Rabu, November 30, 2016

Cerita semalam


Ceritanya bermula awal pagi.

Aku masuk kerja pukul 8.30 pagi. Jam dah 8 lebih aku baru nak bergerak.

Aku bergerak agak laju, konon nak kejar dapat punch card sebelum 8.30 pagi.

Lepas hentian Kajang ada satu kereta Alza duduk ikut jentera jengkaut. Aku tanpa fikir panjang ambil bahagian tengah untuk potong kereta itu sebab dari arah depan clear sangat.

Tiba-tiba kereta itu belok ke kanan sedang elok aku duduk tepi dia.

Aku pun terjunam jatuh. Nasib baik tak cedera teruk, cuma siku dan lutut ada la sikit calar. Terkejut dan rasa takut jugak.

Kereta alza pun ada sikit kemek kat bahagian atas tayar depan.

Dia call bapak dia datang.

Bapanya salahkan aku sebab potong kat double line.

Lepas ke bengkel Cina katanya kos repair RM500. Bapak dia kata ada kawan boleh repair lagi murah. Jadi mereka kata bayar 300 jer kat mereka.

Aku cucuk duit dan bayar 300 kat suami perempuan itu. Motor aku aku belum repair. Bengkok sikit kat bahagian handle. Bawak pun dah tak sedap.

Soalan: Kalau potong sebelah kanan salah sebab double line, kalau potong sebelah kiri pun salah juga nanti katanya memotong sebelah kiri. Jadi nak potong sebelah mana?

 

Sakit lagi

Syukur segala puji bagi tuhan

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.