Bio asli

Thursday, May 22, 2008

Kebaikan Teh Herba

Teh herba keluaran Bio Asli mengandungi bahan2 semulajadi yang baik untuk kesihatan. Ia akan memberi banyak faedah jika diamalkan secara tetap. Didalamnya terdapat herba Misai Kucing, Mas Cotek dan Stevia. Stevia ialah sejenis pemanis asli. Bila diminum, tidak perlu ditambah gula kerana rasa manis semulajadi dari stevia sudah cukup untuk menyedapkan rasa teh.

Mas Cotek atau nama saintifiknya FICUS DELTOIDEA mengandungi bahan aktif yang baik untuk tubuh. Bahan2 tersebut ialah, Flavanoid, Triterpenoids, Proanthocyanins, Phenols, dan Tannis. Bahan bahan ini berfaedah untuk memperbaiki peredaran darah, mengeluarkan toksin di dalam badan, memecahkan lemak dan membuang kolestrol dalam darah, memperbaiki daya fokus dan ingatan, baik untuk kencing manis dan darah tinggi, lemah jantung, sakit pinggan, mengurangkan keletihan, meningkatkan keinginan seks, serta menguatkan otot2 kelamin.
Pemanis asli Stevia atau nama saintifiknya STEVIA REBAUDIANA pula mengandungi bahan aktif berkhasiat, steviosid yang berfungsi sebagai pemanis tanpa kalori dan boleh menurunkan tekanan darah. Ianya baik untuk pesakit kencing manis disebabkan sifatnya sebagai gula tanpa kalori. Ianya dapat membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan keradangan.
Misai Kucing atau nama saintifiknya ORTHOSIPHON STAMINEUS pula mengandungi bahan hebat seperti Cirsimaritin, Myoinositol, Orthosiphon, Pillion, Rhamnasin, Bmlt oioidsalvegenin, Kerotinoid, Kerotin, Flavanoid, Glukosid, Glikoprotien, Terpenoid, dan Saponin.
Bahan bahan tersebut baik untuk pesakit kencing manis dan darah tinggi. Ia membantu mengelakkan jangkitan pada saluran kencing. Kencing menjadi lawas dan ini membantu mengelakkan sakit batu karang.Selain itu ia boleh meransang kesihatan prostate dengan menggalakkan rembesan hormon testeron. Asid urik yang menjadi punca gout juga akan disingkirkan.Lain lain faedah ialah untuk pesakit athritis, reumatik, nephritis, arteriosclerosis, penyakit berkait kardiovaskular dan jantung melalui penyingkiran kolesterol dan melancarkan peredaran darah. Ia juga meransang sistem imunisasi tubuh selain sifatnya yang anti kanser.
Jadi apa salahnya meminum teh herba digantikan dengan tabiat biasa minum teh tarik yang tak berapa bagus walaupun saya tahu ianya memang sedap, tapi demi kesihatan cubalah untuk mengubahnya secara perlahan lahan. Teh herba, sedap lagi menyihatkan.

Tempahan hubungi: 012-9198905 Penghantaran percuma seluruh Malaysia Harga RM 40.

0 komen: