Isnin, Februari 13, 2023

Mana nak dapat smart tag

Mana nak dapat smart tag macam dalam gambar ni. Mudah saja.

Sebelum menjawab soalan itu izinkan saya kongsi sedikit maklumat berkenaan smart tag. 

Smart tag ialah alat yang digunakan untuk meletakkan kad touch n go. Ia dipasang pada cermin depan kereta, atau ada yang hanya pegang saja bila lalu tol. 

Seperti namanya, tag yang bermaksud lekat. Smart pula bermaksud bijak, iaitu ia mampu kesan kad dan baca serta cas kad secara tanpa wayar, melalui teknologi infrared. 

Bila diletak pada smart tag, maka touch n go akan dikesan di palang tol. Maka palang akan diangkat. Tak perlu berhenti untuk touch pada panel touch n go.

Kelebihan smart tag ialah kereta tak perlu berhenti, turunkan tingkap dan letak kad touch n go pada panel pengesan. Tak perlu sampai ada yang guna pemukul nyamuk dan bagai sebab tangan tak sampai. 

Ia ternyata lebih menjimatkan masa dan minyak kereta, tak perlu lagi tekan brek dan berhenti untuk touch, hanya perlu perlahankan kenderaan.

Dengan smart tag juga pengguna kad touch n go boleh meyemak baki yang ada di kad. Senang membuat perancangan. 

Selain itu, lorong smart tag biasanya lebih lancar kerana kereta yang melalui lorong ini lebih pantas membayar dan belum semua pakai. 

Kekurangan smart tag ialah ia menggunakan bateri, jadi akan tiba masa bateri akan habis dan kalau nasib tak baik ia berlaku semasa nak membayar tol. 

Tapi bagi saya ia bukan masalah besar kerana saya biasa pakai lebih setahun baru bateri habis. Normal la tu, cuma kena beringat. Lagipun sekarang dah ada batteri 9V yang boleh recharge

Ok. Itu saja maklumat smart tag. 
Dapatkan smart tag di sini. 

👉SMART TAG.


kelam kabut kerja

Mula serabai tak sempat nak shave. Isnin biasa la aku kelam kabut. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.