Walau hanya menulis. Dari bingkai hati yang lara dan gundah.
Aku melihat alam yang indah. Selepas bah.
Tanpa aku alami, tanpa aku selami, sendiri. Hanya membayang.
Pagi2 aku sedikit semput dari semalam. Masih mampu skipping tali tapi tak boleh lama2 segan dengan jiran.
Lepas sarapan di Ali Baba terus ke Kota Bharu. Dobi dan kemudian nak ke perpustakaan.
Di Kota Bharu awal paginya tenang walau aku nampak kelibat beberapa orang polis traffik muda bermotor kapchai.