Isnin, Januari 01, 2024

selamat tahun baru

Pagi2 aku bawa Firas gunting rambut. Sebab tak ada orang lagi, dan rambut aku pun dah panjang, aku pun potong juga rambut. 

Lepas tu ke pasar Kajang nak cari lauk, tapi pasar tutup. Ingat nak beli daging. Daging sejuk beku ada lah, nak beli takut silap pula. 

Dari pasar aku ke pusat cuci kereta. Lepas cuci kereta aku terus hantar kereta kepada pemiliknya di Sungai Tangkas.

Lepas hantar kereta cari lauk lagi bajet sikit di kedai Acheh. Pun dekat 20 juga.
Balik rumah lepak saja dan kelaparan.

PM dan kerajaan nampak stabil je.
Kita yang berniaga barang ni mesti terus.

Pokok terung dah nak berbuah tapi bena pulak banyak. Kena guna spray anti bena la agaknya.

Dalam pukul 4 Cik Ti sampai. Terus beri duit yang ma kirim. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.