Selasa, November 15, 2016

Bahana duit fiat


Apa itu duit fiat.

Duit secara umumnya ada dua kategori.

1. Duit komoditi - komoditi maksudnya ialah benda berharga. Contohnya emas, perak, timah dan apa sahaja yang berharga bagi manusia. Benda berharga boleh dijadikan duit kerana sepanjang sejarah manusia pun memang benda-benda seperti itulah yang digunakan sebagai duit. Di Tanah Melayu sendiri sebelum bertukar menjadi Malaysia, duit yang digunakan ialah duit emas, duit perak dan ada juga duit tembaga. Duit komoditi ini seumpama sistem barter cuma ia lebih sistematik kerana nilainya adalah serata dalam berat. Duit komoditi memiliki nilai intrinsik tersendiri. Maksud nilai intrinsik ialah nilai duit itu terletak di badan duit itu melalui beratnya. Contohnya kalau duit emas, nilai emas itulah nilai duit itu. Kalau duit perak maka nilai perak itulah nilai duit itu. Kalau duit tembaga maka nilai tembaga itulah nilai duit itu. Kalau duit kertas macam hari ini, maka tanyalah berapa harga kertas.

2. Duit fiat - Duit fiat ialah duit kertas yang kita pakai hari ini. Duit ini tidak mempunyai nilai intrinsik (nilai pada tubuh badannya) seperti duit komoditi yang dibincangkan di atas. Nilai duit fiat terletak pada jaminan kerajaan dan keyakinan masyarakat. Benar duit kertas ini pernah ditambat pada emas pada satu ketika dahulu, namun ikatan itu sudah tidak ada. Pada zaman awal duit kertas nilainya ditambat pada emas, maksudnya pemegang duit kertas boleh menebus sejumlah emas di bank dengan seberapa banyak duit yang dia miliki. Hal itu tidak lagi berlaku zaman ini di mana duit anda tidak boleh ditebus dengan emas sekiranya anda datang ke bank. Yang peliknya pihak bank itulah yang begitu giat mengumpul emas. Ini kerana bank tahu duit hanyalah kertas. Duit sebenar ialah emas.

Nilai duit kertas ini cuma terletak pada jaminan kerajaan. Kalau kerajaan kata wang ini sah diperlakukan dengan nilai RM50 maka jadilah dia RM50. Begitu juga kalau kerajaan kata wang ini sah diperlakukan dengan nilai RM5 maka jadilah dia RM5. Entiti kerajaan Bank Negara mengawal aliran duit agar tidak berlaku inflasi. Kalau urus dengan baik jadilah baik. Kalau urus tak baik pula macam mana? Kalau kerajaan berhutang terlalu banyak macam mana? Kalau nilai RM jatuh berbanding Dollar macam mana?

Duit komoditi berbeza dengan duit fiat dari segi kawalan. Duit komoditi nilainya adalah selamat dari segi manipulasi luar. Kalau anda pegang emas contohnya, anda memegang benda bernilai yang mana kekayaan terletak di tangan anda. Duit fiat (kertas) pula nilainya berubah dengan perubahan dan faktor luar yang kita tak mampu kawal. Kalau duit fiat dicetak terlalu banyak maka kuasanya menjadi semakin tumpul seiring dengan peredaran zaman walaupun nilainya dijamin kerajaan. Kalau tiba-tiba harga minyak naik, kuasa duit itu akan berubah mendadak juga.

Duit komoditi boleh berdiri sendiri kerana kalau tak ada sesiapa pihak jamin pun emas itu tetap berharga dan bernilai tidak kira negara, kerajaan, bangsa atau agama. Kalau duit kertas Malaysia pergi Jepun kena tukarlah duit Jepun.

Duit fiat kena ada kerajaan yang jamin baru dia laku. Macam mana kalau kerajaan tidak mahu atau tidak mampu lagi jamin? Duit itu akan menjadi seperti duit pisang zaman penjajahan Jepun. Bila Jepun kalah duit pisang bukan lagi dijamin oleh kerajaan kerana kerajaan Jepun sudah kalah dan berundur dari Malaya. Ramai orang percaya pada duit fiat kerana pengalaman mereka yang terhad sepanjang hidup mereka duit fiat tidak pernah gagal, tetapi kalau disemak sejarah yang panjang, banyak duit fiat yang telah gagal sebenarnya, cuma ia tidak dihebahkan.

Bukan itu sahaja kelemahan duit fiat. Ada banyak lagi. Terlalu banyak. Jadi mari kita mula masuk ke tajuk asal artikel ini iaitu bahana duit fiat. Apakah bahana ataupun keburukan duit fiat? Bahana duit fiat ialah satu kezaliman yang berlaku dan juga satu dosa besar. Duit fiat membawa petaka di dunia dan juga azab di akhirat akibat dosa riba.

Duit fiat terdedah kepada bahaya manipulasi oleh pihak kapitalis iaitu pihak yang bermodal besar seperti bank, kerajaan atau apa sahaja entiti yang bermodal besar. Sebab itulah anda pasti sudah mendengar ayat yang berbunyi orang kaya semakin kaya, yang miskin papa kedana.      

Duit fiat terdedah kepada manipulasi melalui satu sistem yang cukup merbahaya iaitu sistem hutang dan bayar hutang dengan bunganya sekali. Itulah sistem yang merompak secara halus dan terhormat. Dengan sistem ini, orang miskin akan hilang tanah, harta dan maruah secara perlahan-lahan. Entiti seperti negara juga bila berhutang akan mengalami apa yang menakutkan itu.

Sistem ini telah merantai semua orang dan semua negara agar berusaha mati-mati siang dan malam mengumpulkan kertas untuk membayar kertas. Tidak ada orang walau semiskin mana sekalipun dia pastinya dia akan terjebak jua. Tidak ada negara yang tidak berhutang, dan hampir semua manusia berhutang. Berhutang adalah begitu normal sekali sehingga orang yang tak berhutang dianggap tidak normal bahkan gila.

Tanpa mengira lagi hukum riba yang teramat berat dosanya semua orang mengambil hutang dan membayar bunga kerana sedikit sekali yang ambil peduli tentang hukum riba. Bahkan bekerja di bank adalah perkara biasa dengan pegawai perempuannya memakai tudung walhal bersekongkol dalam dosa riba yang beratnya di sisi tuhan lebih keji dari berzina dengan ibu sendiri.

Tengoklah Tanah Melayu ini sendiri (maaf sudah tidak dipanggil Tanah Melayu). Siapa yang memiliki tanah di bandar besar KL, Ipoh, Pulau Pinang, Johor Bharu atau Kota Bharu sekalipun. Jawapannya maaf cakap ialah pihak yang bermodal besar. Siapa pihak itu?

Pihak yang mengawal sumber kertas itulah. Pihak ini terdiri dari entiti seperti bank, saudagar besar dan pemilik modal. Ia akan kekal berlegar di kalangan mereka dan keluarga mereka. Tapi mereka tidak berhenti. Mereka akan terus menawarkan bantuan kertas mereka agar orang miskin semakin miskin. Mereka sendiri pula tidak mengejar kertas, sebaliknya mereka mengumpul tanah dan emas. Orang yang mahu membeli tanah terpaksa mencari kertas yang begitu banyak dan semakin banyak dari tahun ke tahun. Sehingga hari ini rumah berharga jutaan ringgit di bandar adalah perkara biasa dan tidak ada sesiapa yang pelik? Di Bangsar contohnya rumah 10 juta RM adalah biasa?

Bukan sahaja rumah, perkara lain yang perlu untuk hidup seperti makanan, buah, bahan asas dan sumber tenaga lain pun semakin lama-semakin mahal. Dari tahun ke tahun tidak pernah berhenti. Sumber utama kehidupan ini bukan ada perubahan apa dari segi nilai tapi setiap tahun menjadi semakin mahal, tak pernah berhenti, turun jauh sekali. (tak termasuk barangan teknologi) Kenapa?

Kerana kertas itulah. Kerana manusia berhutang. Berhutang dan membayar bunga. Duit kertas semakin bertambah saban tahun sedangkan sumber yang ada untuk direbut semakin kurang. Tanah, beras, dan bahan asli bukan semakin bertambah. Semua orang mahu kumpul kertas banyak-banyak. Semua orang bermimpi tidur atas kertas yang berjuta-juta. Duit kertas umpama tuhan yang mampu menyelesaikan segala masalah. Itu belum kira yang berjudi yang merompak dan makan rasuah. Mereka semua mengejar kertas kerana desakan hidup yang semakin menekan. Pihak bank pun senyum sahaja. Asalkan bayar hutang, mereka tak akan peduli apa masalah anda atau dari mana sekalipun dan apa cara sekalipun anda dapatkan duit. Nak tambah kad kredit pun bank makin suka.
Itu belum cerita lagi bab along yang kejam dan sadis. Keluarga pun hancur kalau masuk along.

Semua orang masuk kerja ofis dan hidup bergaya. Ladang dan tanah siapa nak buat? Padi siapa nak tanam? Ikan siapa nak pergi pukat? Durian siapa nak semai? Bangunan siapa nak bina? Pajak sajalah. Upah sajalah. Duit kan ada boleh selesaikan semua masalah. Akhir sekali semua ini dikawal sekali lagi oleh entiti bermodal besar seperti bank yang memberikan kuasa kawalan kepada pihak asing bermodal besar.

Perkara ini berlaku secara perlahan-lahan sahaja tapi tak pernah berhenti dari tahun ke tahun. Sebab itulah tak ramai orang yang perasan. Bahkan tak ramai yang tahu bahawa hutang kerajaan Malaysia sendiri dah nak masuk menghampiri angka segila satu trillion. Tapi rakyat masih bertenang, kenapa?

Kerana mereka dimomok oleh professor makan gaji upahan kerajaan yang mendakwa hutang adalah baik kerana pulangan nilainya adalah pada masa hadapan dan semua ini untuk kemajuan negara juga. Sama jugalah seperti kes sesetengah ustaz yang berkata tak mengapalah ambil loan bank untuk membeli rumah sebab itu ialah untuk hidup, maka ada kelonggaran. Betul ke ada kelonggaran, dekat celah mana? Ayat surah mana?

Hutang negara bermakna rakyat sengsara. Itu cukup jelas dan mudah. Lihat sendiri di sekeliling anda apa yang berlaku hari ini.

Lihatlah pada sejarah bangsa melayu itu sendiri. Pada zaman kegemilangan sultan Melaka mereka berdagang dengan duit emas. Melayu menjadi masyhur dan kaya raya. Sehingga ke zaman terdekat ini sekalipun. Tapi semuanya berubah sebaik sahaja sebuah bank komersial masuk ke Penang pada tahun 1860. Maka bermulalah rompakan secara terhormat berlaku sedikit demi sedikit.

Duit fiat tidak mampu menyimpan nilai seperti duit komoditi. Nilai 100 hari ini tidak sama nilai 100 sepuluh tahun lepas. Kita tidak perlu emosional bila membandingkan duit fiat melawan duit komoditi. Bukan bermakna saya ini hebat sangat nak buang semua duit. Saya pun terpaksa hidup dalam sistem duit fiat ini. Tapi saya tidak mahu titik peluh saya bekerja berpuluh-puluh tahun mengumpul duit menjadi perkara sia-sia akibat inflasi yang begitu teruk dalam negara.

Kita tidak boleh menuduh bank negara mencetak duit sesuka hati. Mereka berusaha mengawal ekonomi agar berjalan lancar. Tetapi bahana duit fiat melalui sistem hutang menyebabkan mereka tewas. Semua negara yang sedang berkembang akan melalui fasa membina infrastruktur. Negara perlu bina itu dan bina ini. Bina bangunan gah, bina jambatan, bina apa sahaja agar dipanggil maju. Itulah pusingan sebuah empayar. Bila sudah gah macam Malaysia, perlu belanja lagi untuk bina tentera kerana semua yang gah itu perlu dipertahankan dari anasir luar. Tentera pula mestilah yang terkuat dan tercanggih. Maka nak tak nak kena berhutang untuk cepatkan proses itu.

Cerita itu bukan cerita rekaan. Semua empayar dalam dunia ini melalui proses yang sama. Mula-mula semua orang berdagang dengan duit jujur (emas dan perak). Bila ekonomi berkembang, masyarakat pun terbina. Mereka mula bersatu membina empayar, kemudian buat bangunan, infrastruktur, beli ketenteraan terkuat. Bila sudah kuat akan ada konflik pula. Ada yang dengki dan sebagainya. Peperangan berlaku. Kerajaan pula perlukan duit secara pantas. Cara mudah ialah pinjam duit. Bila hutang negara bertambah, kurangkan timbangan emas dalam sistem duit. Bila hutang bertambah, cetak sahaja duit fiat dan akhir sekali rakyat merasa marah dan tertekan kemudiannya berlakulah huru-hara.

Empayar Rom, empayar Yunani, Mesir, Khalifah Othmaniah, semuanya berakhir akibat huru-hara selepas ekonomi menjadi teruk akibat hutang yang berleluasa. Kerajaan Othmaniah pada peringkat akhir menarik keluar perak dalam duit dirham mereka sedikit demi sedikit kerana kerajaan mahu membayar hutang. Mana-mana kerajaan pun bila terdesak akan mencari sumber dari rakyat mereka sendiri. Tidak ada jalan lain.

Cara paling mudah ialah dengan kekal guna duit fiat untuk merampas segala sumber melalui kawalan duit. Akibatnya rakyat semakin lama semakin miskin. Yang kaya adalah pemodal yang mengawal sumber duit fiat. Bila semua orang jadi miskin orang kaya pun tak boleh hidup kerana ekonomi pun sudah musnah dan tidak bergerak lagi.

Itulah bahana duit fiat.

182. Murah

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.