Sabtu, Disember 18, 2021

Hujan masih belum berhenti

Walaupun nampak sedikit cerah, namun hujan masih belum berhenti sepenuhnya.

Jadi apa rancangan hari ini selain dari mendobi pakaian?

Mungkin layan shopee atau PG Mall. Atau mungkin ke Pulau Ular mencari sup. 

Ke Chabang 4 Tok Mek Ngah untuk mendobi. Cuaca agak baik juga dan hujan pun dah berhenti. Cuma atas jalan masih basah. Rim kereta aku nampak comot betul, bermain selut semalam. 

Kat mana2 ramai yang update banjir. Sampai kat Telok Panglima pun banjir. KL dan Shah Alam banjir.

Kat sini kejap cerah kejap gelap. Tak tahu lah.

Petang ke kedai Roti Tempayan Telaga Bata. Ingat nak bawa ke rumah Eira tapi tak ada orang, jadi singgah rumah Su yang baru siap modified. 

Balik dah nak maghrib dan Sabri pun dah nak bergerak, tak sempat dia makan roti tempayan. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.