Khamis, April 30, 2026

ke pwtc

Bantuan logistik

Rabu, April 29, 2026

Selasa, April 28, 2026

Krisis Negri

Petang bro N naik ambil speaker dia untuk cover event level 7.

Dia pinjam extension sekali. 

Hari ni cukup korum kali pertama sejak puasa.

PM kata Mentri Besar N9 stay put dulu. 

Isnin, April 27, 2026

ternyata tidak mudah

Kita manusia merancang. 
Tapi jangan ingat semua rancangan kita akan semestinya berjaya dan sempurna. 

Ahad, April 26, 2026

malam ni nak gerak

Harap driver sampai awal sikit. Expected jam 8 malam.

Dah tengok le motorsikal ev terbaru dari mforce EZI ray 01. Dengar cerita murah saja motor ni campur rebate 2400, lagi kalau beli cash pun ngam.

Tengok kat media sosial nampak menarik juga design dia. 

Tapi masalah nak cas tu nanti boleh ke buka batteri. Aku masalah ni penting sebab rumah tinggi tak boleh nak cas kat bawah.

Last minit driver cancel. 
Aku call abe Cik minta tolong. Nasib baik dia available. 

Sabtu, April 25, 2026

sampai telaga bata

Sampai KB sekitar 5 30 pagi. 

Terus panggil kereta Grab, mujur la senang dapat. Dia call suruh tunggu tempat parking. 

Driver ni cemerlang betul bawa keretanya dalam keadaan jalan yang agak sepi awal pagi. 

Sampai Telaga Bata azan subuh baru berkumandang sayup.

Ma belikan nasi bungkus. 

Dalam 9 30 pergi ke MRSM Tumpat. 

Balik sebelum zuhur terasa betul kelaparan. Mujur ada nasi yang di bekal kan oleh pihak sekolah. Ada 3. Aku Irfan dan abah makan. Ma tak mau. Atau dia saja tak mahu..... 

Petang keluar ke Pasir Pekan. Bawa Irfan ke kedai bundle depan Petronas Pasir Pekan. 3 helai juga Irfan beli.

Malam keluar ke Pasir Pekan lagi. Ada forum perdana sempena 100 tahun masjid lama Pasir Pekan.

Masjid ni tempat aku solat jumaat semasa tinggal di asrama Falahiah. 

Jumaat, April 24, 2026

salary

But it's not long. 

Khamis, April 23, 2026

esok gaji

Tewas 0 3 dengan L. 
Mental not ready. 

Rabu, April 22, 2026

rabu sudah

Tak sempat wei.
Tewas dengan P 04 04 wei. 
Menang dengan L 4 2.

Selasa, April 21, 2026

Isnin, April 20, 2026

Ahad, April 19, 2026

batu berendam


Gerak balik ke Kajang, cari asam pedas. Jumpa kedai ni area Batu Berendam. 

Plan asal tak jadu. Terus singgah makan asam pedas di sini. Coconut Shake Batu Berendam. Air mata kucing dia ni cuma Rm4. Siap boleh tambah percuma. 

Sabtu, April 18, 2026

rumah ikin n radzi

Sarapan pagi sekali dengan open house raya kat rumah Ikin di Bangi. 29 Syawal ni. 

Mak ayah Radzi, suami Ikin pun ada sekali. Kita orang sembang sikit2 je la. 

Lepas sarapan terus gerak ke Melaka. Sampai Melaka terus ke Aeon Bandar Melaka. Lepak situ sampai petang.

Dalam pukul 6 baru ke Cheng, rumah Kak Izan.

Lepak situ sampai dekat maghrib. Solat maghrib di masjid Tengkera. Lepas tu terus ke Jonker Walk. Sampai malam. 

Malam meraba2 nak cari home stay. 
Nasib baik orang Melaka masih sibuk beraya. Buat teman cari rumah. 

Last sekali dalam 11 baru jumpa rumah.

Jumaat, April 17, 2026

sepi itu indah

Saja la berpuisi. Hari ni jamuan raya tak pergi. Saja je. Nak uji.
Petang balik lewat sikit dalam 5 45. Tapi ada juga tto Rozaki. 

Khamis, April 16, 2026

tewas

Hirman berikan kopiahnya kepada aku. Lepas ni dia dah pandai order sendiri TT. Dah tak perlu suruh aku lagi katanya. 

Tangan laju menjamah hidung tapi slow menahan spin. Tewas 1- 2 dengan P. 

Rabu, April 15, 2026

kurang air ke

Bibirku kelihatan kekeringan akibat kurang minum air rasanya.
Bila pakai baju hitam macam ni senang la kelihatan rambutku yang berkelemumur itu.

Selasa, April 14, 2026

Isnin, April 13, 2026

Ahad, April 12, 2026

ke ioi

Makan di sukiya 

Sabtu, April 11, 2026

Beraya lagi

Rumah erin di Semenyih.

Jumaat, April 10, 2026

makan2 lepas audit

Malam tadi mimpi sheila on 7. 
Ada pesaing juga. 

Dr N ajak makan pagi ni. 
Aku ajak N sekali. 

Should be about release. 

Asyik nak motor AE4 je. 

Khamis, April 09, 2026

audit day 2

Pagi2 830 mereka dah tour lab.
Aku stand by dalam ertikata standby yang sebenar. 

Duduk menunggu. Menunggu di panggil. Sehinggalah dalam 11 lebih di panggil ke library.

Di sana pun masih menunggu juga. 

Sehinggalah 12 lebih baru dipanggil. 

Siap sekitar 1 lebih juga. Nak pergi makan pun sudah agak lewat kalau nak keluar.

Hari ke 100 untuk 2026.

Rabu, April 08, 2026

audit day 1

Pagi ni kena stand by jika dipanggil oleh auditor. Sempat shave pagi ni dengan Shick

Naz naik sekali temankan aku. 

Tengahari dia ajak makan di restoren kesukaan dia. Siap belanja sekali. Take note ni aku kena belanja dia semula sebelum bulan 10 ni. 

Selasa, April 07, 2026

briefing lagi

Tak turun, kerja terlalu banyak.

Serentak pula tu. 

Petang kena tampal poster pula setiap floor. Nasib baik ada bantuan dari Mai dan Amad. 

Isnin, April 06, 2026

briefing etac

Siapa la yang tak cerdik buat kerja tak cerdik.

Tengahari keluar tukar minyak hitam motor. Kena 38.

Ahad, April 05, 2026

mencari power bank sesuai

Mencari power bank yang kecil comel, tapi powernya ok sederhana sekitar 5000 mah.

Boleh bawa naik flight dan senang nak bawa.

Power bank yang sesuai ni banyak je jual secara online. Tapi masih awal untuk beli.

Beraya di tadika Cik Ti di Lenggeng. 
Beraya rumah Pok Su di Putrajaya. 


Sabtu, April 04, 2026

ke ioi

Ke ioi anak ajak menonton cerita. Cerita Pemburu dua alam. 

Jumaat, April 03, 2026

bawang

Pagi ni Irfan sampai dari Kelantan. Aku ambil di Hentian Kajang. 

Bawa Fan ke kedai beli sarapan.

Wife kata kuat sangat bau bawang. Sebab aku asyik makan bawang tunggal

Khamis, April 02, 2026

bertahanlah

Hari ni sambung job semalam. Pasang trunking L 11.

Rabu, April 01, 2026

Meet n greet

Ada meeting dan sarapan. Hampir terlupa yang today is fast day, day 3. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.