Semua orang ada impian. Semua orang ada mimpi. Saya tahu apa impian anda. Saya tahu apa mimpi anda. Kita semua sedang bermimpi satu mimpi yang sama. Kerana mimpi inilah sistem ekonomi kita berputar licik tak henti-henti. Anda bermimpi mahu jadi kaya bukan? Mahu punya banyak wang. Mimpi kita sama.
Duit. Duit adalah satu mimpi yang palsu. Duit hanyalah kertas bercetak yang tak punya apa-apa nilai kecuali apa yang diabsahkan oleh Bank Negara Malaysia. Namun duit tetap menjadi kebenaran kerana semua orang memiliki mimpi yang sama. Semua orang bermimpi mahu memiliki duit. Tak kira ustaz, ahli akedemik, ahli tahfiz dan lebih-lebih lagi penjual insuran dan MLM seperti Amway, Cosway, CNI dan seumpamanya.
Kita sering keluh kesah kerana tak cukup duit. Harga barang pula semakin mahal. Siapa yang salah bila harga barang naik? Ada orang kata BN yang salah. Apa yang sebenarnya berlaku? Bukan harga barang naik. Barang dulu dan barang kini semuanya sama.
Apa yang lain?
Nilai duit yang jatuh. Dulu (zaman mahathir jadi PM) RM10 boleh isi minyak kereta dapat 1 bar lagi. Kini isi RM20 pun masih menangis aku tengok bar minyak kereta aku yang ciput. Siapa yang salah?
Yang bersalah ialah orang2 yang makan riba dengan bank. Yang mengambil pinjaman duit dengan bank. Merekalah punca ekonomi rosak. Merekalah yang menjatuhkan nilai duit. Merekalah yang membuat bank mendapat duit bak kertas jatuh dari atas langit. Bila duit banyak nilainya jatuh. Dulu 50 sen banyak juga benda boleh beli. Tapi kini 50 sen dah jatuh nilai ibarat sekadar 10 sen atau mungkin 5 sen saja gayanya. Sedih.
Duit semakin susut nilai dari sehari ke sehari. Dulu note RM100 sekeping susah nak jumpa atau hampir tak ada. Tapi kini dah ada dan jadi biasa. Apa maksudnya? maksudnya RM50 dah jadi terlalu biasa dan kecil sangat. RM50 kalau masuk kedai Pizza hut belum tentu lepas. Tambah lagi dengan cukai servis dan cukai kerajaan.
Terima sajalah.