Khamis, November 06, 2014

Mencari bahagia


Petua mencari bahagia.

Semua orang ingin hidup bahagia. Semua orang mencari kebahagiaan. Lihatlah betapa ramainya orang keluar rumah setiap hari. Apa yang mereka cari? Meredah traffic jam, mengadap boss, kena marah, berusaha keras mencari duit kerana mencari apa?

Manusia secara fitrahnya mahu hidup bahagia dan kerana itu manusia berusaha mencari kebahagiaan.

Jadi di mana letaknya bahagia? Adakah terletak pada wang ringgit? Adakah dengan pangkat dan kuasa? Atau dengan isteri cantik boleh bahagia? Kalau anda pilih yang paling akhir (isteri cantik) itulah paling bahaya. Kenapa?

Cantik punca bahagia?
Cantik bukan punca bahagia kerana cantik tidak kekal. Semua orang akan tua. Kalau macam tu datuk dan nenek kita tak bahagialah? Hilang cantik hilanglah bahagia kalau kecantikan itu sandaran bahagia anda. Bahkan jika isteri anda cantik maknanya umur anda pendek. Lagi cantik isteri anda lagi pendek umur anda, sebab? Sebab ramai orang berdoa bila la dia ni nak mati, boleh aku kahwin dengan janda dia. Kalau ramai sangat berdoa macam tu, macam mana? Ya makbul kan?

Wang ringgit punca bahagia?
Adakah bahagia ada pada wang ringgit yang bertimbun-timbun? Pun bukan terjamin bahagia juga. Buktinya adalah artis yang mewah dengan duit berjuta-juta kenapa mereka tak bahagia, ada yang bercerai-berai, ada yang stress, bahkan ada yang bunuh diri (macam Kurt Cobain)? Ada yang ambil dadah. Bahagiakah begitu?

Pangkat dan kuasa punca bahagia?
Adakah bahagia ada pada kuasa dan pangkat besar? Manager yang duduk dalam bilik air cond itu bahagiakah mereka? Betapa ramainya anak buah mereka yang dengki pada mereka, membuat bermacam rancangan jahat untuk menjatuhkan mereka. Ada yang guna sihir dan ada yang guna fitnah. Bahagiakah bila ramainya orang yang ingin tengok kita jatuh?

Adakah duduk dalam istana mewah itu bahagia? Semua protokol kena jaga. Susahnya mahu berjalan seorang diri tanpa gangguan kerana terlalu masyhur, sehingga apa yang dibuat semua orang perhatikan. Nak minum teh di kedai kopi pun susah, maklumlah dah jadi wakil rakyat yang satu Malaya kenal kita. Rumah kena ada pengawal 24 jam maklumlah kereta mewah dan harta perlu diawasi selalu. Bahagiakah begitu berbanding orang di rumah setinggan yang tak pernah kunci pun rumah dia malah kunci pun letak dalam kotak pos saja bila keluar.

Di mana terletak hakikat bahagia yang sebenarnya?

Sebenarnya ada satu perkataan yang memberikan kesimpulan untuk bahagia. Tak kiralah miskin atau kaya, cantik atau tidak, muda atau tua, manager, tukang kebun, atau apapun keadaan anda, anda boleh kecapi bahagia kiranya anda memiliki satu benda ini yang memberikan kesimpulan untuk bahagia.

Ya bahagia boleh disimpulkan dalam satu perkataan. Apakah satu perkataan yang menyimpulkan bahagia itu.

Perkataan itu adalah....


tenang. Tenang itulah bahagia...

Bak kata Ustaz Pahrol Juoi, bahagia itu datang dari dalam hati dan terpancar ke persekitaran luar, bukan dengan segala macam material dari luar boleh masuk je ke dalam membahagiakan hati.

Jadi jagalah hati kerana ia lantera hidup ini. Baik hati baiklah seluruhnya.

Semoga bahagia. Amin.



gambar hiasan.

Sumber rujukan: Segmen motivasi pagi, radio Institut Kefahaman Islam Malaysia IKIM FM.

Ekspo buku islam


Sabtu yang lepas kami turun Putrajaya. Ada Ekspo buku Islam. Kalau tak silap ini kali ke 3 Putrajaya menjadi tuan rumah ekspo buku islam. Kali ini ia berkembang menjadi sebuah Festival yang besar. Sila rujuk gambar kat bawah.   

Antara yang menarik ialah pameran keris dan al-quran lama. 
Inilah naskah al-quran yang kelihatan sungguh pelik, di mana anai-anai hanya makan bahagian tepi sahaja seolah-olah anai-anai itu tahu apa yang ia makan?  

Sebelum balik kami singgah di Dewan Chempaka Sari, tempat buku. Ada banyak buku macam biasa dan majalah-majalah islamik. 

Sempat juga dengar suara Siti Nurhaliza dan Mawi dari jauh yang sedang menyanyi pada malam itu. Irfan pula sempat beli buku komik islamik dan t-shirt I am irfan. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.