Selasa, November 18, 2014
Malam tadi punya hal
Kalau anda pernah baca blog ni sebelum ni pastinya anda tahu yang saya ni ada penyakit asma. So malam tadi balik kerja shift 12 jam badan agak penat. So berehat je lepas makan dan main game FIFA 14 kejap. Batuk dah reda sikit tapi tekak ada lagi gatal dan lendir dalam tekak pun ada sikit.
Sebelum tidur saya ambil 4 biji pil minyak kelapa dara. Nak ambil pil kordisep tak jumpa pulak. So abaikan je.
Alhamdulillah tidurnya lena. Tak ada serangan asma.
Esoknya dalam waktu subuh, saya tersedar. Agak terkejut. Rasa agak sakit di bahagian alat sulit. Rupanya ia tegak semacam. Agak luarbiasa. Power gak rupanya minyak kelapa dara ni. Nasihat saya pada lelaki yang ada masalah batin, tak payah la cari kopi tongkat atau pil apa bagai, cuba je cari yang tradisional seperti minyak kelapa dara ni. Tak ada dadah dan semulajadi sumber dia.
Umur saya 36, anak ada 2 orang. Dulu masa bujang tak ada penyakit lelah ni (asma). Agaknya masa muda saya tak jaga makan. Dah tua-tua ni kena la beringat. Jangan makan chewing gum sebab dia ada aspartam. Aspartam nama untuk gula tiruan. Ia dibuat dari methanol. Nama kampung dia cuka kayu. Kalau makan benda ni memang la kena penyakit. Nasihat la kat anak buah anda dan sebarkan maklumat ni.
So hari ni cuti tapi sepatutunya kena pergi Amkor ada training dari Training department, pun abaikan jugak.
Ingat nak berehat jer, malam ni kena datang awal sikit kelab ping-pong sebab nak tolong Mr presiden angkat meja dari pentas. Hari tu simpan sebab ada kejohanan teakwondo.
Untuk hari ni saya nak kongsi 5 perkara yang dilaporkan oleh pekerja hospice (orang yang jaga kes2 nazak) tentang 5 kekesalan semasa hampir mati, kalaulah masa boleh diputar semula saya akan............
1. Saya AKAN penuhi impian (mimpi ) saya bukannya impian orang sekeliling saya.....
2. Saya TIDAK akan bekerja terlalu kuat sehingga tak sempat tengok anak membesar....
3. Saya akan punya KEBERANIAN untuk meluahkan perasaan sebenar saya.....
4. Saya TIDAK akan abaikan kawan-kawan lama saya ........
5. Saya akan MEMILIH untuk bahagia dan gembira daripada hidup selesa dalam dunia saya yang (kononnya) selamat dan terjamin.
Langgan:
Catatan (Atom)
Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921
- Ahmad Sadli Ibrahim
- Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.