Sebelum menjawab soalan itu izinkan saya kongsi sedikit maklumat berkenaan smart tag.
Smart tag ialah alat yang digunakan untuk meletakkan kad touch n go. Ia dipasang pada cermin depan kereta, atau ada yang hanya pegang saja bila lalu tol.
Seperti namanya, tag yang bermaksud lekat. Smart pula bermaksud bijak, iaitu ia mampu kesan kad dan baca serta cas kad secara tanpa wayar, melalui teknologi infrared.
Bila diletak pada smart tag, maka touch n go akan dikesan di palang tol. Maka palang akan diangkat. Tak perlu berhenti untuk touch pada panel touch n go.
Kelebihan smart tag ialah kereta tak perlu berhenti, turunkan tingkap dan letak kad touch n go pada panel pengesan. Tak perlu sampai ada yang guna pemukul nyamuk dan bagai sebab tangan tak sampai.
Ia ternyata lebih menjimatkan masa dan minyak kereta, tak perlu lagi tekan brek dan berhenti untuk touch, hanya perlu perlahankan kenderaan.
Dengan smart tag juga pengguna kad touch n go boleh meyemak baki yang ada di kad. Senang membuat perancangan.
Selain itu, lorong smart tag biasanya lebih lancar kerana kereta yang melalui lorong ini lebih pantas membayar dan belum semua pakai.
Kekurangan smart tag ialah ia menggunakan bateri, jadi akan tiba masa bateri akan habis dan kalau nasib tak baik ia berlaku semasa nak membayar tol.
Tapi bagi saya ia bukan masalah besar kerana saya biasa pakai lebih setahun baru bateri habis. Normal la tu, cuma kena beringat. Lagipun sekarang dah ada batteri 9V yang boleh recharge.
Ok. Itu saja maklumat smart tag.
Dapatkan smart tag di sini.
👉SMART TAG.