Isnin, Mei 15, 2023

Jamuan Raya EED

Bersamaan 24 Syawal 1444. Mood raya masih membara dan berkobar. 
Gambar sepatutnya lagi banyak dan tersusun tapi selfie ni je dapat sebab kami terlalu sibuk, sampai hampir lupa nak bergambar, namun segalanya berjalan baik. 

Aku sampai dalam 830 pagi terus gerak angkat speaker dan setup segala. Bang Naz dah ada sampai awal dari aku, katanya 8 00 pagi lagi dah sampai. 

Tengku pula tiba tengahari sikit dan student Tengku pun ada stand bye. Tapi tak ada performance live band. Tengku tak ada mood nak perform. Tak pasti, sebab ada kelas atau kenapa.

Dengan speaker Tengku dan amp yang power, bunyi memang padu walaupun guna sikit jer dah kuat. Kadang kadang memang terkuat sikit. 

Asri, Abg Naz dan Nora hanya menyayi karaoke saja. Walaupun begitu, ia tetap meriah dan havoc.

Ada menu special kambing bakar. 

Kambing ni sekejap saja habis. Bila Doktor Farid tiba lewat sikit, dia tak sempat nak merasa kambing bakar.

Petang kami siap dalam pukul 4. Lepak dan rehat sebab kepenatan angkat speaker. Tengoklah semua wayar yang berselirat tu nak pasang, kemudian nak kemas. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.