Selasa, Julai 12, 2016
189
Harga emas Public Gold hari ini ialah RM 189 turun sedikit daripada semalam RM 190. Ini perkara biasa kerana adanya aktiviti jual beli maka adanya pergerakan turun naik. Pun begitu nilai emas tetap tinggi.
Hari ini hari seronok untuk orang Portugis sebab Portugal kelmarin dulu (Ahad) telah menang piala Eropah. Ronaldo menjadi wira walaupun dia cedera dan terpaksa diusung keluar padang tetapi pada babak penamat dia muncul menjadi pembantu jurulatih yang begitu menonjol sekali. Sejarah akan mencatat bahawa Ronaldo adalah Kapten Portugal yang menjulang Portugal sebagai juara Eropah.
Portugal bersama Sepanyol dahulu adalah antara negara Eropah yang kaya raya dan kuat. Portugal pernah menakluk Melaka lalu membina kota A Famosa yang masih ada sisanya di Melaka sehingga ke hari ini.
Walaupun begitu Eropah kini berada dalam keadaan merudum dan gawat ekonominya. Ini adalah bahana bank yang memain dan memanipulasi duit dengan mengambil bunga. Akibatnya ialah duit menjadi susut nilai. Rakyat biasa menjadi miskin bukan sebab tiada duit tetapi sebab nilai duit telah ditekan dari sehari ke sehari. Duit semakin kecil nilainya sehingga tahap paling teruk sekali.
Untuk kekal kaya kita haruslah menyimpan emas kerana emas mempunyai nilai secara fizikal di dalam badan emas itu sendiri. Duit tidak ada nilai melainkan apa yang ditulis dan dijamin oleh kerajaan. Kalau kerajaan kata duit itu tak laku, maka tak lakulah duit itu. Nilai duit kertas terletak pada jaminan kerajaan.
Kerajaan pun tak berani memberi jaminan secara nyata. Tengoklah sendiri cara duit Malaysia dicetak. Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai "dot dot dot". Ayat yang ditulis adalah ayat tergantung dan tidak lengkap dengan alasan hiasan tapi hakikatnya tetap ayat tidak lengkap. Kenapa tidak tulis ayat lengkap? Semaklah sendiri.
Untuk menyelamatkan diri dari menjadi mangsa inflasi maka antara terbaik yang ada ialah dengan membeli dan menyimpan emas tulen. Mulakan menyimpan emas hari ini kerana masa tidak akan pernah menunggu kita. Emas akan terus menjadi mahal bila harga komoditi lain menjadi mahal.
Dengan bank utama Eropah seperti Deutch Bank berada dalam keadaan terumbang ambing, dan nilai hutang negara USA semakin lama semakin tidak terbayar, kita semua bakal berdepan dengan krisis ekonomi yang terlalu sukar dan terlalu getir untuk digambarkan.
Pakar ekonomi US sendiri pun tidak tahu bagaimana lagi mahu membayar hutang melainkan dengan terus menerus mencetak dan mencetak dan mencetak duit. Namun perkiraan matematik adalah tetap dengan nombor matematik. US tidak boleh lari dan satu masa nanti akan tidak boleh mencetak duit lagi kerana duit sendiri sudah tidak bernilai umpama daun pokok sahaja kerana sudah teramat bayak cetakan-cetakan yang dibuat demi menampung hutang negara.
Langgan:
Catatan (Atom)
Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921
- Ahmad Sadli Ibrahim
- Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.