Khamis, Ogos 10, 2017
Kenapa simpan emas?
Kebanyakan orang sedar dan tahu akan kebaikan menyimpan emas. Namun saya akan jelaskan dan kupas dengan lebih terperinci kenapa dan apa kelebihan sehinggakan anda sebenarnya wajib simpan emas jika anda mahu memiliki portfolio kewangan yang mampan.
Emas adalah aset bernilai tinggi yang berdiri dengan sendiri. Nilai emas terletak di badannya iaitu pada berat emas itu sendiri. Nilai duit kertas pula terletak pada pihak ketiga (iaitu kerajaan). Emas tidak ada batas sempadan negara. Emas tidak boleh dipengaruhi oleh campurtangan kerajaan. Semua bank pusat dalam dunia ini menyimpan emas. Kenapa? Emas adalah duit yang sebenar, bukan kertas atau plastik bergambar raja itu.
Menyimpan emas sebenarnya adalah bagus sebagai satu cara cara untuk kita membuat "hedging" iaitu melawan inflasi yang berlaku dalam negara. Kalau semua harta anda dalam bentuk duit kertas, tidak ada "hedging" kalau duit itu nilainya jatuh melalui inflasi dan kadar tukaran asing yang tewas.
Inflasi meningkat bila hutang negara meningkat. Kadar inflasi semakin lama semakin meningkat dalam negara kita. Ini bukanlah ramalan tok nujum, ini adalah fakta berdasarkan data kewangan dalam negara.
Dalam masa akan datang, inflasi dijangka akan terus naik dan naik, kerana kerajaan telah berhutang dengan begitu banyak. Rakyat biasa pula berhutang untuk membeli rumah dan kereta. Ini semua akan membuatkan aliran masuk duit ke dalam negara meningkat melalui kadar bunga yang dibayar. Ini menyebabkan semakin banyak duit berlegar-legar dalam negara. Inilah salah satu sebab inflasi meningkat dan begitu payah untuk turun dalam masa depan yang setakat kita nampak.
Jadi, simpanlah emas kerana simpan duit sahaja belum tentu anda akan selamat dari bahan inflasi.
Penyimpan emas berdiri sendiri. Penyimpan emas tidak ada risiko dari perbuatan onar "third party" atau pihak ke tiga. Contoh risiko third party yang paling mudah ialah ASB. ASB bukan tidak bagus, tapi kalau anda semak semdiri kadar dividen ASB dari tahun ke tahun adalah semakin menurun. Rekod paling rendah kadar pulangan ASB sejak ia ditubuhkan pada 1990 berlaku pada kadar pulangan tahun 2016 iaitu sebanyak 7.25% diveden campur bonus.:- Rujukan: Pakdi.net
Dalam keadaan macam itu, PNB iaitu syarikat yang mengurus ASB telah membuat pembelian kurang bijak dengan membeli nombor plate kereta bernombor PNB1 dengan harga RM173,800- rujukan: Blog The Scribe, Kadir Jasin. Pastinya bagi orang biasa ini bukan satu pembelian yang bijak, (lainlah cerita kalau bonus 2016 agak tinggi). Kalau di Kelantan, dengan duit RM 173 ribu dah lepas untuk buat sebiji rumah yang sederhana atas tanah sendiri. Tapi mereka buat beli nombor saja? Inilah contoh risiko third party dengan harta anda.
Kalau anda simpan emas pula, anda sendiri yang mentadbir harta anda, bukan pihak ke tiga seperti PNB tadi, contohnya.
Kadar pulangan emas pula adalah bagus dalam jangka masa panjang. Dalam masa 16 tahun, kadar pulangan emas (dalam harga US Dollar) ialah sebanyak 361.9 %
Emas memang wajar disimpan kalaupun ada sudah ada banyak duit sekalipun dalam ASB. Ini kerana meletak semua telur anda dalam satu bakul adalah kurang bijak.
Apa akan jadi pada duit anda kalau inflasi naik dan terus naik? Duit akan hilang nilai walaupun ada banyak. Ini namanya rompakan nilai yang berlaku secara terhormat dan tanpa sedar oleh ramai orang.
Nilai ringgit jatuh. Ya nilai terkini ringgit adalah jatuh dengan teruk. Contoh diri saya sendiri. Adik saya dapat belajar di UK. Saya mula berkira untuk beri dia duit saku RM 1000. Sampai di UK dia tukar kepada duit Pound Sterling dapat tak sampai 200 Pound. Sakitnya hati. Tapi kalau saya beri dia emas, dia boleh jual kat sana dalam duit Pound dan kehilangan nilai sebegitu rupa tidak terjadi.
Simpanlah emas dan jadilah orang yang bijak mengurus kewangan.
Langgan:
Catatan (Atom)
Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921
- Ahmad Sadli Ibrahim
- Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.