Ahad, Februari 18, 2024

InshaAllah gerak harini

Semoga dipermudahkan perjalanan dan diberkati oleh Allah segala usaha kita dan segala gerak kerja adalah demi mencari redha Allah. Aku hanya menjalani takdir. 

Lepas ambik Bi dari kelas silat, singgah kedai beli lauk lagi sikit. 

Lepas makan aku panggil Grab, hantar ke komuter. Naik komuter, aku terus gerak ke Mid Valley untuk ambik wifi. Dari Mid Valley pula ke TBS dan kemudian dari TBS ke KLIA 2.

Sampai sebelum maghrib di KLIA. Dah dekat KLIA ni baru aku telefon ma beritahu nak gerak ke Korea. 

Flight aku ke Korea dalam pukul 2 pagi nanti, jadi ada banyak juga masa untuk bertenang. 

Sekali flight delay hingga 4 pagi. Jadi terlampau banyak pula masa. Apa nak buat, lepak je la kat KLIA ni tengok orang lalu lalang sampai mengantuk.

Akhirnya aku ke surau cuba tidur. Boleh la tidur2 ayam. Kalau lelap kang bahaya pulak terlepas pesawat. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.