Sabtu, September 02, 2017

Ada apa dengan September?


Ada satu perkara bakal berlaku pada bulan September. Anda sudah melihat, dengan mata hati?
Anda sudah melihat bagaimana dalam dua tiga hari ini harga emas spot dunia sudah naik melepasi paras 1300. Ini kerana pelabur sudah dapat mencium apa yang bakal berlaku, maka ramai yang mengambil langkah membeli emas. Tapi apa yang bakal berlaku pada September atau 29 September ini yang lebih tepat?

Pada 29 September negara US akan kehabisan wang perbelanjaan dan mereka perlu membuat usul baru bagi menaikkan lagi paras takat hutang negara. Mereka perlu bersidang dan meluluskan usul ini sebelum 29 September. Kalau usul ini gagal maka akan berlaku "default", maksudnya akan berlaku kes tidak bayar hutang. Tidak ada gempa bumi atau bangunan runtuh atau bom meletup, cuma tidak bayar hutang saja?  

Untuk anda yang masih belum faham, negara US berbelanja dengan cara berhutang. Setakat ini hutang mereka sudah mencecah 20 Trillion US Dollar. Ini bukanlah satu angka yang kecil. Mereka berhutang kerana mereka berbelanja untuk kekal berkuasa sebagai kuasa besar dunia. Gaji askar dan peralatan tentera dari kapal terbang, komputer dan segala bagai semuanya perlukan gaji dan duit belanja.

Jangan salah faham, saya bukan mengatakan bahawa negara US ialah negara miskin, bahkan mereka sekarang ini ialah negara super power yang terhebat dalam dunia. Tetapi apa yang pincang dengan negara US ialah sistem ekonomi mereka. Negara mereka berhutang dengan banyak dan mereka simpan emas mereka. Anda masih belum faham?

Duit hanyalah kertas. Kertas itu kertas bercetak. Tidak ada apa pada kertas itu kecuali kita manusia yang terlalu bodoh bila percaya pada kertas. Kertas itu bernilai kerana kita percaya bahawa ia bernilai. Kalau kita hilang kepercayaan itu maka apa yang ada ialah kertas bercetak sahaja.    

Sebagai kuasa dunia, US boleh berbelanja apa sahaja yang mereka mahu dengan duit mereka iaitu US Dollar kerana US Dollar ialah wang dunia. Mereka mudah saja mencetak (meminjam) duit dengan sewenang-wenangnya. Akibatnya sekarang butang negara mula mencecah 20 Trillion.

Negara US ialah negara yang ada peraturan dan mereka memang patuh pada peraturan. Mereka membuat peraturan. Peraturan mereka ialah meraka boleh pinjam sehingga 18 Trillion sahaja. Mereka pinda peraturan itu pada 2015. Sekarang ini pada 2017 mereka perlu pinda lagi peraturan kerana jumlah pinjaman sudah nak masuk 20 Trillion, maka peraturan baru mengenai hutang perlu dibuat.

Begitulah perkara ini berlaku. Apa yang pelik mereka sedikit pun tak mahu usik simpanan emas negara mereka yang setakat ini paling banyak dalam dunia.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.