Jika anda mahu kaya, anda wajib ada simpanan, dalam bentuk duit dan harta. Duit kena ada banyak. Harta kena bertimbun. "There's no other way round" and "no beating around the bush". Its plain as daylight. Kita akan bercakap sebagai dewasa yang matang.
Jika anda rasa menjadi kaya adalah salah dan berdosa maka sila berhenti membaca setakat ini. Saya akan menulis perkongsian tentang cara menjadi kaya. Menjadi kaya bermula dengan impian yang membara. Dari impian mula kena buat. Buat apa? Menyimpan.
Semua orang mesti sudah tahu bahawa asas paling utama bagi membina kekayaan ialah dengan memiliki simpanan samada duit atau harta lain dalam bentuk aset bernilai. Kalau tanya budak kecil pun dia pasti tahu, kalau nak kaya kena banyak duit!
Kalau nak duit banyak, kena simpan duit. Tanpa tabiat menyimpan (yang konsisten) maka gagal itu jawapan yang pasti. Anda tak akan kaya dan tak akan bebas kewangan.
Ya ia semudah dan sejelas itu. Tak kira berapa banyak pendapatan kamu, kalau anda TIDAK membuat simpanan = anda TIDAK akan kaya.
Gagal menyimpan = Gagal bina kekayaan.
Menyimpan lebihan belanja. Dapat gaji wajib simpan sikit, bukan habiskan semua. Sama ada anda makan gaji atau berniaga, ia tetap sama.
Sifirnya jelas
👉pendapatan - belanja = lebihan, maka simpan. Saya belajar sifir mudah ini sejak lama dahulu daripada Azizi Ali.
Walaupun begitu ramai yang gagal. Gagal menjadi kaya. Betulkan saya kalau saya silap. Ramai orang gagal membina kekayaan kerana tidak menyimpan.
Kenapa tidak menyimpan? Barangkali sebab tak faham sifir? Mustahil, sifirnya terlalu jelas.
Mungkin belanja banyak sangat sampai tak ada lebih? Pun boleh jadi.
Izinkan saya berkongsi jawapan kepada persoalan ini.
Sebenarnya ia berkait naluri. Naluri manusia suka berbelanja. Seronok shopping. Seronok sekarang. Seronok melihat keluarga senang hati. Seronok melihat pasangan gembira. Ya lah kan kerja kuat kuat kenapa nak tunggu mahu seronok? Sukar kan nak melawan naluri. Ia terjadi pada saya sendiri pun.
Maka dengan naluri sebegitu maka ramai yang tak menyimpan. Tapi ada juga yang sedar lalu dia menyimpan. Dia menyimpan juga dan suksess. Tapi bila duit sudah banyak apa jadi?
Biasanya bila duit banyak maka akan ada godaan datang. Pasti? Cubalah try. Dan dalam banyak kes yang biasa berlaku, duit akan habis. Simpan kemudian dia habis.
Maka gagal lagi. Duit sudah berjaya simpan, tapi akhirnya bocor.
Kenapa duit bocor?
1.Seronok belanja
2.Salah melabur
3.Kawan pinjam
Selain itu, nilai duit kertas juga saban tahun akan dimamah oleh inflasi. Oleh itu kalau nak kaya kena simpan emas.
Kenapa emas? Berbalik pada topik naluri. Duit (duit kertas) kita mahu habiskan. Emas kita mahu simpan.
Naluri manusia pada emas berbeza. Naluri pada emas ialah kita mahu simpan, mahu banyak. Dengan naluri begini maka harta akan bertambah.
Maka, cara menjadi kaya ialah dengan menyimpan sebahagian duit dalam bentuk emas. Emas ialah magnet kekayaan. Bila kita simpan emas ia lebih sukar untuk bocor berbanding simpan duit kertas.
Orang yang ada ilmu pasti dia akan merasa takut kalau TIDAK simpan emas. Tetapi orang yang tidak ada ilmu tentang emas, dia takut nak simpan emas.