Ahad, Mei 17, 2020
Bateri kereta buat hal lagi
Tadi lepas asar nak keluar beli lauk, tiba-tiba kereta dah tak boleh start. Nampaknya bateri buat hal lagi. Baru December lepas aku tukar, ni baru Mei, tak sampai setahun pun, bateri keretaku dah "kong" semula.
Sebenarnya aku dah syak benda ni akan berlaku bila hari tu lampu belakang kereta aku tak padam. Walaupun aku dah pastikan lampu aku dah padamkan, tapi entah ada short kat mana, lampu belakang ni dia tetap menyala. Bila nampak tu aku dah risaukan bateri.
Dengan seminggu lagi nak Raya, dan motor pun masuk bengkel. Esok aku dah kerja nampaknya kena la cari kenderaan awan seperti GRAB. Aku tak punya banyak pilihan nampaknya. Nasib baik jugalah, pasar tempat aku dan isteri nak pergi tu tak jauh sangat, jadi kami ambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja.
Untuk lebih jimat, aku rasa baik aku order bateri secara online dekat Lazada. Tapi aku kena pastikan dahulu saiz bateri sebab kalau beli salah saiz nanti masalah lain pulak akan timbul. Sebelum panggil pomen untuk repair apa salahnya aku cuba dahulu buat apa yang boleh kan, manalah tahu kan kalau jadi, syukurlah.
Begitulah, bila dekat nak Raya ni macam-macam ujian melanda. Aku perlu banyak bersabar dan berlapang dada.
Ramai degil nak balik kampung
Hari raya kali ini nampaknya berbeza dari biasa. Kali ini Hari Raya bakal disambut dalam keadaan kita masih berada dalam PKP (B). Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Merentas negeri adalah dilarang oleh pihak kerajaan.
Namun hujung minggu ni begitu ramai yang masih cuba untuk balik kampung dengan merentas negeri. Disebabkan kedegilan ini maka kerajaan kini bertegas akan mengkompaun atau denda sesiapa yang tertangkap cuba melakukan kesalahan cuba balik kampung.
Ya kita faham hasrat anda mahu berhari raya di kampung bersama ibu dan bapa. Kita faham anda mahu berjumpa sanak dan saudara di kampung halaman. Tapi anda harus tahu yang kita bukan berada dalam keadaan normal. Kita masih berperang dengan virus yang mampu membunuh dengan ubat masih belum dijumpai.
Kenapa anda masih cuba juga melakukan perkara yang dilarang? Kenapa anda harus buat-buat tak faham? Kenapa anda berfikir semuanya akan OK? Kita selalunya berfikir begitu. Kita fikir semuanya akan OK. Tapi hakikat hidup bukan begitu. Dalam hidup ini kadang-kadang ada ujian yang datang. Kadang-kadang ada tragedi yang berlaku. Dan kadang-kadang benda itu menimpa kita.
Kita tidak seharusnya berfikir untuk kepentingan diri sendiri. Ya hari Raya cuma setahun sekali. Tapi bukankah selama ini sudah bertahun-tahun dan sudah berkali-kali kita menyambut hari Raya dengan sempurna. Kalau sesekali kita terpaksa berkorban demi negara dengan hanya kali ini sahaja kita tak balik kampung, apa salahnya? Takkanlah pengorbanan yang sebegitu kecil itu pun kita tak mampu lakukan?
Lihatlah selama ini pasukan hadapan saban tahun sudah biasa berkorban bekerja pada hari Raya. Polis, askar, jururawat, mereka ini sudah biasa bekerja pada hari Raya. Jangan lah kita ini begitu manja dan begitu pentingkan diri sendiri.
Negara kita masih belum tamat berjuang untuk melawan musuh yang tidak kelihatan ini. Marilah kita sumbangkan apa saja yang kita mampu. Janganlah kita pula menjadi selut yang mahu mengeruhkan lagi suasana.
Langgan:
Catatan (Atom)
Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921
- Ahmad Sadli Ibrahim
- Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.