Selasa, Mac 07, 2017

Harga barang naik, apa anda boleh buat?


Sekarang ni memang semua benda mahal. Melarat lepas satu, satu. Dari harga minyak, buah, ikan, sotong dan juga jangan lupa, rumah yang mahal gila sehingga tak ada sesiapa mampu beli. 
(Habis siapa nak beli?)

Semua peniaga pun pening kepala. Kalau tak naik harga nanti untung sikit saja. Kalau naik harga pelanggan lari pula. 

Orang yang menyimpan emas akan memandang fenomena ini tanpa rasa pelik kerana mereka sudah faham apa yang sebenarnya terjadi. Mereka bahkan percaya bahawa duit kertas akan akhirnya kembali kepada kosong. Kosong nilai akibat hilang kepercayaan.

Apa yang terjadi ialah nilai duit kertas semakin jatuh kerana semakin banyak duit kertas yang sedang berlegar-legar berebut sumber yang sama.

Kenapa semakin banyak duit kertas? Kerana manusia tak berhenti-henti berhutang untuk membeli rumah dan kereta. Itulah sebab utama kenapa duit menjadi hilang nilai.

Kalau anda nak "survive" memang anda kena ada gaji yang berpuluh ribu sebulan. 

Kalau tak ada maka kena pandai-pandai lah nak cari duit.

Anda boleh cuba menulis seperti saya dengan mencari sumber duit dari iklan dekat blog. Syaratnya blog anda kena popular lah.

Anda juga perlu menyimpan aset fizikal yang semakin mahal mengikut peredaran masa seperti emas atau perak.

Kalau anda nak melawan inflasi anda memang kena ada modal besar. Kalau anda miskin, maka anda terpaksa berhutang. Sebab itulah dunia ini sesiapa yang kaya akan semakin kaya. Orang yang miskin pula akan semakin miskin. 

Apa yang saya tulis ini bukanlah pendapat tetapi merupakan fakta yang sahih. Pendapatan setakat hari ialah seperti di bawah. Banyak? Berjanggut nak tunggu RM50.

Harga emas berbanding semalam

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.