Ahad, Mei 08, 2016

Bil air melambung tinggi, apa nak buat

Ini adalah panduan asas tentang apa yang anda perlu buat sekiranya bil air anda melambung naik tinggi sehingga paras luar biasa, melebihi dari kadar purata setiap bulan. 

Bayangkanlah rm 1000 lebih bayar bil padahal kalau nak beli rm 50 kat shopee pun kita berkira bagai nak rak. 

Dalam kes yang benar-benar berlaku pada saya, jumlah bil air tersebut ialah melebihi RM 2000. Ia berlaku bukan sekali, tapi dua kali. Kali pertama dan kali kedua. Inilah kisah benar yang berlaku pada saya sendiri.

Ia berlaku dua kali kerana kesilapan saya yang tidak mencari punca sebenar kenapa bil air naik. 

Saya hanya pergi ke pejabat SYABAS dan minta mereka tukar meter. Selepas meter ditukar, bil memang turun sekejap tapi lepas tu bil yang sampai 2 ribu datang balik.   

Sekiranya anda menghadapi situasi ini, yang pertama ialah jangan panik. Cuba berfikir dengan tenang dan matang. 

Sebenarnya bila bil naik melambung macam ni puncanya boleh dicari dengan agak mudah. Tinggal lagi nak kena selesaikan kaedah bayaran bil. 

Punca masalah ini mesti berlaku SELEPAS meter maksudnya di sebelah anda sebagai pengguna bukan SEBELUM iaitu di sebelah pembekal samada SYABAS atau mana mana syarikat pembekal air. Jika ada bocor dan anda hanya biarkan lama, memang lah akan berlaku masalah bila meter naik bacaannya.

1. Ada kebocoran  pada salur paip tanpa sedar seperti bawah tanah atau dalam dinding simen.
2. Ada "overflow" atau limpahan pada tangki. 

Untuk punca 1, anda boleh periksa sendiri melalui pemerhatian sahaja. Bila bocor di mana-mana biasanya kita boleh nampak. Boleh tengok pada meter, adakah berlaku pertukaran nombor secara laju semasa semua paip telah ditutup. Jika tak jumpa boleh cari kontraktor paip yang boleh cari air bocor. 

Untuk punca 2, overflow pada tangki berlaku biasanya kita lambat untuk kesan dan sedar kerana tangki rumah pangsa berada di paras atas sekali. Sekali lagi, cara nak kesan ialah tengok meter paip, adakah ia bergerak laju padahal paip telah tutup semuanya.

Sesetengah penghuni rumah jenis pangsa atau flat, mereka kadang-kadang tak tahu pun yang manakah tangki adalah kepunyaan unit yang dia diami. Kalau tak tahu macam mana nak tahu bila ada masalah limpah atau sebagainya? 

Overflow berlaku di bahagian atas ni boleh berlanjutan tanpa ada sesiapa tahu kerana, ia berada di tempat yang tinggi, biasanya kena panjat pakai tangga. 

Dalam kes saya ia berlaku punca yang kedua ini.  

Tangki yang biasa kita gunakan  ada sistem pelampung dengan injap untuk mengawal paras air dari bekalan SYABAS atau mana mana pembekal. Bila pelampung terlampau lama ia akan rosak, terutama kalau pelampung jenis plastik yang kurang tahan dan tidak berkualiti. 

Macam kes saya anggaran usianya dah lebih 10 tahun jadi memang patut ia rosak. Maksud rosak ialah pelampung gagal berfungsi kerana sama ada masuk air atau injap sudah tak berfungsi. Pelampung saya tenggelam bawah paras air! 

Alhamdulillah, selepas saya menukar pelampung tangki besar bersama injap kawalan sekali, masalah ini terus saja selesai. 

Tak perlu nak anda berfikir atau merancang nak pergi mengamuk di pejabat SYABAS kerana ia tidak akan membantu memulihkan keadaan. 

Saya sendiri sangka mungkin pegawai SYABAS akan merasa simpati pada saya. Tapi tidak sama sekali. Tidak walau setitis air mata pun. Apa yang mereka pinta cukup mudah. Bayar lah. Itu saja? Ya lah, apa lagi boleh buat?

Jadi anda cubalah berfikir dengan waras dan matang. Cari punca kejadian. Tengok meter anda sama ada meter mempunyai kelajuan yang luarbiasa. Cari kalau-kalau ada kesan kebocoran yang mungkin kecil tapi air meleleh setiap masa. 

Contohnya bila nak pergi kerja, semua orang dah tak ada kat dalam rumah, tapi meter tetap bergerak jugak, itu memang tanda masalah.

Adakah meter anda berputar laju walaupun semua paip telah ditutup? Kalau ini belaku, bermaksud ada kebocoran. OK... Tapi di mana? Kena cari sendiri. (SYABAS takkan tolong). 

Anda dinasihatkan supaya mencari tukang paip yang boleh diharapkan atau bertauliah. Saya sendiri agak susah nak cari tukang paip. Ada yang saya call tapi tak mau layan sebab kena panjat tangki atas. Anda boleh semak senarai tukang paip ada di paparkan di laman web SYABAS.

Mujur ada tukang paip yang sanggup nak panjat tangki dan periksa.

Pergi ke tangki atas rumah. Tengok pelampung dalam tangki. Saya sendiri panjat ke loteng atas rumah bersama tukang paip dengan menggunakan tangga. Kalau tak ada tangga, sila beli tangga di kedai. 

Tukang paip pertama saya panggil tak mahu panjat pun. Saya tak salahkan dia, badan dia gemuk dan bahaya kot kalau panjat. Tukang paip kedua yang saya panggil mujurlah dia kurus sikit, jadi dia sanggup panjat.

Rupa-rupanya injap pelampung sudah rosak, air sudah melepasi paras pelampung lalu air keluar sehingga melimpah keluar dari tangki. 

Bila pelampung rosak, air (daripada SYABAS) akan sentiasa saja mengalir tanpa henti masuk ke dalam tangki. Meter akan bergerak "nonstop".

Sebab itulah bil air saya naik gila-gila.

Apa yang anda perlu buat ialah tukar injap pelampung. Selepas tukar, pastikan injap dan pelampung berfungsi, iaitu air dari pembekal berhenti bila tangki penuh. 

Panggil saja tukang paip kalau tak pandai buat. Carilah tukang paip berlesen. 

Senarai tukang paip berlesan boleh anda cari dari laman web SYABAS. Itu pun kena pandai pilih sebab bukan semua pandai buat kerja.

Bayar tukang paip.

Bayar bil anda. Selesai. 

Kalau bil air Rm 1200 macam ni?








































































Pun anda kena bayar jugak. Itu memang hukum alam. Bil kita, kita lah yang kena bayar, tiada sesiapa akan tolong bayarkan. Itu fakta yang kejam. Kecuali anda ada kawan yang baik. 

Kalau air mata keluar? Kesat saja dan "move on". 

Cubalah buat surat rayuan kepada pihak atasan SYABAS, atau minta pertolongan wakil rakyat.

Boleh juga minta simpati saudara-mara kalau mereka sudi pinjamkan dahulu duit. 

Saya nasihatkan anda kena ada sedikit duit simpanan kecemasan dalam menghadapi situasi luar jangka seperti ini. Belajarlah mengurus kewangan dengan lebih tersusun.  

Kalau nak balik kampung dan bercuti lama, lebih baik anda tutup meter supaya kalau ada masalah masih boleh dikawal dan bil melambung tidak melarat sampai ribu riban. 

Kalau tak ada duit simpanan boleh merana jugak lah.

Lagi satu, bil air tertunggak ada kena buat sesuatu kalaupun belum mahu bayar lagi, jangan biar saja sebab air akan kena potong. 

Kena lah bincang dengan SYABAS minta bayaran ansuran atau minta bayaran berkala. Jangan buat bodoh saja dengan niat nak bayar sikit sikit tanpa memberitahu syarikat SYABAS.

Dapat sesuatu? Itulah kisah saya yang pahit tapi penuh pengajaran. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.