Isnin, Ogos 31, 2026

gerak ke Perlis

Sempat join game suka suki berbayar rm10.
Lepas ke second round. Menang 1 tewas 1 dengan wakil Mara handicap 2.

Menang dengan idola aku, Dr Azmi asbab dapat mata handicap 2.

Ahad, Ogos 30, 2026

kenduri CSu

Majlis berjalan dengan lancar. 

Sabtu, Ogos 29, 2026

gerak ke Tumpat

Jem teruk juga di Merapoh, sampai Tumpat dekat 2 pagi. Landing je, lelap terus. 

Jumaat, Ogos 28, 2026

baju dah dapat

Tinggal perform la di Perlis nanti.
Dah tukar tentatif. Harap2 ok. 

Khamis, Ogos 27, 2026

thursday FYP

FYP day but students are in the holiday mood. Let's see. 

Isnin, Ogos 24, 2026

sleepy monday

Ada burung hantu

Sabtu, Ogos 22, 2026

rambut ku menipis

Hantar Firas ke Bandar Tek. 
Bawa Irfan ambil gambar. Lepak EVO sampai Firas siap dalam kol 3.

Khamis, Ogos 20, 2026

Di klinik

Bawa Irfan buat medical check up. Settle satu satu. Lepas ni kena ambil foto pula. 

Rabu, Ogos 19, 2026

Selasa, Ogos 11, 2026

sampai Malaysia

Alhamdulillah sampai sempat subuh di surau KLIA.
Terus ke Putrajaya dengan tren KLIA transit. 

Dari Putrajaya panggil Grab, terus ke Kajang. Kena 30 lebih juga. Abang Grab banyak kali tanya aku dari mana. Akhirnya beritahu oversea je. 

Sempat masuk kerja lepas kelam kabut mandi. Pakai baju tak bergosok. Kulit gatal teruk. 

Isnin, Ogos 10, 2026

last day @sumiyoshi

Hari ni tak buat apa. Kemas2 nak balik saja. Pagi berdobi. Lepas dobi minum kopi. 

Plan nak spend masa di Library Toyosu sebelum gerak ke airport petang nanti. Dari library aku terus ke airport. 
Sampai awal sempat lagi solat maghrib dan Isyak. Malam aku habiskan duit Yen dalam kad suica. 
Alhamdulillah dalam flight dapat tidur lena. 


Ahad, Ogos 09, 2026

ahad.

Lepak minum kopi. Hari ni tak ada apa aktiviti rasmi dah, acara bebas.

Jadi aku ke Pasar Karat Tokyo di kawasan Lumba Kuda Oi. Kali ni sampai dalam keadaan ok dan ia buka. Tahun lepas hujan dan tak ada orang.

Memang besar dan tak larat layan semua. Apatah lagi aku sampai dah nak tengahari. Dia tutup pukul 2 lebih. 

Dapat kasut Nike dan jam cincin untuk Bi. 

Sabtu, Ogos 08, 2026

ke Yokohama second itenary

Lepas habis di Buntai aku ke World Porters sebab situ ada tempat solat di Level 6. Kena minta code dari kaunter informasi.

Ada perpustakaan juga dekat bangunan JICA berdekatan World Porters.

Kawasan pelabuhan Yokohama ni menarik juga kalau datang bersama keluarga. 

Jumaat, Ogos 07, 2026

jumaat di Masjid Kinsico

Pagi aku ke Toyosu, naik bas cari library. Cantik tempat dia tapi tak sempat lepak lama sebab nak ke masjid jauh juga ni. 

Dari Toyosu naik tren ke Kinsicho. 
Mulanya ingat tak ada orang, rupanya aku awal. Sekali nak solat jumaat hampir tak muat masjidnya. 

Lepas jumaat ingat nak menapak cari kedai makan, sekali jemaah siap beri nasi briyani siap lauk lagi. 

Aku makan dekat perpustakaan Koto di Toyo, sebelum membaca dan duduk sampai petang. Perpustakaan ni kecil sikit berbanding yang di Toyosu. Tapi dia punya koleksi Agatha Christie memang gila ah. 

Khamis, Ogos 06, 2026

nasi lemak depan sungai Kanda

Sebelum ke Yokohama, cari tempat sarapan. Malas fikir, terus cari Malay Village. Macam lain, ya memang tempat aku singgah ni Malay Village versi tepi sungai Kanda.

Aku bajet yang macam tahun lepas. Rupanya cawangan lain. Tak macam tahun lepas, bawah hotel APA. 

Yang ini laidback sikit dengan makcik2 ramai lepak. Betul betul tepi sungai dan dekat stesen Suidobashi. 

Ok jugalah sarapan sini.

Lepas sarapan sambung perjalanan ke Yokohama. 

Rabu, Ogos 05, 2026

di masjid Shinkoiwa

Tetap ke Shinkoiwa macam biasa walaupun bukan hari jumaat. 

Cari masjid Shinkoiwa dan layan window shopping pasar Shinkoiwa. Jalan nak ke masjid memang lalu pasar ni dulu. 

Lepas solat jamak aku lepak je masjid. Tak ada orang pun, jadi boleh la baring sikit. 

Sambil menunggu nak masuk KS dalam pukul 4.

Singgah pasaraya life beli sedikit barang keperluan, ubat gigi dan berus gigi.

Ingat nak cari 7E tapi kat Haneda pagi tadi dah settle 7E print kan tiket Yokohama. 

Selasa, Ogos 04, 2026

leaving today

Hope everything will be fine. 
I know I'm full of weakness, but really I tried my best.

Sampai Haneda sepatutnya cari Kekyu Line tapi sebab otak dah penat agaknya, aku nampak je terus masuk ke Monorail, malas dah nak fikir. 

Sekali salah arah da. Monorail dia dah la menapak jauh sikit sebelum berhenti. Dah nak sampai ke tengah Tokyo pun. Padahal hostel aku tepi Haneda je. 

Sampai Tenkubashi agak gelap dan sunyi teruk. Semua orang dah masuk rumah agaknya. Aku risau anjing je. Sayup sayup je dia menyalak. Tapi ok dapat juga sampai. Tokyo ni bagus dia tak ada anjing liar. 

Check in di Plate Hostel pun nasib baik senang, kebetulan ada orang lagi tengah lepak, boleh la tanya. Tapi siap kena scan passport tu. 

Perut memang lapar jugak tapi malas dah nak keluar walaupun Family Mart dekat je pun. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.