Lepas check out dari First Cabin aku terus menuju ke Masjid Shinkoiwa. Kena pula hari ni jumaat aku memang niat nak solat jumaat kat masjid Shinkoiwa.
Alhamdulillah sempat sampai awal sebelum khutbah. Walaupun ada sedikit masalah nak cari stesen sebab dah lama tak datang Tokyo dan baru nak catch up balik sistem keretapi kat sini.
Imam menyeru supaya menderma sebab esok mereka nak beli tanah dan rumah kawasan sebelah masjid untuk membolehkan mereka besarkan masjid. Mampu derma 1000 yen, Alhamdulillah