Sabtu, November 23, 2013

Modal untuk berniaga


Ramai orang berkeinginan untuk berniaga dan berjaya, namun satu perkara yang sering menjadi penghalang ialah soal modal. Mereka yang bernasib baik memiliki sanak saudara yang kaya raya pastinya akan meminjam wang dari mereka untuk dijadikan modal berniaga. Bagaimana pula dengan orang-orang biasa yang tidak ada "connection", mana mahu cari modal?  

Ya soal modal ialah antara soal pokok yang paling utama bila mahu berniaga. Ada juga yang menjadikan soal tidak ada modal sebagai alasan jitu kenapa saya tidak begitu maju dan berjaya. Modal berniaga sememangnya penting, terutamanya jika anda mahu terlibat dalam perniagaan peringkat tinggi. Namun sebenarnya ada yang boleh berjaya walaupun modalnya kecil sahaja. 

Jika anda mahu mencari modal berniaga, mintalah bantuan dari agensi yang benar-benar membantu dan memiliki "track record" yang telah terbukti seperti MARA, Kementerian Pembangunan Usahawan dan lain-lain agensi kerajaan seperti TEKUN dan sebagainya. Jika anda meminjam dari bank, mereka akan mengenakan bunga yang akan membebankan anda di kemudian hari. Ini bukan sahaja menyusahkan, bahkan ia juga dilarang oleh agama. Jadi pandai-pandailah anda berusaha mencari modal untuk berniaga. 

Saya berniaga secara kecilan sahaja. Walaupun saya masih bekerja makan gaji, saya tetap berniaga secara sambilan. Berniaga dengan syarikat seperti Bio-Asli tidaklah memerlukan modal yang terlalu besar. Saya juga tidak perlu menyewa kedai untuk menyimpan stok barang. Jadi risiko untuk rugi sudah menjadi amat rendah. 

Bio-Asli memiliki rangkaian produk kesihatan dan kecantikan yang ampuh. Apa yang Bio-Asli minta dari saya ialah usaha mencari pelanggan. Jadi itulah yang saya buat. Berusaha mencari pelanggan untuk syarikat. Setiap jualan yang saya buat saya akan dapat untung sekitar RM20. Dah lama saya melibatkan diri dengan perniagaan Bio-Asli iaitu sekitar lewat tahun 2007. Sekarang ini Bio-Asli masih wujud dan masih gagah berdiri! Inilah ciri syarikat yang kita mahu, semakin tua semakin gagah.  

Berniaga bukanlah suatu hal yang mudah, tapi ia menjanjikan satu kepuasan yang sukar untuk dijelaskan dengan perkataan. Marilah kita berniaga demi pembangunan diri dan masyarakat. Usaha, tekun dan disiplin. Itulah 3 modal insan yang paling bernilai untuk berjaya dalam dunia perniagaan.

Modal buat blog ialah rajin menulis. Itu tak perlukan banyak duit kan? 

Rabu, November 06, 2013

Jalan jalan Mines Resort


Tarikh pergi : tak ingat sekitar 2013 kot.


















Ahad, September 22, 2013

Ahad yang suram


Aku baru balik kerja malam. Dalam pukul 10 pagi abah call aku melalui hand set dia. Tak pernah abah call aku guna hand set. Ini kali pertama dalam sejarah. Malah no abah tak ada pun dalam senarai contact hand set aku. Tapi bila abah bersuara aku terus je tahu yang ini abah call. Kalau tak ada urusan mustahak yang melibatkan hidup mati abah tak akan call. Malah sebelum ni kami jarang bercakap sangat. Memang begitu. Kami berhubung melalui kaedah lain.

Abah beritahu yang mok (nenek) dah tak kaba (koma). Aku angguk faham. Aku tak punya daya nak cakap benda ni kat Linda isteriku. Aku hanya diam bila Linda tanya apa hal. Tapi Linda tahu juga bila abah call Nadiah (adikku) yang kebetulan ada di rumahku.

Tak lama lepas tu Ma Linda telefon beritahu yang mok sudah meninggal dunia.

Dalam keadaan otakku yang kosong aku call Jiji (adikku) dan suruh dia datang ambil aku untuk balik kampung bersama-sama. Dalam pukul 2.30 petang kami bertolak. Hampir jam 10 malam kami sampai rumah mok. Orang kampung baru je habis tahlil. Mok dah selamat disemadikan di kubur.

Kali terakhir aku jumpa (arwah) Mok ialah semasa aku balik cuti Merdeka. Masa tu masih lagi hujung Aidilfitri. Aku tak balik semasa Hari Raya. Mok ucap Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dengan begitu serius sekali walaupun dia uzur. Mok tanya aku : "Long bila nak kelik kelate? Mok ni dah nak mati dah.." Dengan selamba aku jawab "5 tahun lagi mok".

Pagi Isnin aku pergi ke kubur mok yang masih kemerahan tanahnya. Mok disemadikan dekat dengan kubur arwah Ayoh Chik yang pergi pada 13/12/12. Aku menangis...    

Khamis, September 05, 2013

Dunia makin kelam


Ya harga minyak sudah naik 20 lagi. Dunia makin kelam. Hidup makin celaru. Kebenaran bercampur aduk dengan kebatilan.

Susah nak percaya mana satu yang betul. Mana satu yang fitnah. Macam-macam orang tulis. Ada yang ikhlas ada yang kerana duit. Duit punca manusia rosak. Gula punca gigi rosak.

Kita dah terlalu lama ditipu. Terlalu banyak makan aspartame, minum air florida. Tak hairanlah otak kita rosak. Kita terus hidup macam orang bingung.

Apa itu aspartam?

Aspartam ialah gula tiruan yang dibuat oleh syarikat dari USA. Aspartam adalah 200 kali lebih manis dari gula biasa. Maknanya 200 kali ganda lebih untung. Aspartam banyak terdapat dalam Pepsi dan Coke versi diet atau light. Aspartam juga terdapat dalam sesetengah chewing gum.

Apa bahan aspartam? Salah satu bahan dalam aspartam ialah cuka kayu atau nama standardnya metanol. Di tempat kerja saya metanol adalah bahan peluntur terbaik untuk mesin, besi dan apa sahaja logam. Gam lama yang degil bila sapu sahaja denagn metanol terus selesai masalah. Ia dilabel sebagai hazardous chemical dengan berlabel tengkorak dan juga amaran sangat mudah terbakar.

Walaupun begitu sekali, FDA iaitu Food and Drug Administration telah memberikan kelulusan pada aspartam. Kenapa ya?

Pada mulanya memang mereka mengharamkan aspartam ini. Tetapi CEO syarikat yang memegang patent aspartam ini iaitu Donald Rumsfeld telah campur tangan dengan meletakkan kroninya di FDA dan menggunakan kaedah under table untuk memastikan aspartam ini diluluskan.

Donald Rumsfeld hasilnya juga mendapat bayaran yang banyak dari syarikatnya. Beliau semasa dilantik menjadi setiausaha Pentagon selepas itu sebenarnya sudah terlalu kaya. Beliau dan Bush adalah watak utama dalam perang Teluk di Iraq yang telah menjatuhkan Saddam dan membunuh umat Islam.    

Saya sendiri adalah pengguna tegar aspartam melalui chewing gum strawberry yang sangat saya suka. Ia ternyata membersihkan mulut dan sisa makanan mudah keluar apabila mengunyah gula-gula getah tersebut. Sehinggalah saya mendapat batuk-batuk kronik pada waktu pagi yang sukar sembuh.

Saya yang sepanjang remaja sihat tiba-tiba pula mendapat asma sehingga terpakasa memakai inhaler bila keadaan terlampau teruk. Ada masanya saya mendapat migrain yang agak parah. Ini agak menghairankan saya kerana saya adalah sihat dan selalu mengamalkan gaya hidup sederhana dan sihat.

Selepas saya mendapat maklumat perihal aspartam maka saya mula berhenti dan kini keadaan saya agak stabil semula.

Jika anda membeli barang dari kedai, bacalah dulu labelnya. Jangan main tibai sahaja.

Ya Allah ampunkan aku.

Sabtu, Ogos 31, 2013

Pra amalgam


Gambar semasa di klinik Sungai Chua Kajang semasa aku bakal menampal gigi dengan amalgam. 





Cantik jugak cincin aku kan?

Ahad, Ogos 25, 2013

Masa

Masa begitu pantas berlalu. Meninggalkan kita terkapai-kapai.
Sudah penghujung bulan Ogos. Syukurlah Syawal masih ada. Aku pun masih terkapai-kapai dalam mencari hala tuju.

Sabtu, Ogos 17, 2013

Sesat di Shah Alam


Shah Alam ialah ibu negeri Selangor. Shah Alam ialah sebuah bandar yang sederhana sahaja pada pandanganku. Agak susah untuk sesat di Shah Alam. Tapi... 

Ya, semalam aku sesat di Shah Alam. Motifnya senang saja. Dari Alam Sentral aku mahu ke Proton Shah Alam. Dari situ terus balik ke Kajang. Tapi aku sesat. Punyalah susah nak cari Proton Shah Alam.

Sebenarnya dah nyaris-nyaris jumpa pun sebab dah sampai Giant Bukit Kemuning, tapi aku tak dapat naik highway KESAS. Kenapa aku begitu kelam-kabut, mungkin sebab malam aku jadi gabra. Last-last aku turun Klang dan dari Klang baru aku naik semula KESAS.

Choi!- lain kali cari la seksyen 22 Shah Alam. Jumpa lagi ya Shah Alam, InsyaAllah 14 September ni seksyen u12 pulak.

Selasa, Ogos 13, 2013

Apa mimpi anda?


Semua orang ada impian. Semua orang ada mimpi. Saya tahu apa impian anda. Saya tahu apa mimpi anda. Kita semua sedang bermimpi satu mimpi yang sama. Kerana mimpi inilah sistem ekonomi kita berputar licik tak henti-henti. Anda bermimpi mahu jadi kaya bukan? Mahu punya banyak wang. Mimpi kita sama.

Duit. Duit adalah satu mimpi yang palsu. Duit hanyalah kertas bercetak yang tak punya apa-apa nilai kecuali apa yang diabsahkan oleh Bank Negara Malaysia. Namun duit tetap menjadi kebenaran kerana semua orang memiliki mimpi yang sama. Semua orang bermimpi mahu memiliki duit. Tak kira ustaz, ahli akedemik, ahli tahfiz dan lebih-lebih lagi penjual insuran dan MLM seperti Amway, Cosway, CNI dan seumpamanya. 

Kita sering keluh kesah kerana tak cukup duit. Harga barang pula semakin mahal. Siapa yang salah bila harga barang naik? Ada orang kata BN yang salah. Apa yang sebenarnya berlaku? Bukan harga barang naik. Barang dulu dan barang kini semuanya sama.

Apa yang lain? 

Nilai duit yang jatuh. Dulu (zaman mahathir jadi PM) RM10 boleh isi minyak kereta dapat 1 bar lagi. Kini isi RM20 pun masih menangis aku tengok bar minyak kereta aku yang ciput. Siapa yang salah? 

Yang bersalah ialah orang2 yang makan riba dengan bank. Yang mengambil pinjaman duit dengan bank. Merekalah punca ekonomi rosak. Merekalah yang menjatuhkan nilai duit. Merekalah yang membuat bank mendapat duit bak kertas jatuh dari atas langit. Bila duit banyak nilainya jatuh. Dulu 50 sen banyak juga benda boleh beli. Tapi kini 50 sen dah jatuh nilai ibarat sekadar 10 sen atau mungkin 5 sen saja gayanya. Sedih.

Duit semakin susut nilai dari sehari ke sehari. Dulu note RM100 sekeping susah nak jumpa atau hampir tak ada. Tapi kini dah ada dan jadi biasa. Apa maksudnya? maksudnya RM50 dah jadi terlalu biasa dan kecil sangat. RM50 kalau masuk kedai Pizza hut belum tentu lepas. Tambah lagi dengan cukai servis dan cukai kerajaan. 

Terima sajalah. 

Isnin, Ogos 12, 2013

Isnin yang sedih bagi orang bekerja

Isnin datang lagi membawa seribu cerita. Ini isnin selepas sahaja beraya Aidilfitri 1434. Pasti sangat mengujakan kerana ia adalah isnin pertama selepas cuti raya. Pastinya mood beraya masih hangat. Pastinya semua orang sangat malas mahu kerja. Aku pun malas juga tapi aku ada sedikit aktiviti seronok di tempat kerja iaitu main ping pong. Jadi aku masih punya sedikit harapan untuk gembira walaupun aku mempunyai amalgam dalam gigiku.

Hari pertama bekerja nampaknya blur saja. Aina dan Zamri pun belum start kerja. Plan nak main ping pong tak jadi sebab aku flat tak sedarkan diri hampir sejam lebih.  


Ahad, Ogos 11, 2013

Irfan @ Marriot Putrajaya


Hari raya tahun ni aku tak balik ke Kelantan seperti biasa sebab Linda masih baru habis pantang. Jadi terpaksalah cari aktiviti sesuai untuk isi masa cuti agak panjang yang terluang ni.

Jadi pada hari raya ke 3 kami check in ke Marriot Putrajaya. Kami check in Marriot Putrajaya sekitar jam 2 petang. Marriot putrajaya ni hotel 5 bintang tapi disebabkan promosi raya boleh la kami try sebab harga diskaun. So Irfan apa lagi, layan kolam budak la kat Marriot. Tengok la tu siap pakai google lagi.


Inilah meja dan kerusi dalam bilik kami di Marriot.


Ini pula katil double. Selesa nampaknya budak ni tidur.


Inilah aktiviti utama bila kami check in masuk hotel. 

Khamis, Ogos 08, 2013

Aidilfitri 2013


Aidilfitri 2013 kami sambut di Kajang, kami tak balik kampung, di Kelantan macam selalu kira sejarah la jugak kan. So aktiviti pagi raya ialah mengambil gambar dengan mood hari raya di perantauan. Layan je la gambar-gambar berikut.

Gmbar atas yang telah di cropped out. 

Kami menumpang kasih rumah emak Herman di Seri Cheeding dan juga mertua Herman di Kanchong.  
Gambar selepas habis beraya di Seri Cheeding, rumah emak Herman.

Anak lelaki Herman (Yusof) yang hampir sebaya dengan Irfan.

Irfan nampak happy walaupun tak dapat beraya di kampung kali ini.

Khamis, Ogos 01, 2013

Hidup tanpa hutang


Bayangkan anda tiada hutang walau satu sen. Boleh tak keadaan sebegitu jadi realiti?

Jawabnya sudah pasti boleh jika anda berusaha. Jangan ambil hutang. Jangan berhutang.

Hidup tanpa hutang sebenarnya boleh dilakukan kerana ada satu tahap lagi yang jauh lebih ekstrem iaitu hidup tanpa wang. Kalau orang yang hidup tanpa wang pun boleh hidup, maka apalah sangat hidup tanpa hutang. Saya sendiri sudah lakukan.

Hutang ialah meminjam duit untuk membeli atau membayar sesuatu. Orang biasanya akan berhutang bila mahu beli sesuatu yang tak mampu bayar sekaligus seperti kereta atau rumah. Nak beli kereta yang murah  macam kancil pun nak hutang?  

Betul ke kalau nak hidup zaman sekarang wajib kena berhutang? Kalau tak berhutang jawabnya "mati la saya". Betul ke macam tu? Kalau anda pandang kiri, pandang kanan, arah mana sekalipun, anda pasti nampak orang berhutang, begitu sekali pastinya. Tak hutang maknanya tak boleh hidup? Ya aku pernah berfikiran begitu pada satu masa. 

Semua orang pastinya pernah berhutang. Saya dulu pun pernah berhutang. Hutang MARA, hutang kereta dan hutang kad kredit. Itu masa zaman jahiliah la. Tapi kini tidak lagi. Saya kini hidup bebas tanpa hutang. Tiada loan kereta, tiada loan rumah, tiada loan kad kredit tertunggak. Kosong. Jom kita hidup tanpa hutang. Tiada interest. Tiada risau. 

Cuba  kita tukar cara berfikir. Sebenarnya kita boleh hidup normal tanpa perlu berhutang dengan bank. Boleh saja kan? Hidup bebas tanpa hutang. Hidup dengan kita punya kadar sendiri. Kenapa nak ikut orang? Orang berhutang kenapa kita nak ikut juga? Nak bergaya? Apalah sangat semua tu. Akhirnya ke lubang kubur juga tempat kita semua. Harta bertimbun buat anak2 gaduh je. 

Saya pun ada kena sindir sebab tak beli rumah dan kereta baru. Pakai kereta Wira tahun 1997 je. Tapi tak mengapa, itu semua tidak penting, yang penting saya tak berhutang dengan sesiapa kat luar. Jadi jangan anggap saya manusia abnormal dan pelik hanya kerana saya tidak berhutang. Itu pilihan saya. Saya masih hidup kan? Masih bernafas kan? Apa masalahnya?

Teruknya dunia hari ini. Hutang adalah perkara lumrah. Semua orang berhutang. Dari cleaner, operator, technician, supervisor hingga manager, semua berhutang? Tak boleh hidup ke kalau tak berhutang? Kenapa nak juga berhutang? Nak juga terlibat dengan riba?

Riba adalah haram. Riba adalah dosa besar dan riba jauh lebih besar berbanding zina! Tapi kita sering anggap dosa riba ni adalah untuk orang makan riba, walhal orang yang  beri makan dan makan adalah sama-sama berdosa, mengikut hadis nabi SAW. Kita ingat orang bank yang berdosa, kita tak fikir yang beri pada bank pun berdosa sama.

Kena beli rumah? Beli kereta? Beli hand set? Semua kena hutang. Kerajaan pun berhutang? Berhutang untuk tolong rakyat katanya.

Kalau semua orang tak ada duit dan semua orang berhutang (termasuk kerajaan) mana datangnya duit tu? Ada sesuatu yang tak kena di sini. Jangan kita suburkan riba. Cukuplah. USA bakal bankrup sebab riba. UK bakal bankrup sebab riba. Malaysia pun nak join ke?

Cara nak bebas hutang ialah dengan hidup sederhana, pakai je kereta Iswara, rumah duduk je yang kecil dan mampu milik. Hidup di dalam batas kemampuan. Jangan ikut orang.

Peristiwa:

Pergi klinik Sg Chua. Jumpa Iza (adikku) dan buat scaling gigi dan tampal lubang. Syukurlah dah lama aku nak buat benda ni. Tapi ada satu benda. Amalgam. Ia agak merisaukan aku.

Blog: No 2 untuk kata kunci peluang berniaga online. Ini sudah bagus.

Jumaat, Julai 26, 2013

Firas B Ahmad Sadli

Inilah Firas. Anakku no 2. Firas lahir di Kota Bharu semasa aku tengah layan tournament Ping pong di Toshiba. Akibatnya aku lewat balik untuk sambut kelahiran Firas. 

Rabu, Julai 24, 2013

Ahad, Julai 21, 2013

Anakku Irfan


Anakku yang pertama, Irfan namanya. Masa aku bujang aku selalu memuja Irfan Khairi, jadi entah macam mana nama anak aku pun jadi Irfan. Irfan yang ni bakal juara ping pong.

Sabtu, Jun 01, 2013

Jumaat, Mac 29, 2013

Tanjung tuan


Tanjung Tuan adalah kawasan peranginan berhampiran Port Dickson. Rumah api Tanjung Tuan adalah kawasan yang menjadi tumpuan jika berkunjung ke Tanjung Tuan.


Check out time dari Casa Rochado Tanjung Tuan 

Linda sedang mengandungkan Firas waktu ni.

Gambar ketika di Tanjung Tuan. Firas masa ni belum lahir.

Khamis, Februari 21, 2013

Internet broadband : Perbandingan pakej yang ada di Malaysia


Hari ini di Malaysia boleh dikatakan semua orang pakai internet. Dekat rumah masing-masing ada internet. Jarang sangat orang yang tak pakai internet. Hanya melalui handset kita boleh dapat pelbagai maklumat dari serata dunia. Hari ini ada pelbagai jenis syarikat menyediakan perkhidmatan ISP- Internet Service Provider.

Apakah pakej internet yang anda pakai? Maxis, Celcom, Digi atau P1 atau mungkin YES. 


Adakah anda mahukan maklumat pakej internet apakah yang paling berbaloi? Apakah yang memberikan data yang paling banyak? 


Pakej prepaid Maxis: Maxis adalah antara pelopor internet broadband di Malaysia. Maka Maxis memang mempunyai signal yang kuat di mana-mana kawasan pun. Kadar serendah RM2 sehari (terhad 200mb) anda sudah boleh akses internet dari handphone anda. 

Cuma adakah Maxis mahal? Ya rasanya Maxis agak mahal. Mari kita buat perbandingan. Saya ambil pakej RM68 kerana RM68 adalah kadar pertengahan yang mana saya kira ramai yang mampu dan sanggup.  

Untuk pakej RM68 maxis anda diberi data sebanyak 3 Gigabyte.
Untuk pakej RM68 celcom anda diberi data sebanyak 4 Gigabyte.
Untuk pakej RM68 YES anda diberi data sebanyak 5 gigabyte.
Untuk pakej RM68 u-mobile anda dapat data sebanyak 6 Gigabyte.
Untuk isian RM50 Digi anda dapat data 300 mb sehari selama 50 hari.
TM streamyx Wifi - Serendah RM 110 sebulan data tanpa had pada kelajuan 1 Megabit per second
Wifi Kedai mamak- Free


Kadar di atas adalah untuk pelan prepaid kecuali Celcom dan TM streamyx sahaja saya ambil kadar pospaid sebagai perbandingan. Untuk U-mobile dan Digi, kadar di atas adalah untuk pelan data only tanpa voice.

Untuk Digi jelas ia paling berbaloi. Cuma Digi liputan kawasannya tidak meluas seperti Maxis. Jika anda tidak berada dalam kawasan liputan Digi maka signal yang anda dapat juga akan lemah. Hal yang sama berlaku pada U-mobile. Jika anda ambil Maxis, boleh dikatakan mana-mana tempat di Malaysia sudah ada Maxis secara mantap.  


Jelas yang mana paling berbaloi? Saya sendiri sudah pakai semua syarikat di atas dan setakat ini yang paling puas hati ialah Digi. Oh ya, untuk yang bertanya kenapa Digi begitu murah? Isi Rm50 dapat sebulan tanpa had? Dulu Digi memang murah. Sebulan tanpa had.

Pakej Digi ini adalah pelan dedikasi Internet prepaid only dimana ia semata-mata untuk internet dan anda tidak boleh buat call, tidak ada voice data yang diberi. Untuk pelan biasa Digi saya sendiri tak pasti sebab saya guna Maxis.

Digi bagaimanapun baru-baru inni telah membuat limit 300mb data sehari. Bila dah pakai 300mb data streaming menjadi slow. Kena tunggu esoknya baru dapat lagi 300mb. Saya sebagai pengguna tegar internet terpaksa mencari alternatif lain.

Untuk line telefon biasa (suara) saya pakai Maxis prepaid. Kadang-kadang saya akan beli data harian dari Maxis pada kadar RM2 untuk 100 Megabyte data yang terhad untuk penggunaan sehari sahaja atau 24 jam. 100 megabyte hanya cukup jika anda mahu facebook dan aplikasi sederhana lain. Kalau buka youtube habis sekejap saja 100 mb data. Dapat tengok video sekitar 5 minit sahaja. 

Keburukan data terhad seperti Maxis ialah ia "makan" duit setiap kali kita terlebih guna data. Ini biasa berlaku bagi mereka yang memiliki hand set canggih yang setting datanya mudah di ON. 

Apa lagi pilihan yang ada untuk pakej broadband?


Saya syorkan anda pakai Celcom prepaid. Sekarang saya pakai broadband Celcom. Celcom memiliki pelan broadband mingguan Rm18. Dengan Rm18 anda melanggan data selama seminggu (7 hari) tanpa had. Jadi anda boleh layan youtube atau tonton (tv internet streaming) sepuas hati tanpa perlu risau. Untuk melanggan SMS BROADBAND ke 28882. Untuk pengguna Celcom sahaja. Anda boleh pilih Broadband Daily Rm7 atau Broadband Weekly Rm18. 

Maxis pula bagaimana? Signal Maxis sangat bagus dan luas liputannya tapi servisnya agak mengecewakan bagi saya.

Maxis memiliki signal paling kuat dan liputan terluas. Kalau anda orang kaya bolehla pakai Maxis. Saya tak berapa gemar Maxis kerana Maxis makan duit. Kenapa Maxis tak gentleman? Kalau nak makan duit orang gentle la. Jangan makan senyap2 beb.

Maxis bagi saya memang kurang prihatin dalam hal ini. Mereka sebagai syarikat telekomunikasi terbesar sepatutnya pandai menjaga hati pelanggan, bukannya berusaha keras mencari untung untuk diri sendiri. Pelanggan ada pilihan bukan Maxis je yang ada kat Malaysia ni. 

Kenapa saya tak puas hati dengan maxis? Sebab Maxis makan duit tanpa memberi amaran atau simpati pada pelanggan mereka. Bayangkanlah kalau ada kredit Rm100 maka Rm100 lah maxis telan. Mana boleh macam tu. 

Buatlah satu sistem yang menjaga kepentingan pelanggan. Pelanggan ni kalau dia dah lari susah nak pujuk balik. Bukan nak condemn maxis tapi benda ni dah ramai sangat orang komplen. Buatlah sesuatu Maxis. Jangan nanti dah nak bankrup baru nak ambil hati pelanggan. Sekarang ni restoren mamak yang biasa pun dah ada free Wifi, so orang dah tak hairan sangat. 

Rabu, Februari 20, 2013

Expo Buku Islam 2013 kali ke 6 di Putrajaya (sekali lagi)


Expo buku Islam kali ke 6 kini singgah kembali ke Putrajaya. Ia akan diadakan di lokasi sama semasa Expo Buku Islam kali ke 2 yang lalu pada tahun 2012.

Inilah gambar poster rasmi Expo Buku Islam kali ke 6 di Putrajaya. 
Untuk pengetahuan anda, Expo buku Islam dibuat di lokasi strategik seluruh negara. Kali pertama ia di buat di Stesen KL Sentral. Kali ke 2 di Putrajaya, seterusnya di Kuantan, seterusnya di tempat lain pusing-pusing dan kini ia kembali semula buat kali ke enam di tempat yang sama ia dibuat kali ke 2 dahulu. 

Jika sesiapa yang pernah pergi Expo Buku Islam kali ke 2 dahulu pasti masih ingat di mana ia di adakan pada 24 February hingga 4 March 2012. Kini hampir genap setahun Expo ini maka ia kembali semula di buat di tempat sama. 

Expo buku Islam ini sangat menarik dan mendapat sambutan menggalakkan. Kerana itulah pihak penganjur tidak ragu-ragu membuat ulangan di Putrajaya dengan rasanya lebih besar lagi kali ini. 

Ramai tokoh ternama bakal hadir seperti Dr Muhaya, Ustaz Zahazan dan ramai lagi. Saya harap Ustaz Pahrol pun ada nanti.     

Jika anda mahu turun ke Expo ini di Putrajaya silalah datang ke Precinct 3. Tempatnya adalah berhadapan dengan masjid besi Masjid Sultan Zainal Abidin.

Jika anda mahu panduan lokasi yang lebih lengkap boleh rujuk isu Expo buku Islam ke 2 yang mana saya telah ceritakan dengan detail cara untuk sampai ke expo ini.

Inilah gambar suasana di Expo Buku Islam Putrajaya kali ke 6. Jom saksikan.
 Biasalah expo buku mesti ada diskaun punya!!
 Ini dari kawasan meja urus setia dan maklumat awam.
 Orang agak ramai juga walaupun kat luar dewan sedikit gerimis. 
 Ada ceramah.
 Jemputan dan tokoh akan berceramah di pentas ini.
 Buku syarikat kartun MOY pun ada!!
 Promosi syarikat MOY.
 Al-Quran untuk muslimah pun ada?
Penulisan Khat pun ada.
 Penulis khat professional ke ni?
 Ini pasti semua kenal ni.
Dari pintu masuk utama.
Kelihatan bangunan Putra Perdana nun di kejauhan. Ini dari kawasan parking di depan Istana kehakiman.

Jom ramai-ramai meriahkan lagi Expo Buku Islam ke 6 Putrajaya 2013.



Perniagaan modal kecil


Ramai dari kalangan kita orang-orang melayu memiliki impian untuk berniaga, tetapi masalah utama kita ialah kekurangan modal. Itulah alasan yang biasa kita dengar bila berbual dengan kawan yang mempunyi impian mahu berniaga. Akibatnya impian hanya tinggal impian sahaja dan kita terus kekal dalam dunia makan gaji tanpa berusaha untuk berniaga.

Kalau tak ada modal besar sebenarnya kita masih boleh berniaga. Kita boleh mula dahulu secara kecil-kecilan. Modal sebenarnya bukanlah suatu halangan yang terlalu utama. Kata pepatah, di mana ada kmahuan, di situ ada jalan.

Yang paling penting ialah keinginan membara untuk berjaya. Ada juga perniagaan yang tak memerlukan modal yang besar tapi dengan teknologi internet masih boleh mendapat untung.

Apakah perniagaan itu? Adakah perniagaan yang memerlukan modal kecil sahaja? Insya Allah ada.

Cubalah berniaga secara online. Anda boleh menyertai syarikat seperti Bio-Asli. Modal untuk menjalankan perniagaan dengan syarikat Bio-Asli tidaklah terlalu besar. Pun begitu jika anda pandai strategi pemasaran, Insya-Allah untungnya besar juga.

Selasa, Februari 19, 2013

Melukut di tepi gantang


Ramai orang suka melukut di tepi gantang. Memasang lukah di pergentingan. Mencari publisiti murahan. Jangan macam tu.

Contohnya ramai orang yang nak komen kat blog ini dengan meletak link yang bukan-bukan. Tak tunjuk muka pun tapi nak jual barang.

Hairan juga.

Anda nak komen tak ada masalah. Anda nak kutuk saya silakan. Yang bermasalah ialah yang nak enterfrem diri sendiri dekat blog ini. Yang cuba jual itu dan jual ini. Kalau nak jual barang sini bukan tempatnya. Sila jual di tempat yang sepatutunya. Buat la blog sendiri dan jual la apa pun anda nak jual. Tak ada orang komplen.

Sangat sedih. Blog ini bukan blog yang power pun. Bukan ramai pun orang atau pembaca. Aku ni tak terkenal langsung pun. Tapi ramai juga tu yang nak enterfrem diri mereka dekat blog ini.

Itulah melayu. Tapi mat Salleh pun ada.

Adios. (Tiru zul nordin)

Isnin, Februari 18, 2013

Perniagaan Online Terbaik 2013


Tahun 2013 adalah tahun yang sangat mencabar. Ekonomi dunia dalam keadaan tidak menentu kerana Dollar US dikatakan akan hancur dalam masa terdekat dek kerana hutang bertrillion dolar dan riba yang berleluasa. 


Ekonomi bahagian Eropah sudah goyang bermula dengan Greece, Portugal dan kini Sepanyol yang ekonominya merudum gara-gara hutang. Bila US pun bankrup, maka seluruh dunia akan terasa kesannya. Silap-silap boleh jadi perang dunia ke 3.  

Pelbagai peristiwa penting juga bakal berlaku di Malaysia. Antaranya ialah Pilihanraya Umum 2013. Pilihanraya yang paling kritikal dalam sejarah Malaysia. Ini kerana ramai pihak yang meramalkan satu pertembungan paling sengit antara BN dengan Pakatan Rakyat. 

Saya tidak mengundi. Sama ada BN atau Pakatan yang menang, hidup perlu diteruskan. Perniagaan online mesti terus hidup. Kenapa? Kerana hidup masih panjang. 


Inilah hakikat hidup. Hidup kena cari duit. Jadi mari kita berniaga secara online seperti saya. Apakah perniagaan online terbaik untuk 2013? 

Perniagaan Online Terbaik 2013 ialah perniagaan dengan syarikat online terkemuka Bio-Asli.

Mari kita sama-sama berniaga Bio-Asli. Mari kita sama-sama menjadi kaya. Saya pun mahu kaya seperti Mokhzani Mahathir. Dia anak Mahathir. Dia berada di tempat ke 13 terkaya di Malaysia. 


Dahulu Temasek adalah tempat yang banyak orang Melayu. Ada Raja Melayu yang merajai Temasek. Tapi Temasek dah tak ada. Yang ada ialah Singapura. Kalau Melayu nak masuk Singapura dia kena ada DUIT baru boleh masuk. Kalau tak ada duit dia akan kena ludah macam tu saja. 

Saya dah kembangkan lagi perniagaan online saya dengan menjana iklan Adwords. Baru la masyuk. Bajet ciput je. RM 60 je sebulan. Kita try dulu. Kalau ada untung baru saya tambahkan. 

Anda berani nak berniaga secara online? 
Atau anda suka sangat makan gaji?
Anda suka sangat Punch Card setiap hari?

Berniagalah secara online secara sampingan dahulu.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.