Ahad, September 03, 2023

subuh di telaga Bata, maghrib Kajang

Gerak awal pagi sebab sarapan pun awal. Ma bangun awal pagi, dalam pukul 5 pagi dia dah bangun. 

Aku dah sedar cuma masih melekat di katil lagi. Tak mampu aku nak tulis la betapa besarnya ma punya kebaikan pada aku dan anak2 nya. 

Sebelum gerak gi jumpa Su dulu di Bunohan. Dari rumah Su baru kami terus gerak lalu ikut Jeli. Nampak juga kelibat abah. 

Aku agak risau dengan kereta, berani sebab harap back up dari adik aku Che Su je kat belakang. 

Alhamdulillah perjalanan lancar cuma bila di Karak nak ke Gombak kereta memang terlalu banyak yang tahap luarbiasa. 

Sampaikan aku panik juga sebab risau keadaan kereta. Nak memanjat bukit di Janda Baik tu sedikit sukar sebab kena naik slow slow, kereta penuh atas jalan. 

Apa yang aku risau ialah sistem gear kereta aku macam tak berapa kuat. Gear 5 nak naik bukit dia macam semput dan sangat susah. Masalah ni dulu tak ada. Boleh je layan bukit kawasan Janda Baik ni pada gear 5. Entahla kenapa macam semput pula kali ni. 

Sampai Kajang dalam pukul 8 malam. Solat di masjid jamek Kajang. 

Lepas maghrib terus gi makan sate Samuri di stadium. Lepas tu baru sampai rumah dalam 9 lebih. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.