Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Isnin, Mei 11, 2015

Penawar lelah (asma)


Lelah atau asma adalah satu simptom yang berlaku bila salur nafas yang normal mula mengecil akibat rangsangan tertentu seperti habuk, debu dan sebagainya. Akibatnya nafas menjadi sesak dan oksigen sukar untuk sampai ke tempat sepatutnya.

Kanak-kanak atau dewasa bisa saja mendapat penyakit atau gejala asma. Asma juga biasanya datang bersama selsema dan hidung berair.

Saya sendiri pernah mendapat serangan asma yang teruk sehingga hampir pengsan. Serangan asma biasanya berlaku pada waktu dingin dinihari sehingga waktu subuh. Pada tahap yang lebih teruk, serangan asma tidak lagi mengira masa.

Semasa remaja kesihatan saya agak stabil. Tapi lewat umur 35 saya mula diserang asma. Ini agak pelik kerana saya bukan perokok dan saya juga makan secara sihat.

Saya berusaha berubat. Kebanyakan orang pastinya tahu yang ubat klinik atau hospital bagi asma ialah "inhaler" iaitu ubat standard bagi orang asma. Saya tak mahu "inhaler" sebab ia bukan ubat semulajadi. Semua tahu yang inhaler adalah ubat jenis dadah.

Saya mencuba macam-macam ubat tradisional untuk asma.

Madu, delima, habbatus sauda, kordiseps, pil dari CNI, Amway, Cosway dan bermacam way lagi. Ada juga saya cuba ubatan kampung dan ubatan pelbagai produk kesihatan di ekspo dan butik.

Paling mahal saya pernah cuba ubat herba cina bernilai lebih rm500.

Ubat di atas ada yang OK juga, tapi asma saya tetap ada sesekali dia datang juga. Dengan kata lain, tidak sembuh sepenuhnya.

Sehinggalah bila saya jumpa stevia. Stevia dari pokok stevia. Itulah penawar asma untuk saya.
Ini adalah perkongsian ikhlas dari saya dan saya bukan penjual stevia.

Jumaat, Mac 27, 2015

Berat badan 42 kg


Tadi pagi buat medical check up dekat klinik An Nur di Bangi. Klinik swasta so cepat je dia buat.

Buat x-ray, ambil darah dan test air kencing.
Tinggi 165 cm, berat 42 kg.
Ujian buta warna- OK
Ujian dadah- Negatif
Kesihatan - Umumnya OK cuma ada allergik dan asma.
Mata- Suspek rabun jauh.

Keputusan: Lulus

Jadi aku dah boleh lapor diri dekat tempat kerja baru bermula 1 April 2015.

Khamis, Mac 26, 2015

Kenapa coca-cola "zero" merbahaya


Gadis remaja yang mahu berdiet tapi pada masa yang sama mahu minum coca-cola biasanya akan mengambil coca-cola versi diet seperti coca-cola light atau coca-cola zero.

Mereka mungkin merasa bijak kerana menyangka coca-cola zero ini tiada gula jadi tiada masalah besar. Mereka sebenarnya silap! Versi tanpa gula adalah lebih merbahaya.

Cuba fikirkan, kenapa coca-cola zero tetap berasa manis dan sedap walaupun tiada gula langsung?

Ini kerana coca-cola zero menggunakan aspartam sebagai pemanis tiruan menggantikan gula. Silalah baca label.

Aspartam adalah bahan kimia yang bertindak sebagai gula tiruan. Aspartam adalah masalah utama di sini.

Aspartam (aspartame) adalah gula tiruan yang merupakan bahan kimia merbahaya dan tidak sesuai untuk manusia. Jangan percaya cakap/ tulisan saya, cuba anda semak sendiri di internet apa itu aspartam dan kenapa ia bahaya.

Ia antaranya boleh merosakkan saraf, menyebabkan migrain, diabetes dan rabun hingga buta! (dalam jumlah tertentu)

Saya bukan doktor atau ahli farmasi, jadi maklumat ini perlulah anda semak sendiri.

Selain coca-cola, bahan makanan lain yang menggunakan aspartam ialah gula-gula getah atau chewing gum. Perhatikanlah corak pemakanan anak anda. Kita tidak mahu nanti dia rabun pada usia muda atau lebih teruk lagi otak menjadi tumpul akibat saraf yang rosak. Kita yang tua ni mungkin dah terlebih aspartam, tapi jagalah anak kita.

Rabu, Januari 28, 2015

Petua atasi batuk


Masalah batuk yang berpanjangan boleh menggangu keselesaan dan jika berlarutan boleh merebak hingga jadi sesak nafas dan sakit dada.

Aku sendiri mengidap batuk dan asma yang teruk sejak balik dari dinner tahunan Amkor (kes salah makan). Aku tak mahu pergi klinik,sebaliknya berusaha mencari penawar secara tradisional. Jadi inilah hasil apa yang aku buat dan selidiki untuk dikongsi.

Atasi masalah batuk secara tradisional, home remedies.

Ubat hospital biasanya berkesan tapi ia boleh memberi efek kepada kesihatan jangka panjang.

Berikut adalah amalan perubatan tradisional yang boleh kita usahakan. Anda boleh memilih usaha yang dirasakan sesuai dengan anda.

1. Bakar beberapa ulas bawang putih. Buang kulit yang kehitaman dan makan isi yang sedang suam-suam panas itu. Awas ia akan membuat dada anda merasa hangat dan panas, jadi jangan terlampau banyak. Apapun, insyaAllah kaedah ini berkesan menghilangkan batuk.
Pengalamanku - aku terlebih makan hingga termuntah.

2. Minum air rendaman buah tin yang direndam selama semalaman. Habiskan air sekali dengan buah.
Pengalamanku - air buah tin payah turun jika buah tidak dikopek.

3. Minum air kelapa muda asli tanpa gula dan ais.
Pengalamanku- harga kelapa muda agak mahal iaitu rm3.50

4. Amalkan madu asli yang dicampur limau nipis (lemon) setiap pagi.
Pengalamanku- Perlukan disiplin yang  tinggi.

5. Amalkan minum cuka buah seperti cuka epal organik.
Pengalamanku- Sangat perit minum cuka.

6. Minum air halia seperti teh halia untuk memanaskan badan.
Pengalamanku- tak berapa gemar

7. Mengamalkan pengambilan habbatus sauda
Pengalamanku- Dada memang terasa panas.

8. Cuba rawatan homoepathy atau rawatan dengan tabib Cina, biasanya mereka guna herba.
Ubat tabib Cina ni biasanya agak mahal.

9. Banyakkan minum air kosong yang dibacakan selawat atas nabi SAW.
Pengalamanku- perlu buat lebih kerap.

Anda ada cadangan lain?

Sila dapatkan rawatan doktor di klinik atau hospital jika anda mengidap batuk yang berpanjangan. Tips di atas adalah sekadar perkongsian penulis untuk rawatan batuk secara alternatif atau orang putih cakap home remedies.

Selamat berusaha.

padihutan

Isnin, Januari 19, 2015

Pagi isnin nan syahdu


Pagi isnin ni aku start cuti annual leave selama seminggu. Aku habiskan balance annual leave aku sebab tak lama lagi aku akan berhenti dari Amkor. Aduhai bercampur baur perasaanku, yang pasti ialah rasa sedih yang amat. Hampir 15 tahun aku kerja sini. Rasa takut pun ada. Umur aku baru 37 tapi dah rasa macam orang pencen la pulak.

So aku punya banyak masa free, jadi pagi-pagi aku pergi klinik Kajang. Pergh orang dah ramai gila dekat kawasan pesakit luar walaupun pagi masih awal, bank pun belum bukak lagi dik. Nasib baik ada satu tempat parking yang strategik untuk aku.

Aku terus naik ke atas bahagian klinik gigi. Seperti yang aku agak, orang tak ramai. Semua takut nak datang klinik gigi kot. Tapi aku kena gak la tunggu giliran dalam 6 orang sebelum aku. Maklumlah klinik kerajaan yang free mesti ada orang punya walau macam mana sekalipun. Tak lama pun aku tunggu sebab ada dua bilik rawatan yang nampak cepat uruskan pesakit. Takde kes serius kot.

So masuk bilik rawatan, ada dentist perempuan rupanya. Tak pastilah cun ke tak sebab dia pakai mask. Laju je dia periksa gigi aku. Lepas tu proses cuci gigi. Tanpa rasa kasihan dia terus rodok gigi aku dengan mesin dia hingga berdarah-darah keluar. Hu hu ngeri la jugak kalau kau tak pernah buat benda ni.

Dulu masa aku buat kat swasta pun macam ni jugak cuma doktor swasta tu lebih caring dan cakap suruh aku tahan ngilu sikit. Buat pun macam lemah lembut je. Biasalah, swasta bayar mahal, so kena la buat baik-baik. Hakikatnya ia adalah proses yang sama saja.

Proses scaling ni simple saja. Tak lama pun dia buat. Belum sempat aku rasa lenguh, dah siap. Dulu masa adik aku (dentist klinik sungai chua) yang buat aku rasa lama dan mungkin lebih detail. Entahlah mungkin sebab tak ada hubungan maka dentist kajang ni buat ala kadar. Bila aku balik check, memang ada kesan plak yang paling degil masih lekat  kat gigi aku.

Proses membersihkan gigi atau scaling ni memang tersangat penting untuk memastikan gigi kekal cantik dan gusi sihat. Kalau kau biar plak gigi tu macam tu jer, maka gusi akan mula terkesan. Mula-mula merah, bengkak, dan lebih serius, akan menjadi masalah gusi kronik yang mana gigi pun longgar dan kesihatan terganggu.

Ini bukan sebab gigi kotor, tapi sebab bakteria yang ada kat situ boleh membahayakan kerana ia boleh merebak ke bahagian lain. Ingat, dari mulut makanan masuk dan bersambung ke perut. Bakteria ni bila dia lemah tak pe lah. Bila dia dah beranak pinak dan dah mula terasa diri power, maka sistem imun badan akan mula penat untuk melawan. Dari situlah banyak penyakit lain boleh datang. Paling dahsyat kanser mulut la kot.

Dulu cara aku bersihkan gigi ialah dengan mengunyah chewing gum. Sungguh-sungguh aku kunyah gula-gula getah ni. Rupanya kaedah ini ada kesan sampingan yang tak baik. Kebanyakan gula-gula getah ni mengandungi gula tiruan yang dipanggil aspartam. Aspartam ni bahan kimia merbahaya yang boleh merosakkan saraf dan sel. Akibatnya aku kini menghadapi masalah asma yang agak teruk dari semasa ke semasa. So berhati-hatilah kalau korang suka makan chewing gum.

Dentist tu cakap ada gigi yang berlubang tapi dia kata hari ni kita cuci saja dulu. Ya lah doktor. Akupun memang nak cuci jer. Bab tampal gigi yang berlubang ni mungkin aku akan buat kat klinik swasta. Bukan apa, klinik swasta ada pilihan sikit. Kalau ko simen kat klinik kerajaan dia akan guna amalgam maka gigi yang kena tampal tu akan kelihatan berwarna perak dan pastinya nampak janggal dan hodoh. Kalau swasta dia ada bahan lain supaya warna simen tadi seakan-akan warna gigi.

Sebenarnya amalgam ni aku tak mahu bukan pasal masalah hodoh atau janggal. Masalah sebenar amalgam ialah bahan amalgam itu sendiri. Korang tahu tak amalgam ni mengandungi merkuri. Adik aku sendiri mengesahkan benda ni tapi dia cakap sikit jer merkuri dalam amalgam. Korang tahu tak merkuri tu apa? Merkuri ialah bahan toksik paling merbahaya kepada manusia selepas plutonium.

Kebanyakan doktor gigi tahu pasal ni, tapi alasan mereka sama macam adik aku iaitu sedikit sahaja dan ia tidak terurai sebab ia bergabung dengan bahan lain. Mungkin mereka betul, tapi aku cuma nak beritahu merkuri tetap merkuri. Kenapa nak ambil risiko jika ada pilihan lain?

Berkenaan merkuri yang paling aku ngeri ialah ia boleh merosakkan saraf otak. Bila dah masuk bab ni aku rasa benda ni serius. Benda lain takpe tapi otak?

Dulu aku pernah simen gigi pakai amalgam. Aku sanggup pergi swasta dan korek buang amalgam tadi dan ganti dengan bahan lain. Masalah gigi ni kalau makin dibiar makin melaratlah jadinya. Sebab tu bagi aku jumpa doktor gigi ni penting. Yang lebih penting ialah korang kena komunikasi dengan doktor gigi itu.

Sekarang ni aku kalau setakat berdarah cuci gigi aku dah anggap macam perkara biasa walaupun masih takut. Makin lama korang biar gigi tak dicuci maka makin banyak lah darah bila korang buat scaling. Maka rajin-rajinlah pergi buat scaling. Bila gigi dah maintain bersih, buat scaling dah jadi aktiviti rutin dan InsyaAllah darah pun tak ada banyak.

Senyum.
gigi yang amat payah nak jaga

Padihutan.

Sabtu, November 29, 2014

Tips untuk pesakit asma


Asma adalah satu penyakit biasa yang ramai orang tahu. Rawatan yang biasa untuk asma ialah dengan alat "inhaler" iaitu sejenis gas yang boleh melegakan saluran nafas yang tersumbat. Saya juga ialah seorang pengidap asma. Serangan asma yang teruk pernah berlaku hingga saya terpaksa bernafas dengan mulut umpama ikan yang terdampar di atas darat.

Asma secara mudahnya ialah satu keadaan bila salur nafas menjadi kecil atau tersumbat mengakibatkan pernafasan menjadi sukar atau semput. Serangan asma yang benar-benar serius boleh mengakibatkan kematian akibat sesak nafas sampai ke tahap kritikal di mana oksigen tidak dapat sampai dengan cukup ke otak. Biasanya golongan yang berusia lanjut berisiko tinggi bila serangan asma datang dengan teruk.

Berikut ialah tips untuk pesakit asma.

Jangan mengambil minuman fiber, ia bayak bijiran dan serabut dalam bentuk habuk halus kerana ia akan kembang dalam tekak dan boleh membuat asma menjadi teruk. Ini pernah berlaku kepada saya dan dalam keadaan ini "inhaler" saya yang biasa seolah-olah langsung tak boleh jalan walau berkali-kali saya pam.

Jangan sesekali ambil gula-gula getah "chewing gum" kerana ia mengandungi aspartam. Aspartam? Apa benda aspartam tu? Aspartam ialah nama panggilan gula tiruan. Aspartam 200 kali lebih manis dari gula. Maka ia banyak digunakan sebagai pemanis gula-gula getah kerana kos dan kesan manis yang kuat.

Kenapa aspartam bahaya? Ia kerana bahan untuk membuat aspartam itu sendiri. Aspartam dibuat oleh syarikat Searle dari US yang mana kepentingannya di pegang oleh Donald Rumsfeld, bekas setiausaha Pentagon pada zaman US menakluk Iraq lalu membunuh Presiden Saddam Hussein. Donald Rumsfeld menggunakan kuasa politik beliau untuk meluluskan aspartam walaupun FDA mengharamkan aspartam pada mulanya.

Aspartam adalah sejenis asid aspartik yang mana bila masuk ke tubuh  akan terurai menjadi methanol atau nama kampungnya cuka kayu. Methanol kalau di kilang adalah bahan pencuci besi nombor satu. Malah apa saja yang kotor methanol lah bahan paling mujarab. Methanol boleh mengakibatkan kerosakan salur darah, buta dan kerosakan saraf otak.

Methanol adalah bahan kimia merbahaya bagi manusia dan ia bukan bahan makanan. Aspartam juga ada digunakan dalam Coke dan Pepsi edisi Light atau Diet. Gula tiruan seperti Equal adalah merbahaya kerana adanya bahan aspartam jadi jangan guna gula tiruan kerana alasan diet. Banyak pesakit kencing manis yang ambil gula tiruan kerana menyangka ia adalah langkah mengurangkan gula tanpa sedar bahaya aspartam.

Cubalah berubat cara kampung, kerana ubat hospital akan memberi kesan sampingan kepada budak kecil dengan kesan tubuh menggigil. Ubat hospital secara umumnya adalah berasaskan dadah.

Ini pula tips yang orang cerita, tapi saya sendiri tak tahu dan tak pernah buat. Tak tahu pula kebenarannya. Ubat gaya kampung untuk asma ialah lendir belut yang masih hidup. Ambil lendir itu dan terus makan. Boleh ambil dengan roti jika anda geli.

Madu asli baik untuk hilangkan kahak. Cuba amalkan madu asli dengan limau nipis setiap pagi.

Air kelapa muda yang asli juga baik untuk melancarkan nafas kerana ia menghapuskan kahak.

Pemakanan tambahan produk CNI adalah bagus untuk menambah oksigen. Produk yang dimaksudkan ialah DMG. Royal Jelly pula bagus untuk menghilangkan batuk. Saya dulu pernah amalkan ubat kordisep organik keluaran Cosway pun ok juga.

Jagalah kesihatan secara keseluruhan, emosi, mental dan fizikal. Seksanya sakit asma hanya pesakit asma yang tahu. Tips di atas adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai pesakit asma. Sila berjumpa doktor professional untuk mendapat nasihat lebih lengkap dan yang sewajarnya.

Sila share agar anda boleh membantu pesakit asma mendapat informasi.

Selasa, November 18, 2014

Malam tadi punya hal


Kalau anda pernah baca blog ni sebelum ni pastinya anda tahu yang saya ni ada penyakit asma. So malam tadi balik kerja shift 12 jam badan agak penat. So berehat je lepas makan dan main game FIFA 14 kejap. Batuk dah reda sikit tapi tekak ada lagi gatal dan lendir dalam tekak pun ada sikit.

Sebelum tidur saya ambil 4 biji pil minyak kelapa dara. Nak ambil pil kordisep tak jumpa pulak. So abaikan je.

Alhamdulillah tidurnya lena. Tak ada serangan asma.

Esoknya dalam waktu subuh, saya tersedar. Agak terkejut. Rasa agak sakit di bahagian alat sulit. Rupanya ia tegak semacam. Agak luarbiasa. Power gak rupanya minyak kelapa dara ni. Nasihat saya pada lelaki yang ada masalah batin, tak payah la cari kopi tongkat atau pil apa bagai, cuba je cari yang tradisional seperti minyak kelapa dara ni. Tak ada dadah dan semulajadi sumber dia.

Umur saya 36, anak  ada 2 orang. Dulu masa bujang tak ada penyakit lelah ni (asma). Agaknya masa muda saya tak jaga makan. Dah tua-tua ni kena la beringat. Jangan makan chewing gum sebab dia ada aspartam. Aspartam nama untuk gula tiruan. Ia dibuat dari methanol. Nama kampung dia cuka kayu. Kalau makan benda ni memang la kena penyakit. Nasihat la kat anak buah anda dan sebarkan maklumat ni.

So hari ni cuti tapi sepatutunya kena pergi Amkor ada training dari Training department, pun abaikan jugak.

Ingat nak berehat jer, malam ni kena datang awal sikit kelab ping-pong sebab nak tolong Mr presiden angkat meja dari pentas. Hari tu simpan sebab ada kejohanan teakwondo.

Untuk hari ni saya nak kongsi 5 perkara yang dilaporkan oleh pekerja hospice (orang yang jaga kes2 nazak) tentang 5 kekesalan semasa hampir mati, kalaulah masa boleh diputar semula saya akan............

1. Saya AKAN penuhi impian (mimpi ) saya bukannya impian orang sekeliling saya.....

2. Saya TIDAK akan bekerja terlalu kuat sehingga tak sempat tengok anak membesar....

3. Saya akan punya KEBERANIAN untuk meluahkan perasaan sebenar saya.....

4. Saya TIDAK akan abaikan kawan-kawan lama saya ........

5. Saya akan MEMILIH untuk bahagia dan gembira daripada hidup selesa dalam dunia saya yang         (kononnya) selamat dan terjamin.

Khamis, November 13, 2014

Aku lelah


Pagi tadi bangun aku kena serangan asma lagi. Tak de la teruk macam dulu sampai terbangun dan tak boleh tidur tapi tak tahan aku kena pakai inhaler gak walaupun aku tak suka.

Sepanjang pagi lendir banyak keluar effect pakai inhaler tu agaknya. Dah nak masuk tengah hari hidung aku masih tak tahan. Gatal dan berlendir.

Apa ubat aku nak makan lagi pun aku tahu. Sangat seksa. Ingat nak cuba ubat kampung tapi aku jauh dari kampung.



Sakit pun aku tetap layan jeruk pelam asamboi ni. Tak ingat dunia.

Malam aku turun training ping pong dalam keadaan batuk batuk. Main dengan Lan seri, nampak cam dia bagi can jer. Main lagi 2 game dengan mamat yang aku tak kenal, dan satu budak Cina. Dua dua aku gigit. Dengan otai pimple tak sempat pulak main. Pasal otai ni la aku dah tak takut nak chop balik bola chop.

Pengajaran, kalau nak maju mesti lawan dan terima kekalahan dengan hati terbuka. Jangan la bila kalah jer terus bengkak. Tengok macam Lan, aku tahu dia terer tapi rilek je dia bagi can aku menang.

Terima kasih ya, otai2 termasuk presiden yang tak jemu tunjuk ajar aku walaupun pukulan aku tak senonoh katanya. Hu hu.

Terima kasih juga pada Mentri Besar Azmin Ali, jalan Reko dah ok tapi cepat la sambung sampai Kajang, kesian kereta aku asyik berdentum naik bumper.

Sabtu, Ogos 31, 2013

Pra amalgam


Gambar semasa di klinik Sungai Chua Kajang semasa aku bakal menampal gigi dengan amalgam. 





Cantik jugak cincin aku kan?

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.