Isnin, Julai 28, 2008

Peluang Perniagaan Dari Rumah

Zaman kini semakin moden dan kemudahan internet juga semakin meluas. Maka ramai yang mencari perniagaan melalui internet yang boleh memberi wang sampingan atau juga pendapatan secara cukup yang boleh menampung hidup. Beniaga di Internet lebih mudah kerana tak perlu sewa kedai dan bayar bil. Tak perlu ada lesen dan tak perlu daftarkan syarikat. Boleh buat di mana saja ada komputer dan internet. Tapi bukan semua orang boleh berjaya, kena kerja keras juga sama macam perniagaan di duia nyata.

Ramai orang berimpian untuk mencari duit atau berniaga melalui internet kerana faktor kebebasan. Cara cari duit di Internet hari ini ada banyak dan tampak mudah tapi anda kenalah berusaha juga. Apa yang anda perlu buat ialah belajar dahulu asas yang mudah. Kemudian anda bolehlah mempraktikkan kaedah seperti di bawah ini. Cuba berusaha dengan tekun dan bersungguh sungguh. Tidak ada jalan yang mudah. Itulah hakikatnya. Peluang berniagaan di internet sangat luas dan ramai juga yang telah berjaya.

Apa yang anda boleh buat untuk cari duit di Internet?
Inilah peluang bisnes yang paling hebat di internet iaitu BIO-ASLI.
Di Malaysia terdapat banyak sekali syarikat MLM. Ada yang kekal dan ada juga yang gulung tikar. Ada yang mudah dan ada yang senang. Ada yang betul dan tak kurang juga yang tipu. Carilah yang paling baik.

Contoh MLM online terbaik di Malaysia ialah syarikat BIO-ASLI.
Kelebihan:
  • Laman web tersedia ada.
  • Dowline dari seluruh pelusuk Malaysia dan dunia
  • Bonus kiraan berkomputer
  • Bonus hingga generasi ke 20
  • Maintain bulanan dan bulan akan datang jika jualan lebih.
  • Produk panas yang menjadi carian ramai orang.
  • Senang nak maintain tak perlu masa banyak. Boleh full time atau part time.

Mahu jadi seperti Irfan Khairi?

Anda tentu pernah mendengar nama Irfan Khairi, seorang ikon jutawan anak melayu yang terkenal di Malaysia dan malahan juga mungkin di luar negara.

Tentu ada antara kita yang pernah membaca buku tulisan beliau yang memberi panduan untuk menjadi seorang jutawan melalui perniagaan internet. Beliau juga banyak mengadakan bengkel-bengkel untuk memberi ceramah kepada khalayak umum tentang cara cara beliau berusaha untuk menjadi seorang jutawan perniagaan internet.

Daripada pengalaman membaca buku beliau, Irfan mengajar khalayak umum bagaimana untuk berjaya seperti beliau dengan berkongsi tip-tip berguna yang beliau sendiri amalkan. Namun begitu, apa yang beliau dedahkan adalah perkara perkara asas dalam perniagaan internet. Untuk menjadi betul-betul seperti beliau, banyak lagi yang perlu diketahui dan dipelajari. Kalau anda ada kesempatan bolehlah menghadiri sendiri bengkel beliau yang mengajar cara buat duit melalui internet.

Apakah latar belakang Irfan Khairi? Untuk permulaan, beliau adalah pemegang ijazah sarjana doktor falsafah lulusan luar negeri, beliau juga memang pun seorang jutawan! Irfan Khairi atau nama asalnya Noor Irfan Khairi Noor Azmi memiliki sebuah banglo 3 tingkat dalam kediaman taman mewah yang lengkap dengan pengawal keselamatan dan kolam renang di Carcosa Seri Negara, Seremban. Beliau baru-baru ini bercadang untuk menjual banglo itu dengan harga minimum satu juta ringgit. Beliau terpaksa tinggal di Kuala Lumpur disebabkan kesibukan tugas beliau yang lebih memaksa beliau sentiasa berada di ibu Negara, Kuala Lumpur.

Irfan Khairi memiliki seorang isteri yang setia dan dua orang puteri (yang terbaru baru lahir pada 8.8.08) dan 2 orang putera, bekerja sendiri dari rumah dan memiliki kebebasan hidup tanpa perlu risau dengan hal hal kewangan,semua ini dicapai dalam usia yang belum pun mencecah 30. Semua ini dicapainya melalui perniagaan internet. Beliau bukan makan gaji, beliau berusaha sendiri untuk mencapai impian beliau.

Latar Belakang Pendidikan Irfan Khairi
Sekolah Rendah di SRK Raja Perempuan Mazwin (Kuala Kangsar) kemudian ke SRK Subang Jaya sampai darjah 6… Sekolah menengah di SMK Lelaki Bukit Bintang di PJ. Lepas tu ke PPP ITM di Shah Alam mengikuti A Level (batch 13). Lepas tu ke British Consortium Higher Education (BCHEM) Cheras untuk melanjutkan first year degree. Lepas tu ke Staffordshire University, United Kingdom

Daripada pembacaan dari blog beliau, kita boleh memahami yang beliau adalah seorang yang amat bijak dan mempunyai disiplin diri yang tinggi. Dan untuk mencapai apa yang beliau capai, bukan calang-calang orang yang dapat melakukannya. Masa di UK beliau pernah melakukan kerja-kerja part time demi mengumpul duit.

Kalau nak jadi macam Irfan Khairi, maka tidak ada salahnya pergi belajar sesuatu dengan menghadiri bengkel yang beliau adakan. Itupun kalau anda mampu sebab harga seminar ini pun bukanlah murah. Harganya RM 800 + untuk seminar selama sehari suntuk di Hotel mewah JW Marriot di Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Namun saya cuma ingin berkongsi pendapat dengan anda, untuk menjadi seorang jutawan bukanlah sesuatu yang mudah. Dan bukan calang2 orang boleh menjadi jutawan. Banyak pengorbanan yang perlu di buat dan masa yang perlu dilaburkan dengan pulangan yang belum pasti.

Beliau juga memiliki lingkungan kawan kawan dan teman yang hebat yang juga berjaya antaranya ialah Azizi Ali, seorang pengajar tentang menjadi jutawan yang juga banyak mengeluarkan buku buku hebat tentang impian ingin menjadi jutawan. Seorang lagi teman hebat beliau ialah bekas pengacara rancangan TV3 Malaysia Hari Ini, Nizal Mohammad. Nizal telah melatih Irfan cara cara dan teknik komunikasi yang berkesan. Irfan bersama sama dengan Nizal telah menubuhkan sebuah yayasan badan amal yang membantu masyarakat melalui sumbangan kewangan. Nama yayasan itu ialah Yayasan Ilham budi.

Walaupun beliau boleh memilih untuk hidup secara tenang dan bersuka suka, beliau tidak melakukan kerja sia-sia (duduk diam atau enjoy). Sebaliknya beliau terus berusaha untuk memajukan diri dan bangsa dengan mengadakan bengkel dan menulis buku untuk berkongsi ilmu dengan orang ramai. Beliau juga menjadi seorang deejay radio di Radio 24 yang mengendalikan rancangan berbentuk motivasi jutawan.

Jadi kalau anda pernah terfikir untuk menjadi seperti Irfan Khairi, tirulah beliau secara lengkap dan menyeluruh. Jangan hanya memasang impian tanpa berbuat apa apa!

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.