Memaparkan catatan dengan label tokoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tokoh. Papar semua catatan

Selasa, Julai 15, 2008

Siapakah Dato' Doktor Azman Ching?

Dato' Dr Azman Ching atau nama sebenarnya CHING EU BOON adalah seorang usahawan yang menjalankan perniagaan berbilang tingkat atau lebih dikenali sebagai multi level marketing (MLM) dengan syarikat CNI. 

Dengan kesungguhan dan kegigihan yang dimiliki, beliau kini telah pun bergelar seorang jutawan dan berpangkat Dato' walaupun usianya masih lagi muda(30an). Pangkat beliau dalam CNI ialah Million Diamond Agency Manager (MDAM), suatu pangkat tertinggi yang boleh diraih oleh pengedar CNI.

Antara ciri ciri hebat yang dimiliki oleh Dato' Azman Ching ialah kepetahan beliau dalam berkomunikasi membolehkan beliau menyampaikan maklumat dengan jelas dan tepat. Beliau juga mampu memberikan motivasi secara amat berkesan dan penuh keyakinan kepada audiens beliau hinggakan kesan yang diperolehi amat mendalam. 

Memetik kata-kata beliau sendiri, "I was determined to tap the opportunity offered by CNI after studying its lucrative business plan and felt confident that it was the one break that I needed to make it big. With sheer confidence and determination, I worked on CNI’s plan and by the 12th day I was already an Agency Manager. It only took me another 11 months to be a Diamond Agency Manager, the highest rank in CNI at that moment. I’m only in my thirties, but my achievements in CNI have been beyond my dreams.", kita boleh melihat ciri-ciri keyakinan diri yang tinggi yang beliau miliki.

Memiliki pusat pengedaran sendiri yang beralamat di 9A WISMA CHING EU BOON LORONG GUDANG NANAS 2 JALAN PASAR, 41400 KLANG, SELANGOR.
Phone Number:
03-33439897

Di sini pengedar pengedar CNI yang menyertai CNI dari sekitar KLANG dan Shah Alam bertemu dan mengadakan mesyuarat mingguan sambil bertukar tukar maklumat.

Selain dari CNI, beliau banyak dijemput untuk memberi ceramah ceramah motivasi kepada pelbagai pihak sama ada dari agensi kerajaan atau swasta.

Beliau juga merupakan ahli dalam Dewan Perniagaan Cina Malaysia.
Selain gelaran Dato' yang diberikan oleh Yamtuan Besar Negeri Sembilan kepada beliau, beliau juga memiliki ijazah Doktor Falsafah dalam pengajian melayu.

Memiliki sebuah kediaman yang gah di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam, beliau juga memiliki deretan kereta mewah dari Jaguar hingga BMW sehingga rumah beliau kelihatan seperti lot kedai kereta second hand! 

Industri MLM di Malaysia amat bertuah memiliki beliau, sebutir mutiara yang amat jarang ditemui! Sesiapa yang pernah bertemu dengan beliau pasti akan terpegun dengan aura hebat yang ada pada Dato' Doktor Azman Ching.

Dalam bidang kemasyarakatan atau politik, Azman Ching bergiat aktif dalam MCA. Beliau kini memegang jawatan Timbalan Ketua Pemuda MCA bahagian Klang.

Azman Ching adalah model yang patut di contohi oleh generasi muda di negara kita yang tercinta ini.

Terkini: Dato Azman Ching telah dipilih oleh MCA untuk menjadi calon BN bagi DUN Pandamaran dalam Pilihanraya Umum ke 13. Beliau bagaimanapun tewas kepada calon DAP.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.