Sabtu, Mac 27, 2021

Impian bulan March tercapai

Kalau anda berbisness atau berniaga anda wajib ada matlamat, target atau goal. Bila ada goal maka bisness tu anda tahu hala tuju samaada berjaya atau gagal.

Bagi saya sendiri, Alhamdulillah impian atau matlamat saya (impian itu dirahsiakan) sejak sekian lama akhirnya tercapai jua pada bulan March 2021. 

Walaupun target tu dapat dicapai lambat sedikit, (saya target Januari 2021) tapi dengan tercapai ni saya rasa syukur sangat. Dah la capai 3 kali ganda dari matlamat asal. 

Jadi semalam dapat jer gaji saya terus belanja isteriku beli charm emas yang kecik saja sekitar rm300 lebih jer harganya, tapi ok la.

Ok saya share kenapa dalam hidup kita mesti ada goal. Goal ni penting supaya kita dapat bermain, menang kalah belakang kira. 

Contohnya main bola, kalau tak ada goal macam mana nak main bola. Kalau ada goal, kita buat benda ada tujuan dan kita tahu apa kita buat. Contohnya kita gelecek bola kawasan kita pun kita tahu kena cepat2 naik ke atas. Begitu. 

Goal ni kena SMART. Apa itu SMART? 

S = specific (kena nyatakan secara terperinci la apa goal tu, contoh nak kumpul duit 10k, goal yang tak spesifik contohnya saya nak kaya atau saya nak kurus, kena tetapkan nak buang berapa kg. 

M= measureable (kena boleh sukat contohnya duit boleh kira kan, jangan goal yang abstrak pulak, contohnya nak kaya tanpa sebut ukuran nyata)

A= attainable (boleh dicapai oleh manusia, lihat manusia lain boleh maka kita pun boleh juga, jangan yang tak boleh atau mustahil, contoh nak kurus buang 100 kg) 

R = relevant (kena matlamat yang relevan lah, jangan matlamat mengarut macam nak kumpul benda tak berfaedah, memang tak relevant lah)

T= time bound (kena tentukan bila nak capai matlamat tu mengikut masa yang bersesuaian)

Dan bila goal telah dicapai anda akan dapat tahu bagaimana perasaan menjaringkan goal. Jadi tetukan goal anda sekarang dan kalau nak boleh kongsi goal anda dengan rakan dan keluarga. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.