Selasa, Disember 30, 2014

Motor Rkv200 keeway benelli dah rosak


Inilah motorku Rkv200 keluaran Benelli Keeway atau juga Keeway. Motor 200 cc ni aku guna untuk berulang-alik ke tempat kerjaku di Telok Panglima Garang sejauh 47km. 

Sekali pandang motor Keeway ni nampak bergaya jugak la, ala ala moto besar. Harga motor ni adalah RM7500 iaitu lebih murah dalam RM1000 berbanding motor Yamaha Fz yang cuma 150cc (tapi Yamaha FZ jauh lebih laju).


Aku mula ambil motor ni pada awal bulan December 2013 dari tangan member aku sendiri yang mulanya cerita motor ni boleh kejar superbike? 

Dari pengalaman aku sendiri, jangankan nak kejar superbike, nak potong motor LC pun tak de harapan langsung.

Lagi satu cerita, aku try la tanya member aku kat Kemaman apa pendapat dia tentang motor Keeway Benneli terutama model RKV200 yang aku nak ambik ni. Mulanya dia negatif. Lepas aku tunjuk gambo awek baju kuning tu kat dia, terus dia cakap OK beli. Ha hah lawak kan. 

Kini pada hujung December 2014 aku nak update kisahnya dan keadaannya.

Benelli ialah syarikat motor dari Itali yang telah menjual kepentingan syarikat kepada Keeway iaitu syarikat China. Walaupun tidak segah Ducati, tapi Benelli mampu membuat model yang tampak bergaya. 

Model Rkv ini ialah jenis CKD iaitu pemasangan dibuat di kilang tempatan di Bukit Beruntung. Dengan kebanyakan parts dari China, kilang di Bukit Beruntung berusaha membuat motor yang boleh diharap dalam jangka panjang.

Motor ni aku dah siap bayar cash yang mana balance terakhirnya nya  ialah RM1566. Motor ni member aku beli dari salah satu kedai motor yang tersohor di Puchong iaitu Chai Ken Motor

Geran masih atas nama member aku dan aku tidak teruja nak tukar nama. Kenapa? Kerana motor ni dah lama tersadai dan aku pun tak tahu nak buat apa. Semua kedai motor dari Kajang hingga Semenyih semuanya tak mampu repair dengan sempurna.

Masalah motor Keeway aku ni.

Aku ni bukan tahu apa  pasal motorsikal. Aku cerita setakat yang aku faham jelah.

Motor ni memang tegap binaannya. Aku berulang 47 km Alhamdulillah tak ada masalah sangat. Angin lintang dari lori boleh di hadapi. Hujan dan panas aku tempuhi. Tayar Pirelli memang lasak, cuma sekali ada bocor kecil dan nasib baik aku sempat tampal kat kedai di Telok.

Pernah sekali terbalik semasa aku cuba parking bawah teduhan kat RnR Air Hitam, dalam keadaan hujan, lantai basah dan licin. Masa aku nak naik ramp, tayar licin. Dengan badan aku yang kecik dan motor yang berat, aku hilang kawalan. Agak aku akan ada rosak teruk, tak sangka body dia tahan dan tak ada apa sangat melainkan calar kecil yang tak ada sesiapa perasan. Aku sendiri bernasib baik pakai helmet masa tu sebab belakang kepala terhantuk pada tiang. Nasib baik masa tu ada seorang brader tolong angkat motor.

Masalah bateri yang mudah rosak - sensitif sangat? Kalau aku balik kampung dan motor ni tak start dalam 4 hari, maka siaplah. Bateri akan lemah dan kemudian tak boleh start. Bawak kedai dan cas bateri. Masalah ni terjadi beberapa kali. Sangat rumit sebab tak ada penghidup tendang kaki. Kali terakhir bateri motor ni bermasalah aku lambat sikit bawak ke kedai untuk cas bateri, tak sangka bermula pula satu episod baru tahap kerosakan dia.

Sekarang motor ni karburretor dia dah rosok mengikut kata pomen. Karburretor rosak maknanya bahagian kebuk pembakaran bermasalah, akibatnya motor akan semput lalu mati bila ada pertukaran gear dari gear tinggi ke gear rendah. Makan plug. Motor ni pulak tak ada penghidup manual penendang kaki. Lepas repair kali terakhir motor ni langsung dah tak power dan tak boleh pergi jauh. Cuma 70 km sejam aje, itu pun dia mati lepas tukar gear rendah. Dulu masa dia ok kelajuan maksimum ada la dalam sekitar 130 km sejam. Takkan la setiap kali aku nak gerak kena tukar plug? Gila apa. Natijahnya motor ni tersadai macam tu saja.

Apa perlu buat.
Jika mahu servis motor Keeway ni kena bawak ke KL Batu 2 Jalan Ipoh tempat dia punya servis centre, dekat dengan IPD Sentul. Kalau pakai towing dari Kajang ada la cas RM150. Hari tu masa angkut ke Semenyih aku dah kopak Rm100.

Nilai motor Keeway. 
Aku ternampak ada mamat yang jual motor model ni dengan harga RM2000 dalam website Mudah. Dalam keadaan motor ku yang rosak ni ada ke orang nak? Aku  penat keluar masuk bengkel motor.

Nasihat saya.
Kalau anda bercadang nak cari motor kuasa sederhana, beli je lah Yamaha FZ habis cerita. Walaupun Fz cuma 150cc tapi dia jauh lebih laju dan jimat minyak, lagi dia punya enjin pakai injection. Kalau bateri kong pun masih boleh start pakai penendang kaki. Tambah Rm1000 pun tak apa kalau pakai puas hati. Jadikan kisahku sebagai iktibar buat kalian.

Update terkini: Motor dah dijual kepada seorang brader dari Johor dengan nilai RM 2700.

Iklan: korang tahu tak sekarang boleh beli motor online kat shopee. Siap hantar rumah. Klik bawah. Baca review. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.