Sabtu, November 26, 2016

Selamatkah membeli emas secara online?


Adakah anda berani membeli emas secara online?

Saya pernah membeli hand set melalui laman web lazada berharga 600 lebih. Dan ia hilang !!! Penjual menelefon saya dan memberitahu saya pihak Gdex memberitahu barang saya hilang. Mujurlah pihak Lazada atau Gdex itu mempunyai insuran. Saya dapat hand set tapi melalui pos kali ke dua.

Jangan main-main la kalau emas.

Harganya berpuluh ribu.

Jadi macam mana?

Gunalah GAP. Boleh beli emas secara online tapi ambil emas datang sendiri ke Public Gold. Jadi anda tak perlu buang masa. Boleh beli sedikit-demi sedikit dan kumpul emas banyak-banyak dahulu. Bila dah berat maka datanglah ambil.

Harga GAP akan berubah tapi berat emas yang anda beli tetap mengikut apa yang anda sudah beli.

Senang.

Masih tak faham? Whatsapp saya.

Tips mudah jana keuntungan


Saya kongsikan sedikit tips mudah untuk menjana keuntungan dengan pelaburan emas public Gold.

Cuba tengok harga kat atas ni GAP satu gram 183 kan?

Malam tadi saya sudah "borong" emas dengan agak banyak pada harga GAP satu gram 181.

Masa saya beli tu saya sudah dapat pastikan dengan hampir 100 percent yang harga akan naik esoknya (hari ini). Cuba tengok post saya semalam. 

Tips dia mudah saja. 

Dalam keadaan biasa, harga GAP akan berubah sekali sahaja iaitu pada pukul 12 malam setiap hari. Jadi harga GAP ni boleh diteka dengan mudah kerana harga sebenar emas bergerak 24 jam. 

Apa yang anda perlu buat ialah cuma rujuk harga LBMA Gold Bar/Wafer (24k) yang mana harga bahagian ini berubah setiap 20 minit. Dengan kata lain, pergerakan harga LBMA adalah petunjuk yang lebih hampir kepada harga sebenar emas spot sedunia.

Contohnya harga LBMA 10 gram malam tadi ialah RM 1827 . Jadi kalau GAP 181 darab 10 menjadi 1810. Untuk seiring dengan harga emas semasa GAP perlu menjadi 183 supaya lebih hampir, bila 183 darab 10 barulah hampir dengan harga LBMA 10 gram tadi.

Pagi ini bila saya semak GAP maka betul lah jangkaan saya dan saya tak terkejut atau hairan. 

Disclaimer: Dalam keadaan "abnormal market" harga GAP berubah lebih dari sekali sehari. Mengikut pengalaman saya perkara ini pernah berlaku semasa kes undian Brexit dan kes pemilihan president US baru-baru ini. Dalam kedua-dua kes, keputusan luar jangka berlaku dan market huru-hara dan harga emas melonjak naik secara luar biasa.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.