Ahad, Februari 17, 2013

Ahmad Sadli B Ibrahim

Namaku Ahmad Sadli, seorang insan biasa saja.
Aku pernah tengok dokumentari kisah mat Salleh hidup tanpa duit. Wow sangat ekstrem tu. Aku nak buat macam dia tapi tak mampu. Akhirnya aku terfikir untuk buat satu benda yang ekstrem juga tapi masih boleh dibuat. Iaitu hidup tanpa HUTANG. Bukanlah aku ni tak ada hutang langsung, tapi aku cuba uruskan hutang dengan baik. Dari situlah aku belajar mengurus kewangan dengan baik. Dan hingga kini aku masih belajar dengan sifu sifu kewangan di Malaysia.




Nama: Ahmad Sadli b Ibrahim

Blog rasmi : ahmadsadli.com
Blog santai2: padihutan.blogspot.my

T.lahir: 22 Oktober 1978

Tempat lahir: Kota Bharu, Kelantan

Tempat kerja/tinggal : Kajang, Selangor

Pengalaman kerja:

1 November 2000 - 31 July 2013 Toshiba Electronic Malaysia, juruteknik
1 August 2013 - 26 January 2015 Amkor Technology Malaysia, juruteknik
(Amkor take over Toshiba).

1 February 2015- 15 March 2015 DF Electronic, pegawai perkhidmatan pelanggan

1 April 2015- sekarang      German Malaysian Institute (GMi), juruteknik makmal

September 2016 - Dealer Syarikat emas Public Gold.

*masih bekerja di German Malaysian Institute

Status: kahwin, 2 anak.

Pendidikan:

Higher National Diploma in Electronic Engineering. IKM PJ 1997-2000.

Contact : 012-9108905

Perniagaan online


Berniaga secara online sebenarnya adalah satu pilihan bijak bagi mereka yang ingin menambah pendapatan sama ada secara part time mahupun secara professional dari rumah melalui jualan secara online melalui medium internet yang semakin berkembang di Malaysia hari ini.

Apakah maksud sebenar berniaga secara online? 

Berniaga maksudnya jual barang atau jual perkhidmatan. Berniaga online pula maksudnya berniaga secara atas talian melalui komputer dan sambungan internet untuk berhubung dengan pelanggan ke seluruh Malaysia dan bahkan seluruh dunia. Kelebihan berniaga online ialah jaringan atau capaian pelanggan yang luas dan tidak terbatas.

Bila berniaga, tak kiralah online atau tidak online, kita kena ada barang atau khidmat yang jelas dan nyata untuk dijual. Kita kena jujur dan bukan buat skim cepat kaya atau menjual secara tidak jujur.

Dengan pelbagai pilihan platform online yang ada hari ini seperti Facebook, instagram, whatsapp, telegram, mudah.my, ebay dan banyak lagi, semakin ramai usahawan yang muncul demi memenuhi permintaan terhadap barangan secara online yang semakin meningkat. 

Ramai antara mereka kita dengar yang kini berjaya memiliki butik sendiri atau empayar besar sebenarnya bermula dengan berniaga secara online kecil-kecilan sahaja dari dari rumah sahaja pada mulanya. 

Terdapat pelbagai barang boleh dijual melalui internet sebenarnya, bermula sekecil kain tudung, jubah, emas, hinggalah sebesar barang seperti kereta, motor, tanah atau rumah.   

Persoalannya, untuk benar-benar berjaya, apakah barang atau produk yang sesuai untuk dijual bila kita mahu berniaga secara online atau berniaga melalui internet?

Itulah aspek utama bila berniaga secara online. Mencari barang yang paling sesuai, bagus dan berbaloi untuk dijual. 

Hakikatnya hampir semua benda boleh dijual melalui internet tapi soalnya apa yang paling sesuai untuk dijual? Yang boleh buat duit. Yang pulangan hasil berbaloi dan mungkin mengalahkan kerja makan gaji. Carilah barang yang laku sepanjang masa dan sepanjang zaman. Kita bukan nak berniaga sekali lepas tu lari. Kita nak berniaga sepanjang masa dan memiliki pendatan yang stabil setiap bulan sepanjang masa. Itu saya kira sebagai tanda aras kejayaan berniaga secara online. 

Carilah sesuatu yang bernilai tinggi bagi manusia. 

Misalnya, manusia menilai tinggi kesihatan dan kecantikan. Setiap masa orang sanggup berhabis duit demi kesihatan dan kecantikan. Jadi barangan kesihatan dan kecantikan adalah salah satu bidang yang paling sesuai untuk berniaga online.  

Saya sendiri pernah jual banyak benda secara online. Antaranya ialah produk kecantikan dan kesihatan. Ada antara produk kesihatan yang orang segan atau malas nak beli di kedai. Biasanya barang seumpama ini lebih mudah dijual secara online. 

Macam mana nak berniaga kalau tak ada modal?
Bila orang nak berniaga benda yang selalu jadi isu ialah modal. Tak ada modal. Itu perkara biasa. Tapi kalau cakap macam tu kemudian terus tak usaha maka macam mana nak maju? 

Di sini saya nak share cara berniaga online tanpa modal tinggi. Berniaga dengan syarikat yang sudah berwibawa dengan menjual barang mereka, makan komisyen. Modal tak payah keluar, asal rajin buat jualan dah lumayan.

Berniaga online BUKAN bermakna jual air liur atau jual cerita nak cepat kaya, saya paling tak suka kalau belum apa-apa, belum jual hatta sekotak biskut tapi dah cerita pasal nak kaya. Belum apa-apa dah cakap pasal BMW, pasal nak jadi terkenal macam Irfan Khairi atau Azizi Ali. Biarlah ada untung dulu paling tidak RM100 kalau ya pun nak bercakap pasal BMW. 

Ciri-ciri barang yang anda mahu jual secara online itu mestilah barang yang orang terlalu ingin beli tapi segan nak beli kat kedai biasa. Barang macam tu lah yang sesuai dijual secara online. Situasi seperti itu akan menjadi pemangkin agar barang itu terjual cepat. Barang yang susah dapat kat kedai biasa akan menjadi sesuai dijual secara online.

Contoh barang tak sesuai jual secara online: 
Goreng pisang. Ia tak sesuai sebab orang tak akan rasa malu bila mahu beli goreng pisang. Ia boleh di beli di kedai tanpa rasa malu. Lagipun bila beli goreng pisang orang tak mahu tunggu lama. Mereka mahu makan on the spot masa tu juga. Tapi kalau anda boleh buat goreng pisang delivery macam pizza domino maka ia boleh difikirkan.

Contoh barang yang laku bila dijual secara online: 

Barangan kosmetik dan kecantikan wanita. Krim FC untuk payudara.

Produk semacam ini wanita biasanya segan nak beli bila berhadapan orang ramai di kedai. Maka membeli secara online adalah satu tindakan tepat. Margin untung produk ini juga agak tinggi. Saya mendapat harga RM30 dari syarikat, lalu saya jual RM50. Untung RM20 setiap satu jualan. Ok tak? 

Produk macam ni boleh jual, saya dah biasa buat jualan sampai tahap RM700 sebulan krim fc ni (campur dengan produk lain). 

So anda pun boleh jual juga. Tak ada masalah. Anda boleh join syarikat dan boleh dapat harga ahli. Terus mulakan perniagaan Tak perlu kumpul modal sampai puluhan ribu baru nak start berniaga barang seperti kamera contohnya.    

Anda juga tak perlu tunggu nak ada modal besar dan stok bertimbun macam Zalora baru nak berniaga. Cukup dengan jual barang yang dah sedia ada dari syarikat seperti Bio-asli atau Biorich. Kalau anda pandai buat crepe durian ok lahtu. Crepe durian yang sedap saya pun nak order. 

Saya mahu share peluang berniaga yang mudah sebab modal rendah saja dan urusan pos kita tak payah buat, sini dah jimat masa dan tenaga. 

Kalau anda menyertai Bioasli anda boleh jual barang berikut:
  • minyak kelapa dara untuk kesihatan
  • ubat kuat vco31 untuk lelaki
  • krim FC untuk membesarkan payudara
  • Colagen Delima untuk kesihatan
  • Kamasutra losyen untuk wanita 
  • habbatus sauda
  • kopi kesihatan
Yang menarik ialah tugas anda cari pelanggan. urusan pos anda tak perlu risau. Bioasli yang buat (anda key in data). Anda bayar kepada Bioasli harga ahli dan anda jual harga runcit bersama untung. Tak perlu keluar modal kerana anda mesti pastikan pelanggan bayar dulu baru anda buat order dengan Bioasli. 

Saya tak perlu keluar modal. Tapi bila ada pelanggan dia akan bank in duit, kemudian saya bayar kepada Bioasli dan kemudian lebihan untung saya ambil. Serius, tak perlu modal.

Nak berniaga macam saya?

Jom singgah ke kedai saya

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.