Harga masih sejuk seperti semalam. 189 ialah harga yang agak panas juga.
Minggu ni bermula dalam keadaan suram. Hujung minggu sabtu dan ahad air tak ada di kuarters tempat aku tinggal.
Pagi isnin pun air belum ada. Pagi ada sekejap tapi aku tak sempat mandi. Sungguh tak selesa pergi kerja dalam keadaan macam ni. Tapi aku terpaksa gagahkan jua.
Malam aku ke masjid jalan bukit kajang untuk ambil air. Masjid tu ialah masjid yang macam masjid india di Klang, di mana kaum india menjadi ahli besar masjid itu. Lepas beberapa kali aku ulang-alik dari paip ke kereta, tok siak datang dan pandang aku semacam. Dia sound aku, dah mintak dengan ustaz ke? Aku buat muka dono dan cakap aku ambil sikit saja.
Dalam keadaan macam ni air adalah lebih berharga daripada emas.