebas, kena percaya, kena yakin, kena tajam, kena ligat. Kalau percaya dengan diri baru boleh berjaya. Amalkan sikap minda positif.

2. PERLU BERSIKAP
EKSTREM - Anda kena melampaui batas sedikit. Maksudnya kena buat lebih dari orang biasa biasa. Kena usaha betul betul. Baru dapat lebih. RM 3 ribu lebih menyimpan setiap bulan adalah ekstrem. Berusaha dengan tekad untuk berjaya, baru menempuh jalan susah tak mengeluh, bukannya tercari cari skim cepat kaya.

3.
IMPIAN atau MATLAMAT- Apa matlamat anda? Kaya sampai macam mana? Nak berapa juta? Jangan ketawa, anda kena percaya pada apa yang anda impikan, dan ikut serta buat seperti yang di rancang. Berusaha sepenuh daya. Jangan mudah mengalah.

4. PERNIAGAAN
, jangan harap makan gaji, sampai bila? - Biasa la ni semua orang pun tahu. Hadis nabi pun ada kata 1/9 rezeki adalah dari perniagaan. Berniaga adalah punca duit. Makan gaji ada batas, tapi berniaga tak ada batas.

5. MAKNA HIDUP
- Kena hidup, wang boleh beli semua, tapi hidup ni tak boleh dinilai dengan duit. Duit hanya sekeping kertas sahaja. Maka kalau suatu hari nanti anda menjadi jutawan, jangan lupa memberi pada yang perlu.

Sekian, selamat berusaha menjadi jutawan. Jumpa anda di puncak kejayaan!!!

Peluang niaga:
MLM NO 1 MALAYSIA