Memaparkan catatan dengan label Amkor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amkor. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 06, 2015

Terima kasih Amkor


Hari ni jumaat, 6 Februari Alhamdulillah aku dapat gaji buat kali terakhir dan penghabisan dari Amkor, ya gaji untuk bulan Januari 2015. Agak lewat sikit sebab memang macam tu untuk orang resign clerk HR tu bagitahu.

Dapat agak banyak la sikit sebab sekali dengan baki cuti tahunan aku dia bayar. Jumlah tak leh bagitahu la nanti orang HR bising pulak. Biarlah rahsia (chewah).

So nasihat aku pada tech yang nak berhenti, berhentilah secara baik, iaitu dengan notis dan procedure clearence yang betul, barulah Amkor bayar gaji anda dengan cukup. Lagi satu pastikan anda tak ada hutang, dan dah ada kerja yang menunggu, kalau tak hmm memang koyak bro.

Kat tempat baru gaji aku tak setanding gaji Amkor, jauh sangat, tapi syukurlah ada OT, bolehla cover sikit. Lagipun tempat kerja dekat saja dan tak payah travel jauh macam dulu. Tapi aku kena la struggle dan mula dari bawah. Banyak benda nak kena belajar dan "catch up" dengan cepat.

Kat sini kerja shift dia 8-4 iaitu lebih kurang je macam Amkor cuma beza sejam. kalau OT biasanya 8-8, tapi kalau shift malam OT dia gila sikit iaitu 6 petang-8 pagi esoknya. Sini aku bukan technician tapi customer service. Kerja dia senang je, monitor pergerakan GPS kereta/lori kat komputer dan layan customer call in out. Tapi yang banyak call out la, beri maklumat pada customer.

Hari tu masa aku tengah kerja Denso Bangi call aku suruh datang interview. Hmm nampak menarik jugak tapi buat masa ni aku ingat tak mau lagi masuk kilang buat sementara waktu. Mungkin dalam setahun nanti kalau aku tak tahan sangat maka aku masuk balik kilang, tapi faktor umur mungkin tak menyebelahi aku. Tengoklah macam mana aku tahan tak kat sini.

Walaupun kerja nampak senang dan duduk saja tapi hakikatnya penat bro, mengadap skrin komputer selama 8 jam atau lebih. Ada CCTV kiri dan kanan mengawasi setiap gerak laku. Nak lelap sikit pun boss nampak, (maklumlah aku ni kuat tidor) hu hu. So aku kena la belajar untuk kerja dengan konsisten dan berdidikasi (chewah).    

Terima kasih kepada Amkor Technology Malaysia (Toshiba) atas segalanya.
(Dec 2000 - Januari 2015)

Aku rindukan kamu semua..serius ;)

Isnin, Januari 26, 2015

Hari terakhir di Amkor


Hari ni aku datang buat kali terakhir (sebagai pekerja) ke Amkor untuk buat clearence. Aku sampai awal pagi 10 minit sebelum 7 pagi, dan kemudian lepak rest room sementara tunggu orang ofis masuk dalam pukul 8.30 pagi.

Dalam sekiatr pukul 11 lebih semua urusan clearance dah selesai dan mereka cakap akuboleh balik dan tak perlu tunggu sampai habis waktu kerja untuk punch out.

So that's it. Tamatlah perjalanan aku sebagai technician kilang Toshiba / Amkor.

Aku bekerja di sini bermula 1 December 2000 semasa ia dipanggil Toshiba Electronic Malaysia. Aku berhenti bermula hari ini 26 January 2015 semasa ia dipanggil Amkor Technology Malaysia. Hampir 15 tahun. Technician, bukan apa-apa jawatan lain. Technician kilang atau (Katak bawah tempurung). He he gurau je.

Gaji semasa mula tahun 2000 ialah rm 987. Gaji semasa berhenti 2015 ialah rm 2300. 15 tahun beb.

Perasaan: Sedih jugak. Terharu. Takut tak leh survive. Sebak dan lain-lain.

Sempat la jugak jumpa beberapa orang yang lama seperti Madam Mistilah (TE), Sharifuddin (supritendent), Kok(supervisor), Ho(manager), Azizur Rahman (director beb) dan geng-geng technician.  

Aku akan berehat satu hari dan hari rabu InsyaAllah bekerja di tempat baru, iaitu syarikat dftracker.com

Oh ya, kenapa aku berhenti Amkor?

Entahlah, faktor pertama ialah aku penat meredah setiap kali kerja 100 km pergi balik,
Rm 20 duit minyak dan Rm 9.70 duit tol untuk setiap pergi balik. Naik motor boleh layan tapi motor pun ada risiko lain dengan jarak 47 km melalui highway.

Faktor ke dua ialah Irfan yang dah masuk sekolah darjah 1 perlu diurus sekolah pagi dan petang.

Faktor ke tiga ialah Dd7 tutup dan aku boring nak kena belajar dekat department baru.

Faktor ke empat ialah Alhamdulillah ada tawaran kerja yang dekat dengan rumah maka aku pun terimalah.

Terima kasih semua.

Arigato. Sayonara.

Isnin, Januari 12, 2015

Anniversary pertama amkor, annual dinner @Sunway


Syukurlah dah selesai dengan baik majlis annual dinner syarikat amkor yang pertama kali diadakan di hotel Sunway Lagoon resort and spa. Harapan nak dapat hadiah cabutan bertuah cuma tinggal harapan. Dapat makan je la. Ini sedikit gambar kenangan.


Annual dinner Amkor kali ni adalah acara yang agak grand namun sederhana saja suasananya. Nasib baik ada emcee  yang happening iaitu abang Helmi gimmick yang kini usianya mencecah 54 tahun. Artis jemputan pula ialah  Jaclyn Victor. Pun begitu artis Amkor sendiri pun tak kurang hebatnya.

kenangan bersama teman sekerja

Inilah annual dinnerku yang terakhir dengan Amkor sebab aku dah serah surat resign. Perasaan sayu dan takut bercampur baur dalam hatiku. Mana taknya, aku kerja kat kilang ni sejak December 2000 dan kini dah nak masuk 15 tahun aku kerja di sini. Aku takut kalau aku tak mampu survive tanpa gaji yang selesa seperti di Amkor.

Jumaat, November 14, 2014

Saatnya hampir tiba


Bulan 12 ni adalah bulan terakhir department tempat kerja aku DD7 membuat pengeluaran produk. Kemudian ia akan ditutup dan mesin-mesin dibawa ke Thailand. Rileks, kilang tak tutup yang tutup cuma department DD7 sahaja. Banyak lagi department lain yang masih berjalan kat Amkor ni.

Tapi ramai juga yang bimbang maklumlah nasib tak menentu samaada nak diserap ke department lain atau bagaimana nasib kami. Maklumlah yang terlibat tu ramai juga. Kalau serap pun sampai berapa orang yang muat? Lagi satu kena masuk department baru of course la tak best kan.

Dah 14 tahun aku kerja sini, daripada namanya Toshiba dan kemudian bertukar kepada Amkor. Sejak Amkor take over, banyak juga perubahan berlaku terutama dari segi peraturan yang lebih ketat dan kewangan yang lebih berkira.

Kerja kat Amkor ni sebenarnya OK tapi aku agak penat berulang-alik dari Kajang ke Telok Panglima Garang sejauh 47 km setiap hari. Campur kos minyak, tol, masa dan tenaga kira agak banyak yang perlu aku korbankan. Kalau gaji aku kat Amkor ni 5 ribu ok la kot. Ini cuma cukup untuk selesa sikit jer. Tambah keadaan sekarang zaman harga mahal maka gaji 3 ribu pun macam tak berapa cukup.    

Aku cuma harap Amkor akan keluar offer VSS. Kalau ada offer VSS ni Insya Allah aku akan ambil dan cabut dari kilang ni. Tapi masa dah makin suntuk ni Amkor pulak diam jer membisu seribu bahasa. Kita pun tak tahu apakah permainan Amkor seterusnya. Tunggu dan lihat je lah.

Info: Amkor adalah singkatan nama American Korea. Amkor telah membeli kilang Toshiba (E) Malaysia secara keseluruhan pada tahun 2013. Department DD7 bagaimanapun kekal milik Toshiba.  


Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.