Khamis, April 13, 2023

4 kali neb sebelum tidur

Bersemangat awal pagi. Rope jump 100. 

Malam semput. 4 kali juga neb. Pagi ok sikit. 

Petang aku  melala satu job dari Bangi ke Kajang. Jauh juga tu, cuma upah rm10.

Bawa ketam viral. Taman Sungai Jelok ni rumit sikit sebab nombor rumah sama, no jalan je beza. Nasib baik call ada. Dengan hujan renyai basah apa semua. Baju hujan pulak jenis cokia. 

Petang mengamuk di Metro Point. Ha ha. Lain kali buat kerja biar ada sistem la. 

Bukan main hentam keromo. Tukang jahit la tu. Kalau tak mampu jahit cakap tak mampu. Kalau perlu masa lebih, beritahu. Kalau tak cukup mesin jahit, tambah. 

Bukannya kau ambik job tapi kerja tak siap. Perangai biasa tukang jahit. Kalau customer mengamuk sendiri tanggung lah. 

Esok kalau tak siap memang jaga, kau yang janji, bukan aku. Aku tak ada masalah baju lambat. Aku ada masalah jenis tak tepat janji. 

Kaki masih ada kesan merah. Cuma dah tak bengkak. Dia mula surut, syukurlah. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.