Rabu, Jun 25, 2008

Peluang Berniaga dan Tambah pendapatan

Ini ada peluang hebat kepada pengguna internet yang mahu berniaga. Hari ini di Malaysia ramai yang sudah biasa pakai Internet. Ramai orang yang mempunyai impian atau berangan-angan untuk menjadi usahawan internet dengan mencari peluang kekayaan melalui jalan perniagaan internet dengan harapan untuk menjadi kaya dan bebas seperti Irfan Khairi. Mereka yang lebih berpendidikan dan biasa melayari internet sudah pasti selalu terjumpa macam2 peluang untuk cari duit.

Ada pelbagai jenis dan corak seta peluang perniagaan ditawarkan di internet. Ada yang bercorak MLM. Ada yang jual saham, jual emas dan sebagainya. Ada yang kononnya buat survey sahaja boleh dapat beribu ringgit. Kita juga boleh jual macam2 barang di ebay, lelong.com dan sebagainya. Itu pun kena ada modal dan saingan harga kita perlu ingat bukan calang-calang. Itu belum masuk kos pos udara dan laut. Masa banyak terbuang tapi untung tak seberapa. Saya tahu sebab saya dah pernah buat semua tu.

Selain itu, ada juga yang berkonsepkan pelaburan seperti Up Trend umpamanya. Orang akan cepat tertarik kepada sesuatu yang boleh mencapai kejayaan atau pulangan dengan cepat dan lumayan tanpa perlu "struggle" sangat. Namun hakikat yang sebenar ialah untuk berjaya dalam apa jua pun, tidak akan ada jalan singkat atau mudah.

Kejayaan dalam internet biasanya hanya untuk mereka2 yang betul2 gigih berusaha serta mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam. Tak hairanlah kita dengar ramai juga yang tertipu dengan pelaburan cepat kaya seperti pelaburan Swiss Cash dan seumpamanya. Mereka tertipu kononnya inernet memberi peluang kepada semua untuk berjaya. Itu belum masuk lagi kes-kes penipuan melalui e-mel dan facebook.

Kita harus sedar satu perkara. Wang itu ada nilainya. Nilainya terletak pada kepercayaan. Untuk mendapat wang kita kena ada beri sesuatu nilai. Sama macam dunia perniagaan di luar internet. Nak beli barang kena ada duit yang sepadan nilai. Kalau nilai itu sekadar janji manis sahaja, itu bukan nilai yang mutlak. Perniagaan mesti ada produk yang ada nilai yang jelas. Jadi carilah nilai itu. Kalau sekadar tabur duit dan tunggu hasil, itu bukan usahawan yang sejati. Baik anda simpan ASB, setidaknya ada juga jaminan kerajaan Malaysia.

Bukan senang mahu senang. Bukan susah mahu susah. Melaburlah di tempat yang betul. Carilah syarikat yang benar-benar menjalankan perniagaan internet secara betul dan berlesen. Syarikat yang seperti ini bukan tak ada. Kita kenalah usaha cari syarikat yang betul dan boleh beri peluang untuk tambah pendapatan melalui perniagaan yang telus dan mengikut undang-undang. Janganlah kita "join" semata-mata atas dasar janji manis itu dan ini. Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang.

Antara syarikat yang boleh dijadikan contoh ialah BIO-Asli. Bio-Asli ialah syarikat MLM secara online yang menjalan perniagaan secara sah dan berlesen. Ia akan produk yang khusus untuk di jual. Ia juga ada sistem yang spesifik tentang bagaimana mahu mendapat bonus. Anda perlu ada downline yang aktif dan anda mesti maintain belian untuk mendapat bonus. Bunyi macam biasa kan? Mana-mana MLM anda pergi pun itulah formulanya. Yang unik dengan Bio-Asli ialah sebab ia guna sistem online dan kuasa internet untuk menjana keuntungan melalui jaringan downline secara internet. Anda di beri laman web dan anda perlu usaha cari downline melalui internet. Jadi anda boleh melebarkan sayap ke seluruh Malaysia, bahkan seluruh dunia!

Saya dulu jumpa BIO-ASLI terus tanpa ragu-ragu buat dan berusaha tanpa menoleh ke belakang lagi. Apa takut, nak join pun free! Hari ini down line saya dah beribu. Ada yang hidup dan ada yang mati. Saya tetap maintain dan setia dengan Bio-Asli. Hari ini, Alhamdulillah bonus saya tak mati RM15o (minima) setiap bulan. Sikit je kan? tapi siapa nak bagi duit buta-buta kat kita bang? Saya pun kerja lagi makan gaji dengan swasta. Inilah peluang untuk kita. Jom sama-sama kita buat duit hari ini juga! kalau ini bukan peluang, saya pun tak tahu lagi apa yang anda boleh buat.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.