Sabtu, Januari 24, 2015
Suamiku Mr perfect ten
Suamiku Mr Perfect Ten adalah sebuah filem yang diangkat dari garapan asal versi novel. Kalau dah novel, plot cerita ini pastinya penuh dengan twist dan drama bertaraf tinggi seumpama filem hindustan tanpa tarian.
Kehadiran Aaron Aziz sebagai teraju utama filem ini adalah faktor utama filem ini pecah panggung. Dialah penyelamat filem ini dari sebuah kisah hambar tema ulangan tentang perebutan harta, keluarga dan percintaan kepada sebuah kisah percintaan yang benar-benar epik tarafnya.
Dengan kisah biasa yang agak mendatar tentang harta, cinta dan keluarga, Aaron Aziz sebagai Zarif ternyata berjaya membawa wataknya dengan berkesan sekali hingga penonton lagi sekali menitis air mata di akhir babak filem ini.
Watak Zarif yang jatuh cinta pada seorang perempuan yang baru mengandung akibat dinodai teman lelaki bukan sebarangan orang mampu buat sama ada dunia sebenar atau lakonan. Berjumpa secara kebetulan dan jatuh cinta dalam waktu penerbangan dari London ke KL. Zarif sanggup berlakon sebagai suami Alia agar ibu Alia tidak menanggung malu akibat anaknya dinodai.
Dari detik itulah mereka mula mengenali satu sama lain hingga menimbulkan bibit percintaan walaupun Zarif sudah bertunang. Dari itu jadilah ia sebuah percintaan kompleks ditambah lagi dengan tunang Zarif sendiri yang telah curang tanpa pengetahuan Zarif.
Filem ini bagaimanapun tidaklah terlalu berat dan diselitkan unsur humor sehingga budak kecil pun kedengaran ketawa begitu kuat.
Watak Lisa Surihani sebagai Alia juga agak sukar kerana ia perlu membuat watak yang sedang keliru kerana cintanya pada Zarif dan perasaan kasihan pada anaknya yang bakal lahir tanpa bapa yang sah.
Drama bermula bila bekas teman lelaki Alia mendapat kemalangan lalu mula insaf dan kembali menagih cinta Alia dikala Alia mula menyukai Zarif.
Menonton filem ini pastinya mengembalikan nostalgia filem Ombak Rindu dan pastinya penonton cuba membayangkan jika Maya Karin atau Siti Saleha yang menjadi Alia pastinya air mata lebih banyak lagi yang meleleh keluar.
Apapun, Suamiku Mr perfect ten adalah sebuah filem yang berbaloi untuk ditonton seisi keluarga.
Langgan:
Catatan (Atom)
Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921
- Ahmad Sadli Ibrahim
- Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.