MLM adalah bentuk perniagaan berbilang tingkat, atau dalam bahasa Inggeris Multi Level Marketing. MLM adalah salah satu cabang perniagaan yang berpotensi menjana pendapatan lumayan tanpa perlu modal terlalu besar.
Perniagaan MLM jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh boleh memberi kekayaan luarbiasa dalam tempoh yang singkat jika anda bekerja keras dan kena dengan syarikat yang tengah meletup. Syarikat MLM perlu mendapat lesen dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri.
Ada banyak syarikat MLM. Ada yang dah lama dan terkenal dan ada juga yang baru nak bertapak. Mungkin ada yang anda pernah dengar dan ada juga yang pelik-pelik namanya. Yang penting syarikat itu mestilah sah dari segi undang-undang dan mempunyai lesen sah dari KPDNKK.
Untuk melihat senarai MLM anda boleh ke laman web rasmi KPDNKK.
Dari senarai di laman web KPDNKK kita boleh lihat betapa banyaknya syarikat MLM yang ada. Hanya yang terbaik sahaja akan terus survive dan bertahan lama. Ada yang hangat seketika satu masa dulu tapi kini dah gulung tikar. Adakah anda punya impian menjadi Jutawan melalui MLM? Carilah syarikat yang betul.
Di Malaysia industri MLM memang telah lama wujud dan ramai yang terlibat menjadi pengedar samada secara sepenuh masa atau secara sambilan. Mereka ini melakukannya demi impian masing masing untuk hidup mewah dan bebas. Bebas dari belenggu makan gaji dan bebas untuk meluangkan masa bercuti selama yang hati puas.
Tapi hakikat ini agak sukar tanpa usaha dan juga pengorbanan. Kalau setakat masuk je, kemudian tidur, macam mana nak berjaya dan jadi kaya? Duit bukan turun dari langit. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Daripada banyak syarikat MLM di Malaysia, ada beberapa syarikat yang memang telah lama bertapak dan kukuh dengan rangkaian pengedar yang meluas di serata Malaysia. Antara yang masyhur ialah Amway, Cosway, Revell, CNI dan Luxor. Tidak ketinggalan Zhulian dan Avon.
Apa yang menentukan gagal atau tidak usaha seseorang itu bergantung kepada kekuatan syarikat yang dipilih dan juga semangat jati diri sendiri. Semangat itu lah yang boleh mendokong seseorang itu untuk terus berusaha memajukan diri. Faktor kekuatan semangat dari dalam hati untuk berusaha dan berjaya itulah yang akan menghasilkan kejayaan cemerlang dalam industri MLM ini.
Tidak hairan jika kita dapati sesebuah syarikat itu mendakwa bahawa merekalah yang terbaik sekali dan merekalah tempat yang betul untuk mencapai impian kemewahan dalam hidup. Janganlah beri peluang kepada syarikat lain untuk menjelaskan apa perancangan mereka. Mereka tidak sehebat syarikat kita.
Pemikiran yang sudah dibasuh ini kadang kadang menyebabkan sesetengah orang menjadi taksub yang terlampau hingga tidak mahu lagi membuka deria mereka kepada benda benda lain melainkan syarikat mereka sahaja. Begitulah taksubnya mereka. Sedangkan sedarkah mereka betapa di Malaysia ini ada lebih 400 buah syarikat MLM! Dan kita dapat bayangkan betapa hebatnya mereka bersaing untuk mencari ahli dan pengedar!
Pemikiran yang sudah dibasuh ini kadang kadang menyebabkan sesetengah orang menjadi taksub yang terlampau hingga tidak mahu lagi membuka deria mereka kepada benda benda lain melainkan syarikat mereka sahaja. Begitulah taksubnya mereka. Sedangkan sedarkah mereka betapa di Malaysia ini ada lebih 400 buah syarikat MLM! Dan kita dapat bayangkan betapa hebatnya mereka bersaing untuk mencari ahli dan pengedar!
Jadi bukalah mata dan bukalah minda.
Carilah syarikat MLM yang anda rasakan terbaik dan mampu memenuhi apa yang anda cari dan idamkan dalam hidup ini.
Carilah syarikat MLM yang anda rasakan terbaik dan mampu memenuhi apa yang anda cari dan idamkan dalam hidup ini.
Selamat berniaga dan berjuang dalam industri MLM.
PGMALL