Sabtu, Ogos 27, 2016

185


Harga emas GAP Public Gold kembali mendaki kepada RM 185 segram selepas jatuh sekejap ke paras terendah untuk Ogos semalam. Begitulah harga yang hampir ke RM 200. Semasa saya mula berjinak-jinak dulu harga emas Public Gold baru sekitar RM 170 lebih.

Harga emas sentiasa naik. Harga komoditi lain pastinya akan naik dan naik. Itulah pentingnya memiliki emas. 

Harga emas naik ramai orang buat tak kisah. Tapi kebanyakan harga pada hari ini memang mahal. Rumah pun mahal. Tetapi yang paling kita semua takut ialah bila harga makanan naik.   

Hal ini telah berlaku pada harga buah seperti durian dan manggis. Dengan gaji saya ni yang tak seberapa membeli durian musang king ibarat membeli emas.

Tadi di pasaraya yang kononnya jimat iaitu Econ save sekalipun harga barang agak meruncing.

Harga ikan yang saya tengok tadi agak membimbangkan.

Harga buah manggis ialah RM 7 sekilo. Dulu saya pernah beli di Pahang pada harga RM 4 sekilo.  

Bila harga terlampau mahal sehingga rakyat kebanyakan sudah kelaparan maka ketika itu baru hendak membaikpulih ekonomi pastinya sudah terlambat. Masalah di sini ialah semua benda mahal secara serentak pada masa yang sama.

Rm 50 kalau bawa masuk kedai atau pasar, apa jer yang lepas, sekadar makanan asasi untuk beberapa hari sahaja.

Simpanlah emas. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.