Sabtu, Februari 09, 2019
Kelebihan menyimpan emas
Emas adalah logam istimewa yang mempunyai aura yang tersendiri. Sesiapa yang menyimpan emas pasti sudah mengalami dan merasai kehebatan aura ini. Apakah keistimewaan menyimpan emas? Keistimewaan menyimpan emas adalah begitu hebat namun ramai yang tidak sedar, terutama sekali kaum lelaki. Itulah yang saya cuba huraikan dalam artikel ini.
Emas adalah satu komoditi yang berharga dan bernilai tinggi bagi semua manusia di dunia. Kalau anda simpan emas sama seperti anda menyimpan harta atau duit juga. Berbanding dengan duit kertas, nilai emas ada pada badan emas itu sendiri dan bukan pada jaminan kerajaan seperti duit kertas yang biasa kita pakai.
Cuba kita bandingkan apa jadi kalau kita simpan duit berbanding simpan emas. Contohnya kita simpan duit kertas selama lima tahun kat bawah tilam. Selepas lima tahun, harga barangan secara kebiasaannya akan naik, maka duit yang kita simpan itu walaupun tidak terjejas nombornya, tapi kuasanya untuk membeli sesuatu sudah berkurangan.
Contoh paling mudah ialah kalau kita simpan seratus ribu ringgit, kononnya nak beli rumah. Selepas lima tahun, rumah itu sudah menjadi seratus lima puluh ribu, maka duit itu sudah hilang kuasa beli begitu sahaja. Nampak tak betapa duit boleh jadi begitu kerana duit nilainya tidak ada pada badan.
Berbeza pula dengan emas kalau kita simpan. Nilai emas ada pada badan emas itu sendiri. Apa sekalipun yang terjadi pada ekonomi (nilai ringgit jatuh umpamanya atau inflasi teruk, peperangan dan sebagainya) emas adalah tetap emas. Harga emas kita tak nafikan ada masa dia naik dan ada masa dia turun sedikit, namun kalau kita perhatikan dalam tempoh jangka panjang secara kebiasaanya harga emas akan meningkat naik.
Apa yang saya nak ceritakan ialah beza antara simpan duit dengan emas. Saya bukan mahu menidakkan kuasa duit kertas, tapi emas itu sendiri memiliki fungsi tersendiri yang sangat istimewa dalam kita membina portfolio kewangan yang mantap. Jadi kalau kita ada simpanan ASB contohnya, apa salahnya kita pelbagaikan portfolio kewangan kita dengan cara mengalih sedikit simpanan ASB itu kepada bentuk yang lebih kalis inflasi dengan menyimpan sedikit emas.
Keitimewaan emas jarang disedari oleh kaum lelaki kerana pada umumnya mereka fikir emas adalah perhiasan wanita. Pemikiran ini ada betulnya akan tetapi mereka perlu tahu yang menyimpan emas dalam bentuk jongkong adalah satu pelaburan bijak yang mampu memberikan kekuatan pada portfolio kewangn kita. Kalau kita membina portfolio kewangan dengan menyimpan emas dengan cara membeli emas fizikal secara betul dari syarikat emas yang jujur dan telus maka harapan untuk membina kekayaan sebenarnya menjadi lebih cerah.
Berbalik pada aura emas yang saya ceritakan di awal tadi. Kalau kita simpan emas fizikal dan setiap hari kita melihat dan memegang emas tersebut, akan timbul satu naluri aneh dalam jiwa kita. Apakah naluri itu?
Naluri tersebut ialah akan timbul rasa sayang pada emas tersebut dan seboleh mungkin kita tidak mahu menjual atau berpisah dengan emas tersebut. Kita juga akan menjaganya dengan sepenuh hati. Satu lagi naluri ialah timbul perasaan mahu menambah lagi jumlah emas yang kita miliki. Itulah fitrah manusia dengan emas. Tanyalah sendiri pada mana-mana penyimpan emas kalau anda rasa ragu-ragu dan mereka akan membenarkan kenyataan saya ini.
Dengan adanya naluri yang saya nyatakan tadi, apa akan berlaku? Apa yang berlaku ialah bila kita simpan emas, tanpa sedar kita berusaha mengumpul harta secara semulajadi. Itulah sebabnya kita panggil emas itu adalah sebagai magnet kepada kekayaan. Siapa ada emas, dia kaya. Cubalah simpan sikit dulu.
Ini kisah benar yang berlaku pada mentor saya encik Syukor Hashim. Ketika itu beliau ialah seorang penolong pengurus di salah sebuah universiti swasta. Dia membeli emas 20 gram setiap kali dapat gaji. Dapat saja gaji benda pertama dia buat ialah dia beli emas 20 gram. Tuan tuan tahu tak apa yang berlaku?
Selepas suatu masa, dalam sedar tak sedar 20 gram yang Encik Syukor beli itu tiba-tiba sudah terkumpul menjadi 50 keping, bersamaan dengan sekilo! Sekilo emas tuan tuan! Harga sekilo emas ialah sekitar 180 ribu ringgit tuan tuan. Bayangkan kalau bentuk duit boleh simpan dan kumpul sampai 180 ribu? Ya mungkin boleh tapi saya percaya naluri manusia bila dia simpan jer, sampai 50 ribu dia dah nak ambil duit tu sebab seronok nak belanja. Nampak tak beza dia?
Naluri manusia dengan duit kertas tak sama dengan naluri pada emas. Contoh paling mudah ialah bila kita dapat bonus atau duit cash hasil rezeki terpijak. Naluri manusia biasanya dia akan terus fikir mana kedai yang aku nak pergi ni. Barang itu aku dah lama nak, barang ini aku nak kena ada. Dia tidak akan fikir mahu simpan, tak akan ada begitu. Manusia sangat suka pada keseronokan berbelanja. Walau berjuta pun habis. Tengok saja yang dapat duit tanah kat Langkawi apa jadi pada mereka?
Kisah kedua pula berlaku pada diri saya sendiri. Saya berkahwin pada tahun 2007 dengan pihak wanita (isteri saya) meminta wang hantaran sebanyak RM 7000. Selepas berusaha, saya pun berjaya kumpul duit ketika itu walaupun masih muda. Apa yang berlaku ialah emak mertua saya mengarahkan anaknya supaya membeli semua duit hantaran itu barang kemas apa saja dalam bentuk emas.
Isteri saya pun mengikut saja arahan itu dan membeli emas rantai leher, gelang dan lain lain dengan semua duit hantaran itu sampai hampir nilai RM 7000. Apa yang berlaku ialah hari ini, selepas berbelas tahun berkahwin, barang kemas itu masih ada! Nilai RM 7000 itu pun mungkin bukan lagi RM 7000 tapi sudah lebih! Cuba bayangkan kalau isteri saya guna RM 7000 itu untuk membeli beg berjenama atau kasut mahal apa agaknya akan berlaku ?
Tuan tuan, menyimpan duit bukan satu perkara mudah. Kalau berjaya simpan sekalipun pasti akan datang cubaan dan godaan dalam pelbagai bentuk. Itulah sebabnya ada tiga perkara kenapa manusia gagal menyimpan duit. Ada tiga saja sebab duit simpanan selalu bocor.
1. Seronok berbelanja
2. Salah melabur
3. Kawan pinjam
Tuan tuan kita tidak mampu melawan naluri. Sebab kita manusia biasa, kita kan ikut naluri. Ada ke manusia yang mampu melawan naluri atau kehendak hati?
Itulah sebabnya ramai manusia gagal menyimpan. Bukan sebab dia tidak ada kesedaran. Bukan sebab dia malas. Bukan sebab dia tidak ada duit lebih. Bukan sebab dia tak ada motivasi.
Sebab manusia gagal menyimpan ialah dia cuba melawan naluri kemanusiaan itu sendiri. Inilah perkara yang tidak di ajar di kursus kewangan. Mereka tidak ajar tentang naluri manusia. Apa yang mereka beritahu ialah simpan duit dekat institusi A, B dan C. Labur dalam saham itu, labur dalam saham ini. Guna strategi begitu dan begini. Ya mungkin ada yang berjaya, tetapi selagi manusia tidak mampu memahami naluri dirinya sendiri dia akan gagal menyimpan. Kalau berjaya menyimpan pun cuma sekerat jalan saja.
Banyak cabaran bila simpan duit kertas ni. Contohnya bila kita dah berjaya kumpul seratus ribu. Wow sangat hebat. Tapi apa yang akan berlaku pada otak? Otak akan memberitahu apa yang kena beli! Otak akan memberitahu kedai mana kena pergi! Otak akan mencadangakan hotel mana paling best, negara mana kena pergi dan kereta mana paling gempak. Itu belum masuk lagi bab bila kita terpaksa pakai duit dulu sebab ada keperluan contohnya kereta rosak. Katakan nak kumpul seratus ribu. Bila dah usik duit tu, nak dapatkan semula semangat menyimpan yang hilang itu mudah tak?
Itulah sebabnya kena simpan sedikit emas. Bila ada emas kita dah tak usik duit simpanan. Bila ada keperluan mendesak nak pakai duit kita pajak saja emas itu. Sekurang kurangnya hati tak rasa lemah semangat melihat duit simpanan menjadi kurang. Bila semangat menyimpan dah tak ada, apatah lagi bukan senang nak ke hulu ke hilir simpan duit dalam bank, sampai bila nak mula menyimpan? Beratur panjang bagai, bila sampai mereka kata ASB off line. Pernah kena?
Angka itu (duit simpanan) walaupun tak begitu penting tetapi ia akan memberi kuasa magis pada semangat kita. Contoh bila kita lihat duit kita kurang, maka semangat nak menyimpan pun jadi kurang, betul tak? Maka itulah ramai orang walaupun gaji besar, mereka tak menyimpan. Kalau menyimpan pun, sekerat jalan saja. Yang berjaya simpan baguslah. Jangan usik duit simpanan. Bila perlukan duit cash, pajak emas.
Itu lah istimewanya ada emas.
Ada sesiapa nak bangkang?
Langgan:
Catatan (Atom)
Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921
- Ahmad Sadli Ibrahim
- Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.