Sabtu, Mac 18, 2023

sabtu yang sunyi

Kerja pun susah. Lepak rumah pun susah. 
Anak dah masuk asrama. 
Yang kecik pula tak lekat rumah. Tengahari baru balik. Sunyi. 

Petang keluar ke Cyberjaya. Pergi cari makan di Depulze. Kononnya nak makan ramen Jepun atau Korea. Tak banyak pilihan kat sini. Kalau IOI banyak la. 

Lepas makan tengok cerita. Shazam je yang boleh. Aku bukan tengok sangat pun, lebih kepada layan mata. Lepas tu makan lagi. 

Nak balik kena topup touch n go dulu sebab nak bayar parking Depulze. Baki dah tinggal 2 ringgit je. 

Nasib baik ada kedai mynews yang boleh topup. Susah juga pakai kad touch n go fesyen lama ni. 

Sekarang sudah ada kad sistem baru yang boleh topup secara online. Memang sangat berguna dan membantu jimat masa kalau ada benda ni. 

Kalau emergency tak cukup duit pun masih boleh sebab online, boleh pakai kredit dulu. Kad touch n go nfc nama dia. 

Sabtu yang tidak produktif bagi aku. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.