Rabu, September 23, 2026
Isnin, September 21, 2026
Ahad, September 20, 2026
Jumaat, September 18, 2026
ke kajang cari bank
Lepas siap je solat jumaat aku terus gerak. Cari bank nak keluar asb Irfan.
Maybank sistem down ❌.
CIMB sistem down ❌.
Bank Islam ✅.
Khamis, September 17, 2026
panas atau sejuk
Beberapa perkara kena settle
1.ubat firas
2.akaun rhb Irfan
Ke hospital kejap ambil ubat Firas. Lepak jap makan nasi sebelum masuk.
Cuaca macam tak berapa baik la daru segi jerebu.
Jangan lupa ambil madu petang nanti.
Rabu, September 16, 2026
semput sikit
Dinihari tadi terjaga dan kena neb juga baru boleh tidur.
Selamat bercuti semua, hari Malaysia.
Hari ni ke ioi. Carikan fon untuk anak bujang.
Kena bayar 600, share dengan Bi. Fon 1200.
Selasa, September 15, 2026
ke mimos
Lawatan penanda aras ke mimos Malaysia, Bukit Jalil.
Sampai awal 730 pagi, bas dah tunggu.
Lepas tunggu seketika, dalam 745 gerak. Sampai mimos dalam 830 pagi dalam keadaan yang tak jem.
Balik singgah medan selera adikku. Aku hanya minum jus apple (rm7) dan beli sedikit kuih.
Hati ini diuji. Setiap keadaan berbeda. Kuatkanlah hati.
Sebelah petang panas lagi. Atas panas. Bawah panas. Chiller masih tak OK agaknya.
Isnin, September 14, 2026
sejuk tapi tak macam dulu
Sejuk la sikit harini tapi tak macam dulu siap kena off kejap.
Aku nak pakai inai rambut sebenarnya tapi rambut aku ni macam nipis sangat la pulak. Dah nak botak la.
Ahad, September 13, 2026
Sepang game mix double
Game di Sepang. Double ngan Mai.
Tewas semua game.
Saja nak kenal tempat. Leka Cafe. Menarik juga tempat ni.
Kalau nak power kena la ada meja dan selalu training. That's all.
Sabtu, September 12, 2026
laporan asma
Sebelum tidur aku minum madu kelulut. Beri juga pada Firas lepas teruk kena bebel pasal asma dengan doktor.
Malam tadi tak perlu neb.
A big deal sebab malam sebelum tu agak banyak juga aku neb.
Kalau korang ada family member yang ada asma, cubalah amal madu kelulut.
Madu kelulut aku boleh ambil secara konsisten sebab dia :
1. Lebih cair dan tak melekat di tengkuk macam madu biasa.
2. Rasanya sedikit masam seumpama jeruk. Bukan masam basi. Sedap minum kosong saja.
3. Kesannya baik pada tenaga dalam kelelakian.
4. Baik untuk asma dan batuk.
Jumpa doktor jika sakit.
Jumaat, September 11, 2026
ke hospital tuanku
Kat hospital, zul call ajak sarapan.
Kena bebel dengan doktor.
Firas dah ada IC kena transfer ke unit dewasa pula.
Petang semua level pulak panas. Latihan diteruskan.
Khamis, September 10, 2026
masih kepanasan
Dah dapat kasut tapi tu lah. Agak fit ngam ngam dan tapak pun tak tebal sangat. Walaupun getah tapi bila test nampaknya agak tak tahan licin.
Itulah masalah bila beli online.
Walaupun murah tapi tak dapat menilai secara fizikal, inilah jadinya.
Sekadar buat pakai suka suka boleh la.
Rasanya pakai bata pun ok.
Rabu, September 09, 2026
kat atas masih panas
Masih panas. Tak boleh buat apa. Aku bawa portable aircond dari Level 7 ke level 14. Siap tambah air.
Selasa, September 08, 2026
Isnin, September 07, 2026
kerja
Mula kerja selepas hampir seminggu kat Perlis.
Sama pula timing dengan budak yang cuti seminggu mid semester break.
Staff ramai tak ada rasanya ada yang ke Perlis.
Tiba waktu student masuk, tak boleh fokus belajar sebab panas yang amat. Chiller ada masalah pulak.
Aku pun tak tahan. Terpaksa turun bawah.
Ahad, September 06, 2026
Sabtu, September 05, 2026
Jumaat, September 04, 2026
Khamis, September 03, 2026
singgah Penang dulu
Agak jauh lagi nak balik. So kita kayuh je pelan2.
Singgah Batu Ferringhi dulu. Tapi nak sampai ke BF kena layan banyak juga traffic light.
Hotel tak ada tempat parking. Terpaksa tumpang parking masjid kat depan hotel.
Rabu, September 02, 2026
Selasa, September 01, 2026
Langgan:
Catatan (Atom)
Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921
- Ahmad Sadli Ibrahim
- Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.