Thursday, July 16, 2009

Di mana boleh dapat kad Touch N Go?

Musim raya bakal tiba tak lama lagi. Cepat-cepat lah cari kad Tuoch N Go pada pemandu 2 yang bakal pulang berhari raya di kampung. Rancanglah perjalanan anda dengan baik. Servis kereta anda. Ingat orang yang tersayang dan berhati -hatilah di jalan raya. Untuk mendapatkan kad touch n go, and boleh beli di tempat berikut. KLIK.

Wednesday, June 10, 2009

Bagaimana cara untuk Bangun Awal Pagi

Bagaimana untuk bangun awal pagi setaip hari? Penuh disiplin dan penuh bersemangat untuk menghadapi hidup? Menjadi orang orang yang berjaya dan terbilang.

Adakah orang yang bangun awal memang dilahirkan begitu atau mereka melalui kaedah tertentu? Dalam kes saya, semestinya ia melalui kaedah tertentu. Semasa saya berusia awal 20-an, saya biasanya hanya akan masuk ke bilik tidur selepas jam 12 malam, jarang sekali saya tidur sebelum tengah malam. Akibatnya saya selalunya akan terjaga dan "hidup" hanya bila hari sudah hampir tengah hari.

Selepas beberapa tahun saya mula sedar betapa tingginya kaitan antara KEJAYAAN dan BANGUN AWAL, termasuklah dalam kehidupan peribadi saya. Dalam beberapa kes yang jarang bila saya bangun awal pagi, saya dapat rasakan yang produktiviti diri selalunya akan lebih tinggi, bukan hanya pada waktu pagi, tapi untuk keseluruhan hari itu. Saya juga dapat merasakan keseluruhan rasa diri yang cergas, aktif dan bertenaga. Maka oleh kerana saya memang ingin menjadi orang yang hebat, saya bertekad untuk bangun awal setiap hari secara konsisten. Tanpa membuang masa lagi, saya kunci jam loceng pada pukul 5 pagi.....dan keesokan harinya .....
saya tetap bangun bila hari sudah hampir tengah hari..

Hmm..

Saya cuba lagi beberapa kali selepas itu, setiap kali juga keputusannya tidak lari jauh. Adakah saya memang dilahirkan dengan genetik bangun lewat? Setiap kali jam loceng berbunyi, perkara pertama yang terlintas dalam benak pemikiran saya ialah bagaimana mahu mematikan bunyi yang amat mengganggu itu dan menikmati semula tidur yang amat lena tadi. Begitulah tabiat saya selama beberapa tahun. Namun saya mula sedar dari bacaan dan kajian pakar bahawasanya teknik saya itu sebenarnya SALAH. Hanya selepas saya mengaplikasikan teknik baru ini barulah saya berjaya untuk bangun awal.

Sebenarnya memang sukar untuk bangun awal jika strategi yang kita gunakan salah. Tapi dengan strategi yang betul, bangun awal pagi sebenarnya adalah agak senang.

Antara cara salah yang agak biasa ialah; kamu anggap jika esok kamu mahu bangun awal, maka strategi paling baik ialah tidur awal pada malam itu. Maka kamu mula mengkaji masa tidur kamu yang biasa dan mencongak masa tidur yang terbaik untuk bangun pada pukul 5 pagi. Contohnya jika kamu selalu tidur pada pukul 12 tengah malam dan bangun pada pukul 7 pagi, maka cara untuk bangun pada pukul 5 pagi ialah dengan menganjakkan waktu tidur lebih awal dua jam iaitu dengan tidur pada pukul 10 malam. Kaedah yang nampak logik. Tapi sebenarnya tetap akan menemui kegagalan.

Boleh dikatakan ada dua pendapat utama tentang corak tidur. Satu ialah yang mengatakan anda sepatutnya perlu tidur dan bangun pada waktu yang tetap setiap hari. Dengan kaedah ini seolah olah anda mempunyai dua jam loceng pada dua ketetapan - anda cuba tidur pada waktu yang tetap pada setiap malam. Kaedah ini nampak praktikal walaupun dalam suasana kehidupan moden hari ini. Kita perlukan ketetapan dan badan perlukan rehat yang cukup.

Pendapat yang ke dua pula mengatakan bahawa anda perlu mendengar isyarat dari tubuh anda . Tidur hanya bila anda rasa penat dan bangun hanya bila anda terjaga secara semulajadi. Pendapat ini didasarkan pada pemahaman konsep biologi manusia itu sendiri. Badan kita akan bereaksi memberi isyarat bila kita mengantuk, jadi kita perlu akur pada kehendak biologi tubuh badan secara semulajadi.

Melalui kaedah cuba-cuba dan pengamatan sendiri, saya mendapati kedua-dua kaedah ini tidak akan memberi corak tidur yang optimum. Kedua-duanya adalah salah jika anda benar-benar mengambil berat tentang produktiviti diri anda. Kenapa?

Sekiranya anda tidur pada waktu yang tetap, anda kadang-kadang akan masuk ke bilik tidur bila anda belum mengantuk. Sekiranya anda berada di atas katil selama lebih dari 5 minit tanpa tidur, maka anda sebenarnya belum mengantuk! Bayangkan, setiap malam anda membuang masa lebih dari 5 minit masa anda tanpa ada apa-apa perkara yang produktif. Ingat; masa itu emas. Masalah lain ialah anda menganggap anda perlu jumlah waktu yang tidur yang tetap setiap hari, ia sebenarnya anggapan salah. Keperluan tidur anda pada hakikatnya berbeza setiap hari.

Sekiranya anda mengikut pendapat ke dua pula iaitu mendengar kehendak biologi tubuh, anda mungkin akan tidur lebih dari yang perlu dalam kebanyakan kes, terlalu lebih biasanya 10 hingga 15 jam terkumpul lebih banyak dalam tempoh seminggu (anda akan rugi 1 hari waktu untuk bekerja). Ramai orang yang tidur dengan cara ini bisanya akan tidur lebih dari 8 jam setiap hari, yang bermakna mereka terlalu banyak tidur. Selain itu, waktu pagi anda akan sukar untuk di jangka kerana mereka akan bangun pada waktu yang berbeza setiap hari (mengikut kata tubuh). Oleh kerana corak peredaran tubuh kita yang tidak semestinya selari dengan sistem jam, maka waktu tidur anda akan lari (hanyut) secara rawak.

Cara terbaik bagi saya ialah dengan menggabungkan kedua-dua kaedah di atas. Sebenarnya ia sangat senang dan ramai orang yang biasa bangun pagi melakukannya secara semulajadi, tapi ianya merupakan suatu pencapaian hebat bagi diri saya. Penyelesaiannya ialah dengan masuk ke bilik tidur hanya bila sudah mengantuk dan bangun pada waktu yang tetap dengan jam loceng pada setiap pagi setiap hari (7 hari seminggu). Jadi saya akan bangun pada waktu yang sama pada setiap pagi (dalam kes saya, 6 pagi), tapi saya masuk tidur pada waktu yang berbeza-beza setiap malam.

Saya akan masuk ke bilik tidur hanya bila saya rasa mengantuk dan tidak mampu lagi untuk jaga. Ujian mengantuk untuk diri saya ialah bila saya tidak lagi mampu untuk membaca satu atau dua muka surat sebuah buka tanpa hanyut, maka saya memang benar-benar mengantuk dan perlu tidur. Kebanyakan dari pengalaman saya, saya akan tidur dalam sekitar hanya 3 minit selepas berada di atas katil. Saya baringkan tubuh, selesakan badan, tanpa masalah saya akan terus lelap. Ada masa saya tidur awal jam 9 setengah. Ada masa saya berjaga sampai 12 tengah malam. Kebanyakannya saya akan tidur sekitar jam 10 hingga 11 malam. Sekiranya saya tidak mengantuk, saya akan berjaga sehingga mata saya benar-benar mengantuk. Membaca adalah aktiviti terbaik untuk waktu sebegini. Sehinggalah benar-benar mengantuk barulah saya akan masuk untuk tidur di bilik.

Bila jam loceng berbunyi setiap pagi, saya akan menutupnya, geliat beberapa saat dan kemudian bangun. Saya tidak akan berfikir lagi mengenainya. Dari pengalaman saya, semakin lama saya mengambil masa, maka semakin tinggi kebarangkalian saya akan terus tidur. Saya tidak akan membenarkan diri saya berbual tentang faedah-faedah tidur bila jam sudah berbunyi. Walaupun perasaan saya masih lagi mahu tidur, saya TERUS bangun.

Selepas beberapa hari dengan tabiat ini, saya dapati corak tidur saya menjadi sesuatu yang semula jadi. Jika pada suatu malam saya kurang tidur, malam berikutnya saya akan mudah mengantuk dan tidur awal secara semulajadi. Sekiranya badan saya bertenaga dan tidak letih, saya akan tidur kurang sedikit. Tubuh badan saya belajar untuk memaksa saya tidur bila penat dan mengantuk kerana tubuh saya tahu yang ia akan bangun pada waktu yang sama setiap pagi dan tidak ada perundingan lagi mengenainya.

Kesan daripada kaedah ini, saya biasanya tidur kurang 90 minit secara normal setiap malam tetapi saya rasa tubuh saya benar-benar rehat dan segar. Dan saya jarang untuk tidak tidur bila sudah berada di atas katil.

Dari pembacaan saya, kebanyakan orang yang susah tidur (pengidap penyakit insomnia) ialah orang yang masuk tidur bila mereka tidak mengantuk. Jika anda tidak mengantuk dan susah untuk tidur dengan cepat, cuba bangun dan berjaga untuk seketika. Jangan tidur lagi sehingga tubuh mengeluarkan hormon memberitahu yang anda perlu tidur (anda akan rasa mengantuk).

Jika anda masuk ke bilik tidur hanya bila anda mengantuk dan bangun pada waktu yang tetap setiap hari, anda akan sembuh dari penyakit sukar tidur (insomnia). Malam pertama anda berjaga memang anda akan tidur lewat, tapi anda akan terus tidur bila masuk ke bilik. Hari pertama memang akan sukar untuk anda kerana anda bangun awal dan hanya dapat tidur beberapa jam sahaja. Tetapi anda mestilah menghadapi hari itu dengan cekal dan anda akan merasa mengantuk awal pada malam ke dua. Selepas beberapa hari anda akan dapati corak tidur akan menjadi sekata dengan waktu tidur yang tidak jauh berbeza dan tidak ada masalah sukar untuk tidur lagi.

Jadi, jika anda mahu jadi orang yang bangun awal (atau memiliki lebih kawalan pada corak tidur dan mengatasi insomnia) maka cuba lah cara ini;

Masuk ke bilik tidur hanya bila anda benar-benar mengantuk dan bangun pada masa yang tetap setiap pagi, setiap hari, menjadi amalan rutin anda yang wajib. Anda akan bangun awal dan menjadi manusia cemerlang yang produktif.
Selamat mencuba! Selamat Bangun awal.

Monday, September 8, 2008

Konsep sebenar MLM

Bila sebut sahaja pasal MLM, perkara pertama yang terlintas di benak atau kepala kebanyakan orang ialah jual barang.Kena jual barang itu dan ini, jaja dari satu tempat ke satu tempat. Jadi awal awal lagi mereka akan kata"No".Ini bukan cara cari duit. Banyak lagi cara nak cari duit selain dari jual barang macam ini. Inilah salah anggapan kebanyakan orang.Salah anggap yang menyebabkan mereka terlepas peluang untuk mendapat peluang mengejar impian menjadi jutawawn melalui MLM.
Apa sebenarnya MLM? MLM ialah Multi Level Marketing, iaitu perniagaan berbilang tingkat.Konsep sebenar MLM ialah kita mencari orang yang mahu buat apa yang kita buat. Konsep "duplicate" atau klon. Bukan klon diri atau rupa paras, tapi klon sikap dan tabiat. Kalau berjaya membuat perkara ini dengan semaksimum mungkin, barulah kita boleh berjaya sebagai MLM- ers.
Satu lagi konsep MLM ialah kita membeli barang setiap bulan untuk diri sendiri dari kedai kita sendiri. Kita gunakan barangan yang kita beli dari syarikat MLM yang kita sertai. Jadi secara tidak langsung kita akan menjadi pakar kepada barangan yang syarikat pasarkan.Untuk menjual itu adalah suatu bonus sahaja kepada sesiapa yang berjiwa besar.Tapi belian mestilah dikekalkan setiap bulan. Ini mustahak untuk membuat pusingan duit supaya upline upline yang berjaya akan dapat "gaji" setiap bulan.Mungkin ada yang rasa sistem ini tidak adil kerana orang atas senang lenang.Well, itulah dia MLM dan itulah cara MLM berfungsi.Kalau anda rasa tidak suka, well, jangan paksa diri anda.Teruskan sahaja kerja makan gaji.
Suatu yang hebat tentang MLM ialah kesusahan yang terpaksa di alami semasa mula mula mahu berusaha untuk berjaya. Tapi bila sudah berada di atas, ganjaran kewangannya amat tinggi dan hebat.Jadi kenalah berpegang pada pepatah, "kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya."
MLM adalah satu peluang untuk menjadi kaya raya. Ia ada positif dan negatif. Tapi kalau kita mahu fikirkan yang negatif sahaja, maka hidup kita pun akan negatif dan tidak akan ke mana mana.Ramai yang telah berjaya menjadi kaya dan hidup senang denagn MLM.Tak kurang juga yang telah kecundang dan hanya sekerat jalan sahaja.Itulah dunia MLM untuk mereka yang cekal dan bersemangat waja.Sikap yang positif adalah amat penting kerana ia akan menentukan menang atau tewas perjuangan seseorang itu dalam dunia MLM yang penuh pancaroba.
At the end of the day, walau apa sekalipun, hidup perlu diteruskan.Selamat berjuang.

Monday, July 28, 2008

Cara buat duit di internet.

Cara cari duit di Internet.Apa yang anda perlu buat ialah belajar dahulu asas yang mudah.Kemudian anda bolehlah mempraktikan kaedah di bawah ini.Cuba berusaha dengan tekun dan bersungguh sungguh. Tidak ada jalan yang mudah. Itulah hakikatnya. Namun sudah ada yang berjaya. Irfan Khairy adalah contoh yang baik. Tanyalah dan belajarlah dari beliau.

Melalui program "affiliate."
Apa itu affiliate? Secara mudahnya affiliate ialah reseller. Sebagai contohnya bila kita menjadi affiliate syarikat A, kita akan cuba sedaya upaya menjual barangan yang dikeluarkan oleh syarikat A sebanyak mungkin kerana setiap barangan yang terjual, affiliate akan mendapat percent daripada jualan tersebut. Jumlah percent ini berbeza dari satu syarikat ke satu syarikat yang lain dan terpulanglah kepada kebijaksanaan sendiri untuk menjadi affiliate kepada syarikat mana.
Program affiliate ini popular kerana syarikat yang menawarkan program ini akan dapat menjual produk secara lebih cepat dan lebih banyak lagi. Ianya merupakan situasi menang menang bagi pihak syarikat dan juga pihak yang menjadi affiliate. Produk yang dijual juga ada pelbagai dan tidak terbatas kepada produk produk fizikal sahaja. Ada juga produk yang berbentuk perisian atau perkhidmatan juga antara yang di "affiliatekan". Contoh yang paling senang ialah e-book. Ia menguntungkan kerana kos dari segi logistik adalah minima.
Apa itu "Adsense"? Adsense secara mudahnya ialah kita menjadi "affiliate" kepada syarikat Google.Apa yang unik di sini ialah program Adsense tidak perlu sampai tahap menjual barang, cukup dengan hanya dengan "klik" sahaja iaitu Google membayar affilitenya kepada setiap "klik" yang mereka dapat.Caranya mudah sahaja, letakkan iklan Google pada laman web peribadi kita , dan Google akan membayar kepada kita setiap satu "klik" pada iklan itu. Untuk berjaya dalam program ini, syarat atau kriteria utama ialah laman web itu mestilah popular dan ramai pengunjung kerana dengan adanya pengunjung yang ramai sahaja barulah akan ada "klik" yang banyak untuk menjadikan ianya berbaloi.
Melalui ebay
Ebay adalah satu portal lelongan di mana ahli boleh menjual dan juga membeli di kalangan mereka.Pelbagai jenis barangan ada di ebay dan harga barangan juga bergantung pada ahli ahli sendiri, di mana barangan akan dijual kepada sesiapa yang menawarkan harga tertinggi selepas sesuatu tempoh(seminggu biasanya) akan dapat membelinya. Agak kejam bunyinya namun cara itulah yang membolehkan penjual mendapat harga yang terbaik untuk setiap barangan yang mereka jual. Ramai yang berjaya menjual pada harga tinggi barangan yang pada keadaan normal biasanya murah sahaja.
Melalui MLM.Contoh terbaik ialah BIO-ASLI
Jadi ahli kepada mana mana syarikat MLM dan buat yang terbaik.
Menjual sendiri
Jika ada produk sendiri dan ada laman web sendiri. Usaha sendiri untuk cari pasaran dan hasilnya,juga adalah untuk diri sendiri.Anda jadi boss sendiri dan jadi kuli pada masa yang sama.

Mahu jadi seperti Irfan Khairy?

Anda tentu pernah mendengar nama Irfan Khairy, seorang ikon jutawan anak melayu yang terkenal di Malaysia dan juga mungkin di luar negara. Malahan ada yang pernah membaca buku tulisan beliau yang memberi panduan untuk menjadi seorang jutawan melalui perniagaan internet. Beliau juga banyak mengadakan bengkel bengkel untuk memberi ceramah kepada khalayak umum tentang cara cara beliau berusaha untuk menjadi seorang jutawan perniagaan internet.
Daripada pengalaman membaca buku beliau, Irfan mengajar khalayak umum bagaimana untuk berjaya seperti beliau dengan berkongsi tip tip berguna yang beliau sendiri amalkan. Namun begitu, apa yang beliau dedahkan adalah perkara perkara asas dalam perniagaan internet. Untuk menjadi betul betul seperti beliau, banyak lagi yang perlu diketahui dan dipelajari. Bukanlah saya hendak merendahkan pencapaian beliau, beliau adalah seorang insan yang amat amat berjaya dan amat hebat.

Untuk permulaan, beliau adalah pemegang ijazah sarjana doktor falsafah lulusan luar negeri, beliau juga memang seorang jutawan! Irfan Khairy memiliki sebuah banglo 3 tingkat dalam kediaman taman mewah yang lengkap dengan pengawal keselamatan dan kolam renang di Carcosa Seri Negara , Seremban. Beliau baru baru ini bercadang untuk menjual banglo itu dengan harga minimum satu juta ringgit. Beliau terpaksa tinggal di Kuala Lumpur disebabkan kesibukan tugas beliau yang lebih memaksa beliau sentiasa berada di ibu Negara , Kuala Lumpur.

Memiliki seorang isteri yang setia dan dua orang puteri (yang terbaru baru lahir pada 8.8.08) dan 2 orang putera, bekerja sendiri dari rumah dan memiliki kebebasan hidup tanpa perlu risau dengan hal hal kewangan,semua ini dicapai dalam usia yang belum pun mencecah 30. Semua ini dicapainya melalui perniagaan internet. Beliau bukan makan gaji, beliau berusaha sendiri untuk mencapai impian beliau.

Latar Belakang Pendidikan Irfan Khairi
Sekolah Rendah di SRK Raja Perempuan Mazwin (Kuala Kangsar) kemudian ke SRK Subang Jaya sampai darjah 6… Sekolah menengah di SMK Lelaki Bukit Bintang di PJ. Lepas tu ke PPP ITM di Shah Alam mengikuti A Level (batch 13). Lepas tu ke British Consortium Higher Education (BCHEM) Cheras untuk melanjutkan first year degree. Lepas tu ke Staffordshire University, United Kingdom

Daripada pembacaan dari blog beliau, kita boleh memahami yang beliau adalah seorang yang amat bijak dan mempunyai disiplin diri yang tinggi. Dan untuk mencapai apa yang beliau capai, bukan calang calang orang yang dapat melakukannya.
Jadi, tidak ada salahnya pergi belajar sesuatu dengan menghadiri bengkel yang beliau adakan. Itupun kalau anda mampu sebab harga seminar ini pun bukanlah murah.Harganya RM 800 + untuk seminar selama sehari suntuk di Hotel mewah JW Marriot di Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Namun saya cuma ingin berkongsi pendapat dengan anda, untuk menjadi seorang jutawan bukanlah sesuatu yang mudah. Dan bukan calang2 orang boleh menjadi jutawan. Banyak pengorbanan yang perlu di buat dan masa yang perlu dilaburkan dengan pulangan yang belum pasti.
Beliau memiliki beberapa buah laman web sendiri, antara yang popular ialah

1.www.rahsiajutawan.com
2.www.irfankhairy.com

Selain itu ada beberapa lagi laman web beliau yang lebih kepada perniagaan.
Beliau juga memiliki lingkungan kawan kawan dan teman yang hebat yang juga berjaya antaranya ialah Azizi Ali, seorang pengajar tentang menjadi jutawan yang juga banyak mengeluarkan buku buku hebat tentang impian ingin menjadi jutawan. Seorang lagi teman hebat beliau ialah bekas pengacara rancangan TV3 Malaysia Hari Ini, Nizal Mohammad.Nizal telah melatih Irfan cara cara dan teknik komunikasi yang berkesan.Irfan bersama sama dengan Nizal telah menubuhkan sebuah yayasan badan amal yang membantu masyarakat melalui sumbangan kewangan. Nama yayasan itu ialah Yayasan Ilham budi.
Walaupun beliau boleh memilih untuk hidup secara tenang dan bersuka suka, beliau tidak melakukannya.Sebaliknya beliau terus berusaha untuk memajukan diri dan bangsa dengan mengadakan bengkel dan menulis buku untuk berkongsi ilmu dengan orang ramai.Beliau juga menjadi seorang deejay radio di Radio 24 yang mengendalikan rancangan berbentuk motivasi jutawan.
Jadi kalau anda pernah terfikir untuk menjadi seperti Irfan Khairy, tirulah beliau secara lengkap dan menyeluruh. Jangan hanya memasang impian tanpa berbuat apa apa!

Ingin mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker majlis/acara anda?

(bukan majlis perkahwinan! :) )

Irfan Khairi adalah penulis buku terlaris, personaliti TV dan juga radio dalam bidang kejayaan & kekayaan (Success & Wealth). Kepakaran Irfan Khairi adalah dalam bidang mencungkil keupayaan dan potensi diri para audiens serta memberi inspirasi dan strategi dalam mencapai kejayaan yang cemerlang.

Sering digelar “Jutawan Muda” & “Jutawan Internet” oleh media massa, Irfan memberi pendekatan yang bersahaja dan ilmiah kepada audiens bahawa kejayaan yang cemerlang boleh dicapai oleh sesiapa sahaja dengan teknik dan strategi yang betul.

Sesi Irfan Khairi sering dikatakan sebagai sesi yang menghiburkan dan penuh dengan maklumat yang berguna yang boleh diaplikasikan dengan serta merta untuk mendapatkan keputusan hebat!

Topik ceramah/talk:

  • Mencungkil kekuatan dan potensi diri (motivasi & inspirasi)
    Irfan akan membawa audiens menyelami potensi diri masing-masing dengan menerapkan prinsip kejayaan yang digunakan oleh insan-insan yang berjaya di seluruh dunia. Irfan juga telah menggunakan prinsip kejayaan tersebut sehingga mencapai pendapatan melebihi RM1,000,000 ketika berumur 25 tahun. Sebagai host TV & radio yang telah menemubual berpuluh jutawan Malaysia (program Radio24 bicarawara “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi”), beliau mempunyai maklumat tangan pertama tentang rahsia kejayaan jutawan-jutawan Malaysia!
  • Perniagaan Internet (informasi)
    Irfan akan menunjukkan cara bagaimana dirinya memperolehi pendapatan melalui Internet melebihi RM1,000,000 ketika berumur 25 tahun. Langkah-langkah yang mudah untuk difahami bagaimana anda juga boleh memulakan perniagaan Internet yang menguntungkan dari rumah atau untuk mengembangkan perniagaan sedia ada anda ke Internet untuk mencapai lebih ramai pelanggan!
  • Bicara Santai (Sesi sharing)
    Ingin majlis yang lebih santai? Irfan Khairi juga boleh kongsikan kedua-duanya sekali, cara beliau menjana pendapatan RM1,000,000 serta prinsip-prinsip kejayaan yang dipegang dalam mencapai kejayaan. Sesi ini juga dibuka untuk para audiens berinteraksi dan bertanyakan apa sahaja soalan mengenai Perniagaan Internet atau strategi dan teknik kejayaan. Sesuai untuk kolej & universiti!

*Ceramah/talk boleh dikendalikan dalam Bahasa Malaysia atau English (atau kedua-duanya sekali; bahasa rojak!)

**Topik/modul juga boleh diolah khas supaya bersesuaian dengan majlis anda

Ramai yang telah bermanfaat dari sesi ceramah Irfan Khairi termasuk badan kerajaan, IPT dan juga koprat dalam dan juga luar negara. Antara pelanggan Irfan Khairi:

  • Maybank
  • Berita Harian
  • Jabatan Pelajaran Johor
  • Universiti Islam Antarabangsa
  • UITM (Irfan Khairi adalah alumni UITM!)
  • Oxford Center for Leadership
  • Media Prima
  • Limkokwing University College
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • MECD
  • J & C Pacific Sdn Bhd
  • True Wealth Sdn Bhd
  • fmBrunei
  • NowAsia Singapore
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Politeknik Merlimau
  • SSA Consulting, Singapore
  • Edorey Technologies
  • Syarikat-syarikat MLM
  • …dan banyak lagi!

Sekiranya anda ingin mendapatkan perkhidmatan Irfan Khairi sebagai speaker untuk menjayakan majlis anda, hubungi 016-6966644 atau 014-6633311 atau email sales@rahsiainternet.com

Saturday, July 26, 2008

Minyak kelapa dara asli.

Minyak kelapa dara mungkin dipandang sepi oleh ramai orang kerana menganggap tiada apa yang istimewa tentang minyak ini. Minyak kelapa lah katakan apa nak dihairankan sangat. Hari hari pun saya dah jumpa minyak kelapa. Ini cuma minyak kelapa dara sahaja.Apa yang istimewa sangat?Ok lah, saya nak mulakan untuk suami yang dah ada anak satu, pasti tahu betapa bila isteri bersalin atau beranak,ada isteri yang terpaksa melalui proses dijahit kerana kesan koyak yang dialami semasa proses kelahiran. Mungkin suami yang tak rasa sendiri hanya boleh bayangkan sahaja dan menyangka bahawa ianya tidak sakit sangat. Tak sakit ke? Macam mana kalau mulut kena gunting? Kalau nak tahu sakit tak sakit, cubalah.
Ada satu kes kelahiran yang licin dan mudah telah berlaku di mana ibu tersebut tidak mengalami satu pun jahitan selepas bersalin dan baby yang dilahirkan sihat dengan rambut berkilat kilat. selepas ditanya pada suami tersebut, dia memberitahu amalan isterinya hanyalah meminum minyak kelapa dara semasa mengandung!
Berikut adalah senarai penyakit yang berjaya diubati menggunakan minyak kelapa dara :
1. Diabetis
2. Thyroid
3. Kelesuan kronik (chronic fatigue)
4. Kedutan pada kulit
5. Kulit kering dan kasar
6. Kulit gatal
7. Kulit mengelupas
8. Kurap dan panau
9. Jerawat
10. Eczema
11. Psoriasis
12. Arteries tersumbat
13. Sakit jantung
14. Jangkitan kulat pada kuku
15. Kuku lembut dan mudah patah
16. Arthritis
17. Resdung
18. Rambut terbelah
19. Rambut gugur
20. Kelemumur
21. Sukar tidur
22. Hormon tak seimbang
23. Demam dan selsema
24. Kanser kulit
25. Tekanan darah tinggi
26. Kabur penglihatan
27. Masalah prostate
28. "under weight"-kekurangan berat badan
29. "over weight"-kelebihan berat badan
30. Penghadaman tidak lancar (digestive disorders)
31. Sembelit
32. Ruam kulit
33. Migrain
Abang ipar saya yang lelah mampu berlari kembali dengan baik setelah mengamalkan meminumnya(minyak kelapa dara asli) setiap hari. Saya tak paksa anda percaya, saya hanya berkongsi apa yang baik untuk semua orang.

Friday, July 18, 2008

Mengapa keseronokan itu menghancurkan.

Keseronokan adalah sesuatu yang akan menghancurkan diri sendiri.Kita tengok saja contoh keseronokan simple yang sering dikejar oleh manusia seperti menghisap rokok, clubbing, melayari bahan lucah dan lain lain lagi.
Kenapa ia akan menghancurkan? Jawapannya mudah saja. Keseronokan ini akan menghancurkan diri kerana keseronokan adalah sesuatu yang tidak ada kesudahan. Hendak seronok kena cari sesuatu yan lebih seronok lagi, jadi dah seronok nak lagi yang lebih seronok, lebih khayal dan lebih "kick". Kesudahannya? Tak lain selain daripada kehancuran diri sendiri.Sampai tahap diri binasa baru mahu patah balik dah terlewat la.
Itu baru bagi contoh yang mudah saja, belum pun sebut perihal dadah. Kalau dah kena benda tu, sendiri mahu ingat lah!
Kesemua benda benda di atas hanya perlu ada starting point saja, kalau dah start, maka ianya akan menular jadi wabak yang sukar untuk d sembuhkan. Jadi janganlah fikir mahu seronok saja, hidup ini lebih bermakna dengan kepayahan dan perjuangan.Kita hidup pun hanya sementara sahaja. Kalau kita bazirkannya dengan sia sia, kitalah yang rugi.
Fikirkanlah.